RotiKaya |
Nikah Pagi Tadi, Sharifah Aleya Selamat Bergelar Isteri Kepada Miko Posted: 10 Jan 2014 07:08 PM PST Lama kita tidak dengar cerita tentang Sharifah Aleya, sejak keputusan beliau untuk bertudung penuh sekitar Julai 2012 yang lalu. Hari ini penyampai radio popular di Hot FM ini sudah selamat bergelar isteri kepada seorang jejaka bernama Miko. Menurut sumber kami. Sharifah Aleya & Miko atau nama sebenarnya Muhammad Azam Abdullah selamat diijabkabulkan di masjid al-Mukarramah di Sri Damansara pagi tadi dan majlis akad nikah diadakan secara kecil kecilan. Sharifah Aeya menerima tiga dulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas lima dulang oleh pihak perempuan. Perkenalan mereka bermula sejak sama-sama membuat persembahan teater muzikal Terima Kasih Cinta pada 2011. Ini merupakan perkahwinan kali kedua buat penyampai radio ini dan perkahwinan Sharifah Aleya sebelum ini dikurniakan anak kembar, Aza Ameena dan Asha Ameena, berusia lima tahun. Kami juga difahamkan yang Sharifah Aleya mahu pun Miko sendiri tidak menjemput mana mana media untuk menjalankan liputan dna terima kasih kepada sumber kami, ini beberapa keping gambar pasangan ini untuk tatapan anda. Tahniah Aleya & Miko! (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Posted: 10 Jan 2014 06:32 PM PST Linda Onn berjaya buat seluruh bala tentera media dalam industri hiburan tidak puas hati dengan keputusan beliau untuk menjalankan majlis pernikahannya dalam suasana 100% private. Termasuk kami di sini. Dan, tiada siapa dapat melihat wajah jejaka yang sudah bergelar suami kepada penyampai radio popular ini secara jelas sehinggalah Linda Onn kongsikan sekeping foto seperti yang dijanjikan di Instagram beliau. “Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi. Thank you hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love you like a love song,” tulis Linda Onn mengiringi gambar beliau bersama suaminya di majlis pernikahan mereka. Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang. (rtky/eka) ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.