RotiKaya

RotiKaya


Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia

Posted: 01 Jan 2014 06:01 PM PST

Sebelum ini Nurul Wahab Depp hanya mendedahkan nama bayi sulung bersama suami, Eric Depp sebagai Z dan selebriti ini mengakui mempunyai sebab tersendiri kenapa beliau merahsiakan nama penuh anaknya itu dari khalayak ramai.

“Saya terasa hati dengan sesetengah pihak yang selalu hendak tahu semua perkara termasuk soal peribadi yang adakalanya terlalu personal bagi saya.

“Tapi apabila sudah berkongsi, lain pula jadinya, tetap ada perkara yang orang tak puas hati. Jadi, lebih baik saya rahsiakan dulu sampai waktu yang betul-betul sesuai seperti sekarang,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Menerusi tulisan beliau di blognya, Nurul Wahab mendedahkan yang nama Zachary Depp dipilih dari senarai nama yang dibuat selepas tahu yang bayi yang bakal lahir adalah lelaki dan suaminya cenderung untuk memilih nama Mikhail.

Penyanyi ini turut mendedahkan yang beliau suka akan nama Zachary bermula sejak zaman di sekolah lagi apabila terjatuh hati akan seorang senior kacak dengan nama yang sama.

Menurut Nurul Wahab lagi, Zachary Depp yang bakal berusia 3 bulan esok sebagai seorang yang tidak banyak ragam dan akan tersenyum kepada beliau dan suami setiap kali bangun pagi.

Nurul Wahab turut kongsikan beberapa keping gambar Zachary Depp untuk tatapan para peminat yang ingin melihat wajah anaknya yang mempunyai darah French-mamak itu. Heh.

#84 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #85 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #86 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #87 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #88 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #89 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #90 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #91 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #92 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #93 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #94 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA #95 Nurul Wahab Dedahkan Nama Anak, Ada Sebab Berahsia - ROTIKAYA

YoonA SNSD Dan Lee Seung Gi Kini Bercinta, Jadi Pasangan Hangat Korea

Posted: 01 Jan 2014 04:00 PM PST

Jarang kisah dari bumi Korea menjadi berita utama di sini namun berita tentang pasangan kekasih baru di dunia hiburan sana kali ini memang tidak boleh dilepaskan.

Dunia kpop memulakan tahun 2014 dengan sesuatu yang besar apabila penyanyi Lee Seung Gi & salah seorang ahli kumpulan Girls' Generation (SNSD) YoonA disahkan kini sedang bercinta.

Pasangan ini didedahkan telah keluar bersama beberapa kali oleh agensi berita Dispatch di Korea lengkap dengan gambar dan agensi selebrriti ini masing masing mendedahkan yang mereke berdua sudah bersama sejak September lalu.

This is a huge deal dan mungkin pasangan selebriti Korea paling hangat selepas Rain dan Kim Tae Hee. Untuk perspektif anda yang tidak mengikuti dunia kpop, ini merupakan versi mereka untuk kisah percintaan Jennifer Aniston & Brad Pitt.

Lee Seung Gi bukan sahaja seorang pelakon televisyen popular di Korea, beliau juga mempunyai beberapa lagu balada yang menjadi hits dalam dunia hiburan di sana, juga seorang bintang program variety dan popular di kalangan jenama & iklan.

YoonA sendiri mempunyai kelebihan sendiri sebagai salah seorang bintang Korea dengan nilai komersial terbesar melalui iklan & jenama selain bergelar model juga pelakon drama TV. Beliau juga dinobatkan sebagai salah seorang wanita tercantik di Asia.

Peminat juga rata rata senang dengan hubungan baru Lee Seung Gi & YoonA SNSD dan berharap mereka kekal selamanya. Aww.

Akaun Twitter Digodam, Najwa Latif Nafi Kena Raba

Posted: 01 Jan 2014 03:37 PM PST

Malam tahun baru yang lalu, Najwa Latif khabarnya telah mengirimkan satu status di akaun Twitter mengesali tindakan segelintir peserta himpunan TURUN di Dataran Merdeka yang bertindak liar dan ada yang ambil kesempatan meraba wanita.

Namun, status beliau itu telah disalah erti oleh mereka di Twitter dengan mengatakan yang Najwa Latif sendiri telah diraba peminat ketika mengadakan persembahan pada Konsert Ambang Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka baru baru ini.

“Sejujurnya tak ada apa berlaku. Saya ada bersama kakak & pengurus ketika konsert itu. Apabila selesai saja persembahan, kami terus masuk kereta dan pulang dengan selamat”

"Saya sendiri tak pasti & keliru bagaimana boleh timbul tuduhan itu. Benda ini mungkin berpunca daripada akaun Twitter saya kena godam dengan orang tak bertanggungjawab dan menyamar sebagai saya dengan memuat naik mesej kononnya saya kesal dengan apa berlaku malam tadi”

"Yang buat saya sedih dan kesal apabila segelintir peminat menghentam saya dengan kata-kata kesat kerana 'tweet' itu kerana mereka sangkakan ia adalah daripada saya. Padahal benda itu tak berlaku pun," luah Najwa Latif kesal. (rtky/m)

Johan As’ari Nafi Guna Agama Untuk Pikat Wanita

Posted: 01 Jan 2014 03:20 PM PST

Kalau sedar, sebenarnya tidak banyak kenyataan keluar dari mulut Johan As’ari selepas keputusan kontroversi beliau untuk memutuskan hubungan dengan Lana Nordin dengan alasan keluarga tidak merestui hubungan mereka.

Johan As’ari sehingga hari ini menerima banyak kritikan & kecaman dari para peminat mengatakan dirinya seorang lelaki kasanova dan suka mempermainkan hati wanita.

Bercakap kepada Sinar Harian hari ini, Johan As’ari tidak melatah dengan segala apa kritikan yang timbul dan terus bersyukur kerana mempunyai peluang untuk memperbaiki dirinya sendiri lepas kontroversi tersebut.

“Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan. Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim”

"Manakala tanggungjawab & aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,” ujar Johan As’ari.

Mengakui diri sebagai manusia biasa yang tidak terlepas dari membuat kesilapan, Johan As’ari berharap semua pihak tidak memanjangkan kontroversi ini dan turut bimbang ianya akan kembali terjadi. (rtky/m)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...