RotiKaya

RotiKaya


Emma Maembong Sendiri Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak

Posted: 09 Dec 2013 05:07 PM PST

Teka teki di kalangan peminat terus menyelubungi hubungan Emma Maembong & Zizan Razak ketika pasangan ini terus nafikan yang mereka menjalinkan hubungan cinta.

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Emma Maembong berkata beliau tidak mahu melabelkan hubungan bersama Zizan Razak sebagai pasangan kekasih kerana belum pasti pelawak itu merupakan jodoh yang tertulis untuk dirinya.

BACA: Peminat Kumpul Bukti, Emma Maembong Dan Zizan Razak Kini Sah Bercinta?

"Saya tak nak cakap dia kekasih saya & begitulah sebaliknya. Sebenarnya saya sendiri tak tahu adakah kekasih atau kami cuma kawan rapat — untuk cakap kami bercinta mungkin belum tiba masa yang sesuai”

"Lainlah kalau betul tertulis jodoh, sudah tentu kami akan berkongsi dengan semua. Selagi belum ada apa-apa, rasanya tak perlu cakap banyak mengenai hubungan ini," jelas Emma Maembong.

Pelakon ini turut berkata yang gambar mereka bertukar minyak wangi di Instagram tidak perlu dijadikan satu isu kerana ianya perkara biasa jika seseorang menjadi kawan rapat seperti beliau & Zizan Razak ketika ini — dan ianya tidak lebih dari sekadar tanda ingatan. (rtky/m)

#71 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #72 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #73 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #67 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #68 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #74 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #75 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #69 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA #70 Emma Maembong Tak Pasti Apa Status Hubungan Dengan Zizan Razak - ROTIKAYA

Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir

Posted: 09 Dec 2013 08:15 AM PST

Melalui akaun Instagram semalam, Datuk Siti Nurhaliza telah berkongsikan beberapa keping gambar beliau ketika tampil menghulurkan bantuan di empat buah pusat pemindahan di Kuantan, Pahang & melahirkan rasa sedih melihat mangsa banjir di kawasan itu.

“Ada di antara mereka rumah berdekatan dengan sungai jadi mereka masih belum boleh dibenar pulang kerana bimbang air akan naik semula”

“Sebagai manusia sudah tentu saya sedih melihat keadaan mereka namun saya kagum dengan semangat mereka yang terus tabah mengharungi dugaan ini,” ujar Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza di’temani suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa telah menyumbangkan 700 pek barangan makanan dan keperluan asas seperti makanan dalam tin, beras, lampin pakai buang, tuala wanita, ubat gigi, berus gigi dan syampu kepada mangsa yang terlibat.

Beliau turut melahirkan rasa syukur yang perancangan untuk membantu mangsa banjir di sana terlaksana & berharap sumbangan kecil itu dapat meringankan beban mereka pada waktu sukar sebegini selain menyeru semua pihak untuk terus menghulurkan bantuan. (rtky/m)

#50 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #51 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #45 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #60 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #61 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #53 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #54 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #47 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #52 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #48 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #43 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #62 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #63 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #64 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #65 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #66 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #49 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #44 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #46 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #55 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #56 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #57 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #58 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA #59 Datuk Siti Nurhaliza Turun Beri Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang - ROTIKAYA

Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang?

Posted: 09 Dec 2013 08:03 AM PST

Baru sahaja rasanya gambar mesra Cristina Suzanne bersama lelaki yang didakwa tunang beliau tersebar di internet, ada pula satu cerita timbul mengatakan pemenang Pelakon Filem Wanita Terbaik (ASK 2013) ini sudah kembali solo — putus tunang senang cerita.

Wartawan Melodi, Zuan Azmi mengajukan soalan berkenaan khabar angin itu kepada Cristina Suzanne di Anugerah Skrin 2013 yang lalu dan pelakon ini tidak menafikan perkara itu tetapi tidak pula mengiyakan sebaliknya mahu terus bercakap tentang kemenangannya.

“Itu Cris tak boleh cakap apa apa — kita menang (anugerah) ni, kita cerita tentang kerja — kalau ada jodoh kahwin — itu tak boleh cakap, rahsia,” ujar Cristian Suzanne yang seakan berdolak dalik apabila diajukan soalan berkali kali.

Tonton video penuh di’atas yang kami kerat dari episod penuh Melodi di Tonton.com.my untuk melihat reaksi Cristina Suzanne apabila digasak dengan soal putus tunang ini. (rtky/m)

#31 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #32 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #33 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #34 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #35 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #36 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #37 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #38 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #39 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #40 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #41 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA #42 Cristina Suzanne Kini Sudah Putus Tunang? - ROTIKAYA

Bakal Bernikah Rabu Ini — Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah

Posted: 09 Dec 2013 08:01 AM PST

Selain Rozita Che Wan & Zain Saidin yang akan bernikah dan menjadi perhatian ramai Rabu ini, pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie juga akan menempuh hari bahagia beliau bersama Nina Ismail Sabri di Muzium Diraja Istana Negara Lama, KL.

BACA: Jovian Mandagie & Nina Nikah 11 Disember Ini Di Istana Negara Lama

Pastinya gambar pra perkahwinan sesuatu yang perlu buat pasangan moden demi abadikan saat saat akhir sebelum menempuh alam perkahwinan dan pasangan Jovian Mandagie & Nina tidak terkecuali. Lebih istimewa, gambar pra perkahwinan mereka diambil di bumi Eropah.

Diabadikan oleh pasukan jurugambar dari Pretty Peektures, kami secara peribadi suka akan gambar yang diambil lebih lebih lagi dengan latar belakang Eropah yang mempunyai ciri romantis tersendiri. Lagi gambar untuk tatapan anda selepas ini, enjoice!

#19 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #20 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #21 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #22 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #23 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #24 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #25 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #26 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #27 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #28 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #29 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA #30 Gambar Pra Perkahwinan Nina & Jovian Mandagie Di Eropah - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.466)

Posted: 09 Dec 2013 08:00 AM PST

VIDEO HARI INI: Kumpulan U2 memberikan penghargaan kepada hidup penuh inspirasi pemimpin Afrika Selatan, Nelson Mandela dalam lagu mereka Ordinary Love untuk filem biografi Mandela: Long Walk To Freedom.

Tampak jelita sebagai wajah muka hadapan InStyle terbaru, Britney Spears berkata yang beliau memang mahukan anak lagi tetapi kali ini biarlah seorang perempuan kerana merasakan beliau tidak akan sunyi lagi dengan seorang anak perempuan. – Just Jared

Adik kepada Paris Hilton, Barron Hilton merancang untuk memfailkan saman terhadap Lindsay Lohan kerana di’dakwa dengan sengaja meminta seorang polis untuk menumbuk dan cederakan dirinya namun polis itu berkata Lindsay Lohan tidak bersalah. – TMZ

Bintang Korea yang popular dengan lagu Gangnam Style dan Gentleman, PSY dikhabarkan telah hampir pasti akan kembali dengan album dan lagu baru namun masih belum mempunyai tarikh yang pasti kerana masih memberikan sentuhan terakhir terhadap karyanya. – Soompi

Dalam temubual terbaru bersama majalah Playboy, Ben Affleck mengecam tindakan paparazzi yang mengekori pergerakan anaknya untuk merakamkan gambar demi keuntungan dan anggap perbuatan mereka sebagai satu perkara keji dan tidak bermoral. – Huff. Post

Selebriti yang juga bergelar chef, Jaafar Onn berkata beliau kini dalam perancangan membuka sebuah restoran masakan Malaysia di kota London dan sekurang kurangnya akan terbang ke sana tahun hadapan untuk mencari lokasi yang sesuai. – Utusan Malaysia

Terbang Lebih Gaya Bersama AirAsia Dengan Hi-Flyer

Posted: 09 Dec 2013 03:40 AM PST

Jika anda seorang yang suka terbang ke dalam atau luar negara dan mahukan sesuatu yang ekstra, kenapa tidak cuba tambang baru AirAsia yang diberi nama Hi-Flyer. Selari dengan nama, Hi-Flyer memberikan pelbagai kelebihan buat para penumpang.

Sasaran utama Hi-Flyer ini adalah untuk memberi penumpang lebih keselesaan, fleksibel & juga kemudahan lain seperti dibawah;

• Percuma daftar masuk 20kg untuk bagasi anda. Lebih banyak barang untuk dibawa.
• Boleh memilih tempat duduk anda secara percuma untuk tempat duduk Standar & Hot Seats.
Kemasukan awal ke dalam pesawat.
• Sehingga dua kali (2x) pertukaran penerbangan — untuk penerbangan kurang 2 jam dari masa berlepas tanpa sebarang bayaran pertukaran. Hanya bayar perbezaan harga tiket.
• Terima 2x mata BIG Points apabila terbang sebagai Hi-Flyer.

#01 Terbang Lebih Bergaya Bersama AirAsia Dengan Hi-Flyer - ROTIKAYA

Hi-Flyer kini boleh didapati untuk semua penerbangan AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), Thai AirAsia (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Zest (Z2 & PQ) and AirAsia X (D7).

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang produk dan servis AirAsia, ikuti mereka di media sosial via Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...