RotiKaya |
- Sammy Simorangkir & Nadia Annuar Putus Cinta Kerana Perbezaan Agama
- Tasha Shilla Nafi Bercumbu Di Khalayak Ramai
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.465)
| Sammy Simorangkir & Nadia Annuar Putus Cinta Kerana Perbezaan Agama Posted: 08 Dec 2013 04:15 PM PST Percintaan pasangan ini pernah mendapat perhatian daripada peminat kedua dua buah negara kerana terjalin dengan pantas namun semua itu hanya tinggal kenangan kini apabila Sammy Simorangkir sendiri akui sudah putus cinta dengan personaliti TV3, Nadia Annuar. Menurut penyanyi Indonesia ini, hubungan mereka berakhir kerana sudah tidak sefahaman selain mempunyai perbezaan agama antara mereka berdua. “Kami kini hanya kawan biasa sahaja & tidak lagi mempunyai hubungan cinta kerana perbezaan agama,” ujar Sammy Simorangkir kepada media baru baru ini. Beliau juga memberitahu yang kini mahu fokus kepada karier dan jika satu hari nanti ditakdirkan bercinta, Sammy mahu mencari wanita yang seagama dengannya supaya hubungan lebih mudah namun tidak meletakkan sebarang harapan. (rtky/m) |
| Tasha Shilla Nafi Bercumbu Di Khalayak Ramai Posted: 08 Dec 2013 09:41 AM PST Belum mengaku bercinta tetapi sudah timbul gossip mengatakan pasangan ini tidak segan silu bercumbu di khalayak ramai. Tasha Shilla & teman tapi mesranya buat masa ini, Hans dikatakan melakukan perilaku kurang manis itu di sebuah kafe hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, Tasha Shilla menafikan sekeras kerasnya yang beliau melakukan perkara tidak elok itu kerana ia tidak masuk akal untuk melakukannya di khalayak ramai lebih lebih lagi ketika menghadiri majlis rasmi. “Astaghfirullah! Mengucap panjang saya. Memang saya berada di hotel berkenaan pada minggu lalu. Tetapi saya bersama dengan rakan artis lain seperti Sharifah Shakinah. Saya datang sebab dijemput untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sebuah radio baharu” “Cuba fikir secara logik. Mana mungkin saya akan melakukan perkara itu di depan orang. Saya ada bersama dengan kawan-kawan yang lain. Perkara ini adalah tidak benar & akan memalukan diri saya dan keluarga,” jelas Tasha Shilla. Dalam temubual yang sama, Tasha Shilla sekali lagi menegaskan yang hubungan beliau bersama jejaka bernama Hans itu hanya sekadar kawan. (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.465) Posted: 08 Dec 2013 08:27 AM PST VIDEO HARI INI: Walaupun kita di Malaysia ini melihat berbasikal lebih kepada aktiviti sukan berbanding satu pengangkutan, idea bernas daripada MIT yang diberi nama Copenhagen Wheel ini nampak menarik. Senang sikit berkayuh dalam panas. Jay-Z menerima sembilan pencalonan dalam 56th Grammy Awards, diikuti oleh Macklemore & Ryan Lewis dengan tujuh pencalonan manakala pendatang baru Lorde berjaya menerima empat pencalonan yang mana ianya satu kejutan buat semua. – CNN Penyanyi kumpulan OneRepublic, Ryan Tedder baru baru ini dilaporkan telah membeli sebuah rumah berdekatan dengan pantai di Los Angeles pada harga US$2.85 juta yang mempunyai keluasan lebih 3,500 kaki persegi. – TMZ Penyanyi rap dan komposer Joe Flizzow membuktikan yang beliau boleh menyanyi rap dalam bahasa Melayu apabila muncul dengan album terbaru yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya berjudul Havoc menampilkan 14 buah lagu. – mStar Online Walaupun dunia masih meratapi pemergian Paul Walker, pengarah filem Fast & Furious 7 James Wan berkata yang filem itu akan dikeluarkan juga satu hari nanti walaupun sekarang ini sedang ditangguhkan proses perfileman. – Huff. Post Sebelum ini Harry Styles ada menafikan yang beliau sedang berpacaran dengan Kendall Jenner namun pasangan itu baru baru ini dilihat keluar bersama dari sebuah hotel di kota New York dan menguatkan lagi andaian yang mereka memang lebih dari sekadar kawan. – US Magazine |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.