RotiKaya

RotiKaya


Aidil Zafuan: Rita Rudaini Tuntut RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah

Posted: 04 Dec 2013 05:09 PM PST

Menggunakan alasan hanya menerima gaji sebanyak RM10,000 sebulan sebagai pemain bola sepak, Aidil Zafuan mendakwa yang tuntutan nafkah dua orang anak bersama yang di’tuntut Rita Rudaini sebagai tidak munasabah & berlebihan.

Aidil Zafuan yang mengikat kontrak dengan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) berkata jumlah diminta Rita Rudaini melampaui perbelanjaan asas sebenar kedua dua anaknya — Airit Rayyan Rizqin & Airit Qaqa Arjuna.

Beliau juga menolak wujudnya kos susu dan lampin pakai buang kerana anak anaknya sudah makan makanan pejal dan sudah pandai ke tandas sendiri terutama anak pertama.

“Saya percaya kos perubatan tinggi kerana Rita memilih Hospital Prince Court sedang masih banyak pilihan hospital lain yang lebih murah,” kata Aidil Zafuan.

Selebriti sukan ini turut menambah yang walaupun beliau mempunyai tanggungan ibu bapa, hutang peribadi dan keperluan sendiri namun beliau tidak pernah abaikan nafkah anak dengan memperuntukan RM2,000 hingga RM3,000 sebulan.

Namun menurut Aidil Zafuan, sebelum ini tidak pula Rita Rudaini mengadu atau memberi respons mengatakan wang yang di’berikan tidak mencukupi. (rtky/m)

#01 Aidil Zafuan Dakwa Rita Rudaini Tuntut RM5,392 Sebulan Tidak Munasabah - ROTIKAYA

United State Of Pop 2013 — Mashup Tahunan DJ Earworm Untuk 25 Lagu Popular

Posted: 04 Dec 2013 12:30 PM PST

Sejak tahun 2007, DJ Earworm telah mengadun 25 lagu paling popular secara tahunan dalam sebuah video dan edisi United State of Pop untuk tahun 2013 kini sudah keluar — dan mengambil tajuk Living The Fantasy.

Edisi tahun 2013 ini yang dilancarkan semalam tampak lebih perlahan temponya berbanding edisi tahun lalu terima kasih kepada lagu lagu seperti Royals oleh Lorde, Wrecking Ball (Miley Cyrus) & Mirrors (Justin Timberlake).

DJ Earworm atau nama sebenarnya Jordan Roseman memberitahu kepada Billboard yang pada awalnya beliau ingin mengambil tema balada untuk tahun 2013 ini namun akhirnya mengambil instrumen dari lagu Don't You Worry Child (Swedish House Mafia) sebagai asas dan latar.

Boleh anda dengar semua 25 lagu tersenarai di bawah dalam mashup kali ini?

Avicii feat. Aloe Blacc – Wake Me Up
Bruno Mars – When I Was Your Man
Capital Cities – Safe & Sound
Daft Punk feat. Pharrell Williams – Get Lucky
Eminem feat. Rihanna – The Monster
Florida Georgia Line feat. Nelly – Cruise
Imagine Dragons – Radioactive
Imagine Dragons – Demons
Jay-Z feat. Justin Timberlake – Holy Grail
Justin Timberlake – Mirrors
Justin Timberlake feat. Jay-Z – Suit & Tie
Katy Perry – Roar
Lady Gaga – Applause
Lorde – Royals
Macklemore & Ryan Lewis feat. Ray Dalton – Can’t Hold Us
Macklemore & Ryan Lewis feat. Wanz – Thrift Shop
Miley Cyrus – Wrecking Ball
Miley Cyrus – We Can’t Stop
OneRepublic – Counting Stars
P!nk feat. Nate Ruess – Just Give Me A Reason
Rihanna – Stay
Robin Thicke feat. Pharrell & T.I. – Blurred Lines
Swedish House Mafia feat. John Martin – Don’t You Worry Child
Taylor Swift – I Knew You Were Trouble
Will.I.Am feat. Britney Spears – Scream And Shout

Shila Amzah Akui Tidak Pernah Cintakan Johan As’ari

Posted: 04 Dec 2013 10:28 AM PST

Melalui akhbar Harian Metro semalam, Shila Amzah tampil menulis penjelasan secara penuh dari dirinya sendiri tentang isu yang melanda dirinya dan Johan As’ari dengan menyatakan yang beliau tidak pernah menyintai pelakon itu.

“Seperti yang semua sedia maklum, memang Shila dan Johan ‘bersahabat’ & persahabatan kami diketahui keluarga kedua dua belah pihak. Shila langsung tidak pernah ada perasaan cinta pada Johan. Definisi antara sahabat dan cinta adalah dua perkara yang sangat berbeza”

BACA: Shila Amzah Lancarkan Video Muzik Masih Aku Cinta, Tampilkan Johan As'ari

Shila Amzah turut menjawab persoalan dari ramai peminat tentang ke mana hilangnya gambar Johan As’ari di akaun Instagram beliau jika selama ini mereka hanya sekadar berkawan dan tiada sebarang perasaan istimewa.

“Shila terus membuat keputusan drastik untuk memadam gambar-gambarnya (Johan As’ari) daripada laman Instagram Shila kerana beranggapan tidak manis untuk Shila letakkan gambar peribadi bersama seseorang yang bakal menjadi suami orang”

“Shila tidak marah atau menyimpan apa-apa perasaan padanya sehingga Shila terbaca satu kenyataan di akhbar bahawa dia membuat loudspeaker ketika bercakap dengan ibu Shila untuk membuktikan sesuatu pada orang lain. Pada Shila, itu tindakan yang tidak wajar”

Dalam tulisan yang sama, beliau meminta semua media mahu pun para peminat supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan Johan As’ari mahu pun Lana Nordin kerana mahu semua pihak lebih fokus kepada perkembangan kerjayanya. (rtky/m)

#01 Shila Amzah Akui Tidak Pernah Cintakan Johan As'ari - ROTIKAYA #02 Shila Amzah Akui Tidak Pernah Cintakan Johan As'ari - ROTIKAYA #03 Shila Amzah Akui Tidak Pernah Cintakan Johan As'ari - ROTIKAYA

Maya Karin Promosi Lagu Di Radio Switzerland

Posted: 04 Dec 2013 09:01 AM PST

Baru baru ini, Maya Karin telah diundang sebagai tetamu istimewa untuk sebuah program radio di Switzerland dan pelakon juga penyanyi ini sempat melontarkan suara beliau membawakan lagu Bintang Syurga untuk para pendengar di sana.

“Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker — selain ditemubual, Maya juga berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga,” ujar Pegawai Promosi & Pemasaran Warner Music Malaysia.

“Selain itu, Maya Karin turut mengadakan mini persembahan di Radio Television Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton,” tambahnya lagi.

Dalam kenyataan yang sama hari ini, Maya Karin khabarnya telah mendapat sambutan yang baik daripada penonton di Switzerland dan mereka menyukai akan alunan suara Maya Karin yang gemersik itu. Mana tahu rezeki boleh bina karier di’sana ‘kan? (rtky/m)

#12 Maya Karin Promosi Lagu Bintang Syurga Di Radio Switzerland - ROTIKAYA #11 Maya Karin Promosi Lagu Bintang Syurga Di Radio Switzerland - ROTIKAYA #10 Maya Karin Promosi Lagu Bintang Syurga Di Radio Switzerland - ROTIKAYA #06 Maya Karin Promosi Lagu Bintang Syurga Di Radio Switzerland - ROTIKAYA #09 Maya Karin Promosi Lagu Bintang Syurga Di Radio Switzerland - ROTIKAYA #07 Maya Karin Promosi Lagu Bintang Syurga Di Radio Switzerland - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.463)

Posted: 04 Dec 2013 08:41 AM PST

VIDEO HARI INI: Ya, ini video muzik rasmi untuk lagu parodi Havoc berjudul Atuk. Lagi laju keluar dari video muzik rasmi Havoc sendiri. Sekurang kurangnya, ada Joe Flizzow & Altimet. Layan!

Sepupu kepada penyanyi Frank Ocean telah failkan saman bernilai US$3 juta terhadap Chris Brown atas alasan tekanan emosi, kesakitan & kesusahan yang dialami selepas satu pergaduhan melibatkan mereka berdua di luar sebuah studio rakaman Januari lalu. – TMZ

Penyanyi dan pengacara, Aril AF7 atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus mengesahkan bakal bernikah dengan seorang pramugari, Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember ini. – Murai

Ahli kumpulan One Direction, Harry Styles nampaknya kini sedang hangat dilamun cinta selepas dilaporkan keluar bersama dengan supermodel Daisy Lowe yang merupakan anak tiri kepada Gwen Stefani. Selera model pula, heh. – Hollywood Life

Pasangan suami isteri Lee Hyori & Lee Sang Soon telah muncul di kaca televisyen bersama buat pertama kali sejak berkahwin di Jeju Island untuk program dokumentari Our Only Earth – Instant Wedding & akan bercerita tentang majlis perkahwinan mereka. – Soompi

Seorang professional dalam dunia permotoran yang ada menghadiri acara amal Paul Walker mendedahkan yang kereta Porsche Carrera GT di’naiki pelakon itu mempunyai masalah sebelum dipandu keluar untuk diuji bersama Roger Rodas. – THR

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...