RotiKaya

RotiKaya


Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi?

Posted: 03 Dec 2013 05:18 PM PST

Pelakon & pelawak Sharifah Sakinah yang telah ditemui bersempena dengan tayangan perdana filem Ular di Cathay Cineplex, Damansara kelihatan ditemani oleh seseorang jejaka mat saleh yang kelihatan segak sekali.

Sakinah memberitahu bahawa lelaki itu bukan kekasih atau pun cinta hati baru tetapi merupakan jurulatih peribadinya di gimnasium dan katanya lagi disebabkan lelaki itulah dia kini telah hilang berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan.

"Lelaki itu merupakan jurulatih peribadi saya di pusat gimnasium dan sebab dialah saya telah kehilangan berat badan sebanyak 12 kg dalam masa 6 bulan. Lelaki mat saleh itu juga sebelum ini merupakan jurulatih kak Lin (Sharifah Haslinda)”

“Dia menjaga makanan saya, semualah dan dia menemani saya di sini kerana dia ingin melihat industri hiburan tanah air, dan dia juga menyatakan hasratnya ingin menjadi seorang pelakon”

Sakinah memberitahu bahawa dia kini masih solo dan tidak mempunyai mana-mana kekasih lagi dan lebih suka untuk bekerja dahulu kerana usianya juga masih muda dan banyak benda yang perlu dipelajari sebelum ke alam perkahwinan.

"Saya masih single belum ada kekasih. Lagipun saya masih muda banyak benda yang perlu saya belajar sebelum berkahwin dan banyak lagi cabaran yang perlu saya hadapi sebelum ke alam perkahwinan," katanya.

Bagi peminat Sharifah Sakinah, yang ingin melihat bagaimana 'Ular’ membelitnya anda bolehlah melihat lakonannya menerusi filem itu yang bakal ditayangkan pada 5 Disember ini diseluruh pawagam tanah air. (rtky/hfz)

#00 Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi? - ROTIKAYA #01 Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi? - ROTIKAYA #02 Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi? - ROTIKAYA #03 Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi? - ROTIKAYA #04 Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi? - ROTIKAYA #05 Sharifah Sakinah Kini Bercinta Dengan Jurulatih Peribadi? - ROTIKAYA

Gambar: Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai

Posted: 03 Dec 2013 04:06 PM PST

Selepas selamat bergelar suami isteri pada 10 November yang lalu, pasangan Fizo Omar dan Mawar ada memaklumkan kepada media yang mereka akan terbang ke Eropah untuk percutian bulan madu mereka dan nampaknya ketika ini mereka sedang berada di sana.

BACA: Fizo Omar & Mawar Sah Bergelar Suami Isteri Dengan Sekali Lafaz

Fizo Omar melalui akaun Instagram beliau ada berkongsikan beberapa keping gambar sekitar destinasi pertama mereka di Dubai, UAE untuk tatapan para peminat sebelum pasangan ini terbang ke kota London untuk percutian Eropah mereka.

Bercakap tentang gambar di Instagram, Fizo Omar baru baru ini menegur sebilangan individu yang datang dan menulis komen negatif terhadap gambar yang dikirimkan melalui laman sosial itu — walaupun ianya hanya gambar dikalangan keluarga.

“Saya sebenarnya boleh terima teguran dari anda semua sebab saya pun manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan tapi, kalau nak menegur bukan memalukan sesiapa di laman sosial yang boleh dilihat berjuta orang,” luah Fizo Omar.

Pedulikan sahaja mereka, lebih ramai lagi yang gembira melihat kehidupan Fizo Omar lebih lebih apabila sudah bahagia berumahtangga ketika ini. (rtky/eka)

#99 Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai - ROTIKAYA #98 Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai - ROTIKAYA #97 Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai - ROTIKAYA #96 Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai - ROTIKAYA #94 Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai - ROTIKAYA #93 Fizo Omar Dan Mawar Berbulan Madu Ke Dubai - ROTIKAYA

Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen

Posted: 03 Dec 2013 11:39 AM PST

Rabecca Nur Al-Islam tampil meluahkan perasaan tidak puas hati dengan tindakan Erma Fatima yang menghantar wang tuntutan saman berjumlah RM11,200 dalam bentuk syiling 5 sen & turut menyertakan senaskah kitab al-Quran bersamanya.

“Apa maksudnya itu apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia perlu menghantar kitab al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir saya?,” ujarnya kepada mStar Online.

#01 Erma Fatima Bayar Rabecca RM11,200 Dengan Syiling 5 Sen - ROTIKAYA

Pelakon ini berkata jika tindakan Erma Fatima itu sengaja ingin cetuskan kemarahan beliau, ianya tidak akan terjadi & juga memaklumkan akan memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.

Bukan susah, hantar sahaja ke bank yang mahu menerima syiling 5 sen sebagai deposit tunai. Selesai cerita dan tiada lagi drama. Buat Erma Fatima …

dJG8t3D

Fizz Fairuz: Saya Tak Tahu Pun Status Almy Untuk Siapa

Posted: 03 Dec 2013 10:46 AM PST

Ditemui di majlis pembukaan kedai pertama Lord’s Tailor di Pavilion KL petang tadi, Fizz Fairuz memberitahu dia tidak tahu akan status yang berbaur marah ditulis oleh kekasihnya, Almy Nadia di aplikasi permesejan WeChat.

“Hubungan saya dengan Almy seperti biasa. Kami baik dan masih berhubung seperti biasa cuma status kemarahan yang dipersoalkan sebelum ini saya sendiri pun tak tahu kenapa dan untuk siapa," jelas Fizz Fairuz yang diminta mengulas isu tersebut.

BACA: Almy Nadia Kesal Status Di WeChat Jadi Bahan Kontroversi

“Perancangan untuk berkahwin saya adalah pada tahun hadapan jika tiada aral melintang tetapi masih belum mempunyai rancangan tarikh yang mana kerana kami mahu dahulukan majlis perkahwinan adik saya,” tambahnya lagi.

Tambah Fizz lagi dia yang sebelum ini dikatakan telah tersingkir dari Liga Lawak Superstar di TV3 menegaskan bahawa dia masih muncul dan hubungan bersama rakan sekumpulan Apa Kasih Toq, Kamal Adli sudah kembali seperti biasa selepas timbul salah faham antara mereka selepas dikatakan tidak dapat memberi komitmen. (rtky/nad)

#87 Fizz Fairuz Tidak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa - ROTIKAYA #88 Fizz Fairuz Tidak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa - ROTIKAYA #89 Fizz Fairuz Tidak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa - ROTIKAYA #90 Fizz Fairuz Tidak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa - ROTIKAYA #91 Fizz Fairuz Tidak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa - ROTIKAYA #92 Fizz Fairuz Tidak Tahu Status Almy Nadia Untuk Siapa - ROTIKAYA

Menampilkan Johan As’ari — Shila Amzah Lancarkan Video Muzik ‘Masih Aku Cinta’

Posted: 03 Dec 2013 09:10 AM PST

Lagu ini khabarnya di’cipta oleh Shila Amzah selepas beliau kecewa kerana putus cinta dengan Sharnaaz Ahmad sekitar Februari 2013 yang lalu. Lagu berjudul Masih Aku Cinta ini mendapat reaksi positif para peminat yang memahami perasaan penyanyi ini.

Kisah lama. Tapi masih dikenang ramai sehingga hari ini. Termasuklah dalam kemelut hubungan teman tapi mesra beliau dan Johan As’ari ketika ini.

Hari ini secara rasmi buat pertama kali sejak bekerjasama dengan Warner Music Malaysia, Shila Amzah melancarkan video muzik rasmi untuk lagu Masih Aku Cinta ini yang turut menampilkan lakonan Johan As’ari sebagai pasangan kekasih beliau.

Kalau diperhati jalan cerita video muzik ini, ada persamaan dengan kisah cinta Shila Amzah tetapi ianya di’refleksikan menerusi watak yang di’bawa Johan As’ari. Enjoice! (rtky/m)

#76 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #77 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #79 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #80 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #81 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #82 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #83 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #84 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA #86 Shila Amzah Lancarkan Video Muzik 'Masih Aku Cinta' - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.462)

Posted: 03 Dec 2013 08:13 AM PST

VIDEO HARI INI: November sudah tamat dan koleksi video pendek Vine terbaik sepanjang bulan kini sudah ada. Cara terbaik untuk buang masa anda hari ini, six seconds at a time.

Menurut senarai baru yang di’keluarkan Forbes, Sofia Vergara telah menduduki senarai teratas pelakon televisyen paling lumayan menerima bayaran sepanjang tahun lalu dengan menerima US$30 juta, mengalahkan semua pelakon sama ada lelaki atau wanita. – Forbes

Penyanyi Amy Search menyangkal dakwaan dan khabar angin mengatakan yang Yazid (Search) telah meninggal dunia selain memaklumkan rakannya itu sudah sedar selepas di’masukkan ke hospital awal pagi kelmarin. – Sinar Harian

Penyanyi yang kini mula fokus kepada kerjaya lakonan, Rita Ora disahkan bakal membintangi filem adaptasi novel popular 50 Shades of Grey membawakan watak adik angkat kepada Christian Grey yang merupakan watak utama. – Huffington Post

Dalam cubaan melakonkan semula Pepero Game bersama Song Ji Hyo yang popular, Gary (Running Man) telah membuat kejutan dengan mencium bibir peminat yang menjadi pilihan beliau untuk naik ke atas pentas ketika showcase pertama LeeSsang di Singapura. – Soompi

Belum reda kejutan yang mengatakan beliau bercerai dengan Orlando Bloom, laporan terbaru ada menyebut yang Miranda Kerr kini sedang berpacaran dengan seorang billionaire kasino dari Australia, James Packer. Pantas! – Fox News

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...