RotiKaya |
- Kakak Nafi Keluarga Halang Hubungan Johan As’ari & Lana Nordin
- Emma Maembong Mangsa Penyeluk Saku, Rugi RM5000
- Lisdawati Hamil Empat Bulan
Kakak Nafi Keluarga Halang Hubungan Johan As’ari & Lana Nordin Posted: 26 Dec 2013 05:29 PM PST Adakah Johan As’ari menggunakan alasan restu keluarga semata mata mahu lari dari komitmen yang sudah di’janjikan buat Lana Nordin? Pendedahan dari salah seorang ahli keluarga beliau nampaknya seperti mengiyakan perkara ini. BACA: Johan As’ari Tidak Pernah Anggap Lana Nordin Sebagai Kekasih, Hanya Kawan Biasa Berita Harian melaporkan yang kakak kepada Johan As’ari, Farah Alya As’ari mendedahkan yang keluarga mereka tidak menentang hubungan dengan Lana Nordin tetapi menasihati pelakon itu untuk mengenali hati budi wanita itu sebelum berkahwin. “Kami tidak halang Johan dan Lana bercinta. Cuma kami terkejut kerana dia membuat keputusan terburu-buru untuk berkahwin. Lagi pun kami belum pernah bertemu dengan Lana. Kalau boleh, perkenalkan teman wanitanya itu kepada keluarga sebelum dia buat apa-apa keputusan” “Kami sekeluarga tidak pernah memberi tekanan atau memaksa Johan putuskan hubungan dengan Lana, dia sendiri yang membuat keputusan itu” “Saya terkejut dengan keputusannya itu kerana Johan tidak pernah bercerita masalahnya. Setiap kali kami berhubung melalu khidmat mesej dalam group keluarga, Johan tidak pula bercakap mengenai Lana,” ujar kakak Johan As’ari itu. (rtky/m) Well… |
Emma Maembong Mangsa Penyeluk Saku, Rugi RM5000 Posted: 26 Dec 2013 04:46 PM PST Malang buat pelakon ini apabila hajat untuk berbelanja sakan bersempena perayaan hari Krismas baru baru ini tidak kesampaian apabila beg duit dan telefon bimbit miliknya dilarikan penyeluk saku dalam kejadian di Lot 10 di Jalan Bukit Bintang di sini kelmarin. Kosmo! hari ini laporkan yang kejadian tersebut menyebabkan Emma Maembong mengalami kerugian sebanyak RM5,000 dan kejadian itu dipercayai dilakukan oleh warga asing yang sering melakukan aktiviti itu di sekitar kawasan tersebut. Hilang wang ringgit boleh dicari, asal diri Emma Maembong selamat. Risau abang Zizan. Eh. UPDATE-1: Pengurus artis di Wirefame Entertainment memaklumkan kepada kami melalui Twitter yang Emma Maembong tidak mengalami kerugian atau hilang kerana sempat batalkan kad bank. |
Posted: 25 Dec 2013 07:12 PM PST Kami teringat yang Fauzi Nawawi pernah mengulas tentang ura ura yang isterinya, Lisdawati hamil tidak berapa lama dahulu dengan meminta supaya para peminat mendoakan mereka untuk dikurniakan cahayamata baru — tetapi kami lupa sumbernya di mana. Apa yang penting, Lisdawati menerusi laporan Sinar Harian hari ini mengakui dirinya kini sedang hamil empat bulan dan ini merupakan anak ketiga beliau bersama suami tercinta, Fauzi Nawawi. Lisdawati berkata yang beliau mengalami alahan yang teruk untuk kehamilan kali ini dan memiliki fasa turun naik emosi yang tidak menentu. “Saya alami alahan yang agak teruk kali ini, makan agak memilih dan makanan yang saya makan mesti masih panas. Saya juga agak ‘moody’ tetapi saya cuba kawal kerana masih bekerja dan sibuk dengan tugasan harian” Walaupun sedang hamil, Lisdawati tetap meneruskan karier lakonan beliau & berkata tidak sukar untuk sembunyikan perut kerana memakai tudung dan baju yang longgar. “Walaupun sayanghamil empat bulan kini, saya tidak ada masalah untuk berlakon dan sorokkan perut kerana bila bertudung, baju lebih longgar, jadi tak nampak sangat,” tambahnya. Apa lagi tips kesihatan yang diberikan Lisdawati? Baca di Sinar Harian. (rtky/hmz) |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.