RotiKaya |
- Nur Fathia: Doakan Jodoh Saya Dengan Aiman
- Izara Aishah Rancang Kahwin Tujuh Tahun Lagi
- Johan As’ari: Lana Nordin Hanya Kawan Biasa Dan Tidak Pernah Jadi Kekasih
- Nabila Huda Akui Sudah Temui Kekasih Baru
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.477)
Nur Fathia: Doakan Jodoh Saya Dengan Aiman Posted: 25 Dec 2013 05:45 PM PST Kali terakhir kami menulis tentang hubungan pasangan ini adalah sekitar Ogos 2013 yang lalu dan jadi apa cerita pasangan ini sekarang? Masih sama. Heh. Nur Fathia ketika ditemui di sidang media drama bersiri Ariana Rose di Sri Pentas baru baru ini mengakui yang beliau masih berkawan rapat dengan Aiman Hakim Ridza namun tidak mahu melabelkan hubungan mereka sebagai pasangan kekasih. “Selagi tiada jodoh, selagi itu saya tidak akan beritahu status hubungan kami. Secara umumnya, Aiman ada ciri-ciri calon suami idaman semua wanita. Dia bersikap realistik dan bijak walaupun masih muda. Apapun, saya harap semua orang boleh mendoakan kami ada jodoh” “Sebelum jadi artis memang sudah berkawan dengan Aiman tapi sekarang lebih rapat lagi. Kalau ada jodoh apa salahnya, saya tidak mahu mengaku saya bercinta dengan Aiman sebab tidak manis kalau sekejap couple sekejap putus — selagi dia tak masuk meminang saya taknak mengaku bercinta,” ujar Nur Fathia. Dalam masa yang sama, ada juga desas desus mengatakan aktress ini menjalinkan hubungan dengan seorang VVIP namun Nur Fathia menafikan semua itu kerana tidak pernah berjumpa mana mana VVIP dalam hidupnya selama ini. (rtky/hmz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Izara Aishah Rancang Kahwin Tujuh Tahun Lagi Posted: 25 Dec 2013 05:08 PM PST Pelakon yang popular menerusi drama Oh My English! Izara Aishah memaklumkan bahawa sudah mempunyai target untuk menamatkan zaman bujangnya iaitu ketika dia sudah mencecah usianya yang ke-28 tahun dan ini bersamaan dengan 7 tahun lagi dari sekarang. “Saya sudah mempunyai target untuk berkahwin apabila usia saya sudah mencapai 28 tahun — tetapi kekasih saya mahu kami berkahwin lagi 3 tahun,” katanya sambil tersenyum. Dia juga menjelaskan bahawa sekiranya dia sudah berkahwin, bakal suaminya itu mahu dia mengurangkan aktiviti lakonan dan disebabkan itulah dia masih belum bersedia untuk berkahwin dalam masa yang terdekat ini. “Saya sebenarnya cukup bertuah apabila kekasih saya faham kerjaya saya tetapi apabila sudah berkahwin kelak, dia mahu saya kurangkan aktiviti lakonan. Sebab itulah saya belum bersedia untuk berkahwin dan meninggalkan kerjaya saya ini,” katanya sambil berseloroh. Sementara itu, Izara turut menjelaskan bahawa dia belum bersedia untuk membawakan watak sebagai seorang pelacur di usianya kini. “Setakat ini, watak ‘pelacur’ tidak mampu untuk saya bawakan kerana saya belum bersedia dan memandangkan juga faktor usia saya yang masih belum sesuai untuk watak seperti itu, dan ternyata ianya berat bagi saya”, ujarnya jujur. Perkembangannya yang lain, Izara akan muncul dalam telemovie Oh My English: Hello America! yang akan disiarkan di saluran Astro pada 15 Januari depan. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Johan As’ari: Lana Nordin Hanya Kawan Biasa Dan Tidak Pernah Jadi Kekasih Posted: 25 Dec 2013 04:28 PM PST Ouch. Kalau kami jadi Lana Nordin, kenyataan ini memang pedih untuk kami terima. Sebulan yang lalu, Johan As’ari beriya mengatakan yang Lana Nordin merupakan wanita yang didoakan bertemu jodoh denganya di depan kaabah ketika mengerjakan umrah. BACA: Johan As'ari Dan Lana Nordin Putus Cinta Selepas Tidak Dapat Restu Keluarga Hari ini menerusi laporan Kosmo!, Johan As’ari berkata yang beliau tidak pernah meletakkan status kekasih pada Lana Nordin dan menganggap hubungan dengan pelakon itu hanya sekadar kawan biasa yang rapat dengan dirinya. “Sebagai seorang pelakon yang berkecimpung dalam industri ini, saya mempunyai ramai kawan. Ada yang saya anggap sebagai teman biasa dan ada juga yang rapat dengan saya. Kenalan yang rapat bukan bermakna hubungan kami lebih daripada itu” "Selama ini, saya tidak meletakkan sebarang taraf ketika berkawan dengan Lana. Apa yang pasti sekarang, status saya dan Lana hanya kawan biasa sahaja” "Apa yang saya boleh katakan juga kini, soal masa depan dan hubungan cinta, saya serahkan semuanya pada takdir Allah. Semua keputusan terletak ditangan-Nya," ujar Johan As’ari. Dalam laporan sama, Johan As’ari turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya dahagakan publisiti murahan dengan membuat tindakan mengejut sebegini. (rtky/m) |
Nabila Huda Akui Sudah Temui Kekasih Baru Posted: 25 Dec 2013 09:49 AM PST Nabila Huda antara selebriti tanah air yang kisah cintanya sering menjadi perhatian para peminat dan bukan peminat. Kisah terbaru ini pastinya akan diperhati dengan mendalam oleh penganalisa bebas dunia hiburan selepas ini. Ditemui wartawan ketika sidang media drama Ariana Rose di Sri Pentas TV3, Bandar Utama baru baru ini Nabila Huda mengakui yang hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan yang lalu. BACA: Inikah Kekasih Baru Nabila Huda? “Alhamdulillah, kehadirannya membuatkan saya cukup gembira. Kami masih lagi baru beberapa bulan menjalinkan hubungan. Apa yang boleh saya katakan, dia lelaki yang saya cari selama ini. Bagaimanapun saya tidak mahu cerita panjang siapakah lelaki yang dimaksudkan itu” Nabila Huda turut berkata yang beliau sebenarnya teruja untuk berkongsi kisah cinta barunya ini namun memilih untuk berdiam diri dari berkongsi kisah peribadi berdasarkan pengalaman lalu. “Apabila saya tidak hipokrit berkongsi hal peribadi, ada pula pihak lain yang cuba mengambil kesempatan terhadap saya. Itu yang saya tidak mahu ia berlaku,” ujarnya. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.477) Posted: 25 Dec 2013 08:33 AM PST VIDEO HARI INI: Azam tahun 2013 ingin pandai menari tetapi masih belum buat apa apa? Masih ada masa dan anda hanya perlu tonton video di atas. Ya, sama sama. Kanye West dalam masalah lagi & kali ini melibatkan sample yang digunakan dalam lagu Bound 2 yang mana didakwa telah digunakan tanpa kebenaran penyanyi asal lagu tersebut yang keluar sekitar tahun 1971. – Entertainment Weekly Filem hits lakonan Robert Downey Jr, Iron Man 3 telah dinobatkan sebagai filem paling laris untuk tahun 2013 apabila berjaya mengutip US$1.2 billion selepas ditayangkan di seluruh dunia dan kalahkan Despicable Me 2 dengan US$918.4 juta. – Contact Music Pelakon Zahiril Adzim mengakui kehidupannya banyak berubah sejak kehadiran cahaya mata sulung yang diberi nama Nadi Anaqi dan isterinya Shera seorang yang pandai menjaga anak dan masih belum yakin untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak mereka. – GUA Jika Malaysia ada Soo Wincci sebagai wakil dalam senarai wanita tercantik dunia, dunia hiburan Korea mempunyai 14 orang wanita termasuk Nana, Taeyeon & Suzy yang tersenarai dalam senarai 100 Most Beautiful Faces of 2013. – Soompi Pasangan penyanyi yang mula bercinta selepas merakamkan lagu duet Almost Is Never Enough, Ariana Grande dan Nathan Sykes dikhabarkan telah berpisah beberapa minggu lalu dan sumber menyebut yang mereka berdua sudah tidak berminat untuk terus bercinta. – US Weekly |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.