RotiKaya |
- Soo Wincci Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia
- Johan As’ari Dan Lana Nordin Putus Cinta Selepas Tidak Dapat Restu Keluarga
- Gambar: Resepsi Perkahwinan Pertama Fizo Omar & Mawar
| Soo Wincci Dalam Senarai 100 Wanita Tercantik Di Dunia Posted: 24 Dec 2013 05:43 PM PST Ya, Soo Wincci telah tersenarai sebagai salah seorang pemilik wajah tercantik di dunia untuk tahun 2013 yang dikeluarkan oleh Independent Critics yang berpangkalan di United Kingdom dan Amerika Syarikat baru baru ini. Soo Wincci menduduki tangga ke 91 dalam senarai itu sekaligus berada di atas nama besar Hollywood seperti Rosie Huntington-Whiteley & Amanda Seyfried yang masing masing menduduki tangga 100 dan 93 dalam senarai The 100 Most Beautiful Faces 2013. "Bayangkan album Melayu saya baru saja dilancarkan dan tiba-tiba pengurus promosi untuk pasaran Melayu berhenti mengejut. Berita nama saya tersenarai dalam carta itu membuatkan saya bangun semula untuk bekerja keras mengharumkan nama negara” Beliau berkata demikian kepada Harian Metro hari ini dan menyifatkan ianya satu motivasi tinggi buat dirinya dalam kerjaya beliau ketika ini. Tahniah Soo Wincci! (rtky/m)
|
| Johan As’ari Dan Lana Nordin Putus Cinta Selepas Tidak Dapat Restu Keluarga Posted: 24 Dec 2013 04:57 PM PST Selepas beberapa isu timbul tentang restu keluarga & penerimaan mereka terhadap hubungan cinta pasangan ini, Johan As’ari & Lana Nordin mengesahkan yang hubungan cinta mereka sudah berakhir kerana masalah tersebut. BACA: Ibu Johan As'ari Tidak Merestui Hubungan Dengan Lana Nordin? Menerusi Berita Harian hari ini, Johan As’ari berkata hubungannya dengan Lana Nordin secara rasmi putus kelmarin, selepas keluarganya tidak menerima pelakon itu. “Saya sebenarnya berat mahu melepaskan Lana. Tapi saya tidak mahu menyeksanya. Lebih baik, kami berpisah daripada saya terus menyeksa hati dan perasaan Lana” Johan As’ari menambah yang beliau sayangkan Lana Nordin namun terpaksa memilih keluarga kerana tidak mahu bergelar anak derhaka kerana ibu tidak merestui hubungannya dengan aktress itu sebelum ini. “Saya minta maaf. Keputusan ini tentu melukakan hati Lana dan keluarga. Tetapi saya terpaksa buat keputusan kerana tidak mahu terus memberi harapan kepada Lana,” ujarnya. Lana Nordin Beri Peluang Johan As’ari Buktikan Janji & Kata Manis Lana Nordin dalam laporan sama berkata yang beliau sudah jangka perkara ini selepas Johan As’ari sering berdolak dalik sejak hubungan mereka ditentang keluarga. “Saya bukan bodoh, tiga hari bertemu terus dilamar sebagai isteri, boleh percayakah? Saya beri Johan ruang untuk membuktikan janji dan ungkapan manisnya, tapi nampaknya baru sebulan lebih Johan sudah mengaku kalah,” ujarnya reda dengan ketentuan ini. (rtky/m) Lana Nordin be like…
|
| Gambar: Resepsi Perkahwinan Pertama Fizo Omar & Mawar Posted: 23 Dec 2013 11:33 PM PST Sebelum ini berita mengatakan yang pasanagn Fizo Omar & Mawar bakal mengadakan 3 majlis resepsi untuk perkahwinan mereka selepas pulang dari berbulan madu di Eropah dan resepsi pertama sudah pun selesai berlangsung. BACA: Balik Bulan Madu, Fizo Omar & Mawar Bakal Adakan Tiga Resepsi Perkahwinan Memang nampak meriah resepsi perkahwinan yang diadakan di Butik Fareeda Pulau Pinang apabila ianya dibanjiri oleh ribuan peminat pasangan ini yang mahu melihat Fizo Omar & Mawar secara lebih dekat sekaligus meraikan pengantin baru ini. Berikut merupakan gambar sekitar majlis yang berlangsung pada 22 Disember yang lalu & dapat kita lihat, masih bersinar seri pengantin baru pasangan Fizo Omar & Mawar ini. Enjoice! |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.