RotiKaya |
- Gambar: Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Venice
- Lana Nordin Belum Jumpa Ibu Johan As’ari, Bakal Tunai Umrah Bersama
- Filem Minggu Ini: 47 Ronin
- Konsert Destini Berjaya Kutip Dana RM 2 Juta
- Pekin & Uqasha Senrose Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Rahsiakan Tarikh
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.475)
| Gambar: Zain Saidin & Rozita Che Wan Berbulan Madu Di Rome, Venice Posted: 22 Dec 2013 04:16 PM PST Dalam temubual selepas majlis resepsi pasangan ini minggu lalu, Zain Saidin & Rozita Che Wan memaklumkan yang mereka akan terbang ke Rom, Milan, Venice, Frankfurt dan Amsterdam untuk lokasi berbulan madu mereka. Ketika artikel ini ditulis, pasangan romantis yang menjadi perhatian ramao sepanjang tahun ini sedang berada di Venice, Itali selepas habis menjelajah Rome dan pastinya selepas ini akan ada lebih banyak gambar lagi dari kota Eropah yang lain. Sementara menanti pasangan ini habis berbulan madu, anda sebagai peminat boleh layankan beberapa keping gambar yang mereka kirimkan melalui Instagram masing masing. Enjoice! |
| Lana Nordin Belum Jumpa Ibu Johan As’ari, Bakal Tunai Umrah Bersama Posted: 22 Dec 2013 02:39 PM PST Meski sedar akan status dirinya sebagai kekasih Johan As'ari, namun siapalah Lana Nordin untuk meramal hala tuju hubungan yang baru dibina bersama Johan. Malah sehingga ke hari ini Lana Nordin belum berkesempatan untuk bertemu dengan ibu Johan As’ari setelah timbul kata-kata yang tidak enak mengenai penerimaan ibu Johan terhadap hubungan mereka. Tambah Lana, dia menyerahkan segalanya kepada Johan. Sebagai lelaki, Johan sepatutnya lebih matang dalam membuat sebarang keputusan. BACA: Ibu Johan As'ari Tidak Merestui Hubungan Dengan Lana Nordin? Justeru itu, dia tidak berani memberi sebarang komen berkenaan isu ibu Johan. Dia memberi lebih ruang kepada Johan supaya berbincang dan menyelesaikan masalahnya dengan keluarga. "Saya ni perempuan. Tak manis rasanya kalau perempuan bercakap banyak. Lebih baik bertanya kepada empunya badan dan sebagai lelaki Johan berperanan untuk handle masalah dia dengan keluarganya. Saya taknak memandai pula” Ditanya sejauh mana dia mahu membawa perhubungan tersebut bersama Johan, mudah dan ringkas jawapan Lana. Mereka masih terlalu baru. Masih terlalu banyak yang perlu dipelajarinya mengenai Johan. Lana tidak memilih untuk bertemu jodoh dengan sesiapa asalkan lelaki tersebut beriman dan dapat membimbing dirinya menjadi muslimah yang lebih baik. Bercerita saat bagaimana dia boleh berkenalan dengan Johan. Yang sebetulnya Lana rapat dengan pelakon Lisdawati. Tidak lama dulu, ketika Lisdawati pergi menunaikan umrah dia mohon didoakan agar bertemu dengan lelaki dan Jodoh yang baik. Dan dia bersyukur apabila diketemukan dengan Johan. Malah Mac tahun hadapan Lana dan Lisdawati merancang untuk bersama sama menunaikan ibadah umrah, dan sekali ditemani Johan As'ari. Tambah Lana, sepanjang dia berkawan dengan Johan dia menerima banyak komen positif, bukan sahaja dari para peminatnya malah dari peminat Johan sendiri. Lana jelas selesa dan gembira sepanjang perkenalannya bersama Johan, walau masing-masing sibuk dengan jadual pementasan teater Bahayanya Wanita yang kini sedang dipentaskan di Istana Budaya sehingga 31 December, mereka tetap curi-curi masa untuk bersama ketika waktu rehat dan selepas selesai latihan teater. Dan ya, Lana dan Johan sama-sama digandingkan dalam teater Bahayanya Wanita. Bagi yang mahu menyaksikan lakonan mantap Lana Nordin sebagai Farhana isteri ketiga dalam teater Bahayanya Wanita bolehlah datang ke Istana Budaya. Teater akan dipentaskan bermula dari 20 Disember dan berakhir pada 31 Disember. Lana menggantikan watak Nora Danish selama 2 hari. Sebelum menamatkan perbualan, Lana mohon agar peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya. (rtky/bsr) |
| Posted: 22 Dec 2013 01:56 PM PST 47 Ronin (2013) ialah sebuah filem aksi fantasi yang sudah mempunyai tapak cerita sedia ada terkenal turun-temurun di Jepun. Lesen kreatif pengarahnya, Carl Erik Rinsch serta penulis skrip ialah menambahkan elemen fantasi, misteri dan aksi sebagai sebuah adaptasi ke bentuk filem dengan sokongan teknik imej janaan komputer (CGI). Kisah latarnya mengenai sekumpulan samurai dalam buangan yang diketuai oleh Kuranosuke Oishi (Hiroyuki Sanada) untuk menebus semula maruah dan menuntut bela kematian ketua mereka iaitu Lord Asano (Min Tanaka) yang terpaksa melalui ritual bunuh diri atau 'seppuku'. Maka selepas itu mereka digelar sebagai 'Ronin' atau samurai tanpa tuan. Musuh utama dalam filem ini ialah Lord Kira (Tadanobu Asano) yang gila kuasa politik dengan bantuan seorang ahli sihir Mizuki (Rinko Kikuchi) yang gila kuasa ilmu hitam!
Filem ini mengingatkan saya kepada beberapa buah filem bertemakan 'fish out of water' dimana seorang 'underdog' terpinggir dan janggal akhirnya menjadi seorang 'hero' di kalangan sekumpulan pahlawan. Misalnya seperti filem Dances With Wolves (1990), Avatar (2009) malahan hampir mirip dengan filem The Last Samurai (2003). Watak Kai (Keanu Reeves) sebagai 'half-breed' atau darah kacukan bangsa Jepun-Barat ditambah ke dalam kisah asas tentang 47 orang samurai yang digelar 'Ronin' itu sebagai orang luar dan asing untuk merumitkan lagi konflik. Mengangkat watak Kai sebagai hero dan tarikan utamanya melalui poster dan trailer, tanpa disedari telah menjadikan filem ini seakan tidak jujur dengan judulnya mengenai 47 orang samurai. Sementara itu, plot percintaan terlarang antara dua darjat Kai dan Mika (Kou Shibasaki) hanyalah sekadar mewarnai sedikit ceritanya, umpama kisah cinta epik Asia dalam Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000). Dunia realisme kepahlawanan samurai dalam filem ini diselang-seli dengan berbagai mitos dan fantasi. Antaranya kemunculan raksasa Kirin di awal cerita, penghuni dan misteri Hutan Tengu di pertengahan serta akhirnya pertarungan sengit Kai menentang seekor naga jelmaan ahli sihir Mizuki. Di samping itu, pemaparan lokasi-lokasi berbagai landskap alam semulajadi atau misteri menambah panorama indah atau menakutkan yang menjadi pentas penceritaannya seperti filem-filem pengembaraan epik yang tipikal.
47 Ronin seakan mahu menekap dunia berlatarkan sejarah kuno Jepun yang dicampur-aduk dengan dongeng serta dibayangi filem-filem sebelumnya. Ia cuba sedaya-upaya mahu bercerita sebesar pengembaran The Lord of The Rings (2001) atau sehebat filem fantasi Pirates of the Caribbean (2003). Mungkin tidak adil bagi saya terlalu membandingkan dengan beberapa filem di atas. Namun sebagai sebuah filem aksi fantasi sebegini sudah tentu saya yang sudah menyaksikan kehebatan filem seumpamanya sebelum ini, akan terasa bahawa 47 Ronin seperti bikinan amatur yang baru berjinak-jinak dengan CGI dan terlalu bercita-cita tinggi untuk menangani penceritaan sebesar kisah lagenda negara Jepun itu. Bahasa pertuturan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris untuk kesemua watak-watak bangsa Jepun menjadikan ia kadangkala kedengaran janggal seperti menonton siri tv Jepun yang dialih bahasa. Kalaulah setiap perwatakan itu menuturkan dialog dalam bahasa ibunda mereka, alangkah lebih baik kerana akan kedengaran asli bersesuaian dengan era dan budaya Jepun yang dipaparkan itu. Kelonggaran plot ceritanya begitu ketara apabila kekosongan penceritaan selama durasi 1 tahun selepas Oishi dikurung dan Kai dijual kepada Savage (Rick Genest). Filem ini hanya melompatkan kisahnya tanpa memberi sebarang paparan konflik yang dilalui oleh Kai, Mika dan samurai yang lain tanpa pengembangan cerita yang meyakinkan. Jarak waktu setahun itu seakan ditinggalkan 'berlubang' untuk mempercepatkan durasi filem.
Namun begitu pujian wajar diberikan kepada pereka kostum yang masih mengekalkan penampilan pahlawan samurai atau kimono sebagai asas sahaja tetapi telah diberikan sentuhan rekaan yang lebih menarik terutamanya busana-busana yang dipakai oleh Mika. Dari sudut teknikal CGI filem ini hanyalah dalam skala yang sederhana untuk beberapa babak terutamanya babak finale pertarungan di antara Kai menentang naga Mizuki. Bolehlah boleh! Keanu Reeves sebagai watak Kai dalam 47 Ronin bukanlah lakonan terbaiknya. Keanu seolah terperangkap dengan perwatakan pesona 'the one' seperti dalam The Matrix (1999) yang pernah mengangkat namanya dahulu. Tambahan pula dalam filem ini, Keanu berganding dengan seorang lagi pelakon hebat Jepun, Hiroyuki Sanada sebagai watak yang ternyata lebih menyerlah dari Keanu. Selain itu, lakonan watak penjahat ahli sihir yang licik Mizuki oleh Rinko Kikuchi ialah tarikan utama yang mampu menghiburkan dan digeruni. Mungkin filem ini yang beberapa kali ditunda tayangannya menjadi 'mangsa' pula kerana filem The Wolverine (2013) yang kebetulan telah ditayangkan sebelum ini yang juga dilatarkan di negeri Jepun serta wajah Wolverine yang berjambang menjadikan seolah-olah wajah Kai versi saduran sahaja. Kebetulan juga kerana tayangan filem ini serentak bersaing dengan The Hobbit: The Desolation of Smaug (2013) yang ternyata lebih hebat paparan raksasa imej janaan komputer. Malang sekali untukmu Keanu Reeves!
KESIMPULANWalaupun filem ini sarat dengan imej dan budaya timur Jepun, namun ia telah di-Hollywood-kan dengan berlebihan. 47 Ronin kedengaran gah kerana populariti kisahnya di Jepun, namun adakah ia akan sehebat itu? Adakah benar ada 47 orang pahlawan samurai yang beraksi atau sekadar pelakon tambahan yang ramai berkostum sama warna sahaja? Kalau anda die hard fan Keanu Reeves, silakan menontonnya di pawagam sekarang! 2 BIJI ROTIKAYA dari saya. |
| Konsert Destini Berjaya Kutip Dana RM 2 Juta Posted: 22 Dec 2013 11:03 AM PST Bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam telah berlangsung Konsert Destini yang menampilkan artis-artis popular tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz, Awie, dan Amy Search. Manakala penampilan khas artis yang diterbangkan dari Indonesia iaitu Datuk Rossa, Pasha (Ungu), dan Cakra Khan. Konsert tersebut telah berlangsung selama 2 hari berturut-turut bermula pada 20 sehinggalah berakhirnya pada 21 Disember malam kelmarin. Persembahan pembukaan tirai oleh Dayang Nurfaizah yang mendendangkan dua buah lagu iaitu Dayang Sayang Kamu dan Selagi Masih Ada Cinta. Penampilan artis seberang, Datuk Rossa paling ditunggu-tunggu oleh peminat- peminatnya di Malaysia dan beliau artis memilih untuk meyampaikan lebih daripada enam lagu popular seperti Ku Menunggu, Hey Ladies!, Terlanjur Cinta, dan Aku Bukan Untukmu.
Tidak ketinggalan Rossa juga berduet dengan Cakra Khan pada malam pertama konsert dan pada malam kedua kemunculan Pasha Ungu menerusi lagu Terlanjur Cinta. Tidak sah sekiranya pemilik bersuara emas ini tidak mendapat jeritan dari peminat-peminatnya yang hadir iaitu beliau Datuk Siti Nurhaliza yang menyampaikan tiga buah lagu iaitu Destinasi Cinta, Lebih Indah dan Cindai, penyanyi ini mengundang tepukan gemuruh setiap kali dia memulakan nyanyian. Tak usah bercakap tentang keupayaan vokalnya kerana Siti tidak pernah menghampakan peminat. Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah bahawa Konsert Destini 2013 berjaya dengan objektifnya untuk mempersembahkan sebuah konsert menghiburkan bagi mengumpul dana untuk Tabung Pendidikan Anak Bangsa yang membantu pelajar cemerlang yang kurang berkemampuan untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Destini Anak Bangsa, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, pihaknya telah berjaya mencapai sasaran kutipan RM2 juta memandangkan semua tiket sudah habis terjual untuk konsert ini. "Saya gembira kerana impian menjadi kenyataan. Malah, kami juga mencapai sasaran RM2 juta untuk Tabung Pendidikan Anak Bangsa. Saya berterima kasih kepada semua artis yang terlibat kerana bayaran yang mereka kenakan bukan mengikut nilai komersial tetapi berpatutan untuk tujuan kebajikan, " ujarnya yang mengakui konsert itu menelan belanja RM700,000. Konsert Destini dihoskan oleh Neelofa dan AG Hot FM. (rtky/hfz) |
| Pekin & Uqasha Senrose Bakal Kahwin Tahun Depan, Mahu Rahsiakan Tarikh Posted: 22 Dec 2013 10:29 AM PST Selepas usai kontroversi yang mengatakan pasangan ini telah berpisah kerana orang ketiga, Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan cintanya dengan Uqasha Senrose kini bertambah erat, malah bakal mempercepatkan penyatuan di antara mereka berdua. "InshaALLAH, kami akan berkahwin tahun depan. Tapi keluarga saya masih tidak benarkan saya mengumumkan tarikh perkahwinan kami," ujar Pekin Ibrahim apabila ditanya media tentang perkembangan hubungan dengan Uqasha Senrose baru baru ini. Menurut pelakon ini, satu tarikh telah pun dipersetujui oleh kedua dua belah keluarga untuk menjadi hari bahagia mereka bergelar suami isteri namun mereka meminta tidak mendedahkan tarikh tersebut kepada umum atas alasan tersendiri. “Saya bersyukur kerana sejak akhir-akhir ini, tidak putus-putus tawaran berlakon — mungkin disebabkan rezeki saya yang bakal berkahwin” “Sekarang ni saya baharu saja selesai menjalani penggambaran filem seram berjudul Villa Nabila. Ia adalah berkisar dari cerita benar, arahan Syafiq Yusof,” tambahnya lagi. (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.475) Posted: 22 Dec 2013 08:20 AM PST VIDEO HARI INI: Selepas video Jean-Claude Van Damme bersama trak Volvo menjadi popular, Chuck Norris bikin video balas yang lebih epik menampilkan aksi beliau membuat split di antara dua kapal terbang. Sila percaya, ianya real. Pelakon Adi Putra menolak untuk memberikan komen tentang penceraian antara wanita yang didakwa terlibat dengan skandal beliau, Nooraida dan suaminya baru baru ini. – Sinar Harian Bintang remaja, Selena Gomez telah membatalkan konsert jelajah Star Dance beliau di Asia dan Australia yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan dan ini termasuk Malaysia kerana ingin berehat & atas sebab sebab peribadi lain. – Music Times Dalam satu temubual terbaru bintang pop Korea, Rain berkata yang beliau sudah hafal dan mahir dengan tarian lagu lagu IU kerana lagu penyanyi itu sering dimainkan ketika beliau berada dalam latihan khidmat negara. – Soompi Pihak Marvel baru baru ini telah mengesahkan yang Vin Diesel akan menjayakan filem Guardians of the Galaxy dan bakal membawa watak pokok gergasi bernama Groot. – THR Pengacara popular, Ellen DeGeneres mengaku yang beliau bekerjasama dengan pengarah filem Bridemaids, Paul Feig mempromosi filem itu untuk Academy Awards kerana mahukan watak dalam sekuel Bridemaids 2 kelak. – Huffington Post |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

































































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.