RotiKaya |
- Nikah Sederhana, Aril AF7 Kini Sah Bergelar Suami Kepada Puteri Erma Edlinda
- Beli CCTV Untuk Keselamatan — Neelofa Mengaku Takut Hidup Sendiri Di USA
- Skandal Adi Putra, Nooraida Diceraikan Talak Satu
| Nikah Sederhana, Aril AF7 Kini Sah Bergelar Suami Kepada Puteri Erma Edlinda Posted: 19 Dec 2013 10:09 PM PST Penyampai radio ERA fm & juga bekas bintang Akademi Fantasia musim ke-7, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril AF7 telah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Puteri Erma Adlinda binti Haji Megat Aminuddin selepas solat Jumaat di Kota Bharu, Kelantan. Aril AF7 selamat bergelar suami kepada Puteri Erma Adlinda dengan sekali lafaz sekitar jam 3.10 petang sebentar tadi. Mungkin agak berlainan sedikit berbanding negeri negeri lain, pihak pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran dan turut berbalas sembilan dari pihak perempuan termasuk dengan mas kahwin berjumlah RM15,000. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, sehelai jaket, sehelai seluar jeans, slingbag, tali pinggang, minyak wangi, kasut, sejadah beserta Senaskah Al-Quran dan dompet. Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan wanita, senaskah Al-Quran, minyak wangi, kasut, sireh junjung, sejadah, kain dan cincin beserta sehelai cek mas kahwin berjumlah RM 15,000. Isteri Aril AF7 menerima mas kahwin sebanyak RM15,000 beserta beberapa hantaran pilihan beliau dan kos perbelanjaan untuk majlis pernikahan ditanggung sendiri oleh Aril dan Puteri tanpa sebarang penajaan pihak luar. “Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini” "Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak,” ujarnya kepada media sebelum hari pernikahan hari ini. Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan dan selepas itu dijangka mengadakan kenduri kesyukuran di kampung Aril yang terletak di Melaka. (rtky/hfz-bsr) Gambar Ihsan: Kompilasi ERA fm |
| Beli CCTV Untuk Keselamatan — Neelofa Mengaku Takut Hidup Sendiri Di USA Posted: 19 Dec 2013 08:14 PM PST Pelakon & hos MeleTOP, Noor Neelofa memberitahu bahawa dia tidak pernah tinggal bersendirian dan takut apabila berkeseorangan di rumah. Walaubagaimana pun, mulai Januari depan aktres jelita ini terpaksa membiasakan diri tinggal berseorangan & jauh daripada keluarga sepanjang mengikuti pengajiannya di Los Angeles, Amerika Syarikat. Memetik kenyataan di Malaysian Digest, aktres jelita ini mendedahkan yang dia telah membeli sebuah kamera ala kamera litar tertutup (CCTV) sebagai peneman semasa dia di sana. “Saya ni takut kalau tinggal seorang diri. Kalau kat rumah, memang saya tak biasa tinggal sendiri. Tapi itulah, saya kenalah biasakan juga. Sebenarnya saya takut hantu,” katanya . "Apa yang saya buat, saya dah siap beli kamera. Kamera tu macam ala kamera CCTV dan boleh di sambung terus pada telefon bimbit” “Di sana kalau malam, di sini siang, kan. Jadi kalau waktu saya tidur nanti, famili saya akan pantau saya menerusi telefon. Saya takut lah kalau ada apa-apa berlaku kan masa saya sedang tidur,” ujarnya tergelak akan strateginya itu. Neelofa yang ditemui pada sidang media Anugerah MeleTOP ERA mendedahkan perkara tersebut ketika ditanya mengenai persiapannya bakal berangkat ke Amerika Syarikat pada 27 Disember ini. Sepanjang selama sebulan di sana, Neelofa akan mengikuti kursus jangka pendek di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi New York (NYFA). Begitupun pengacara program MeleTOP ini teruja untuk memulakan pembelajarannya di sana. Sekaligus dia berharap sekembalinya nanti ke tanah air pada awal Februari nanti, dia dapat menyumbang sesuatu menerusi karier lakonanya. “Dalam seminggu saya kelas sebanyak 35 jam. Saya teruja tak sabar nak mulakan kelas di sana. Tambahan saya dah diberi sedikit gambaran oleh pihak akademi tentang bagaimana suasana pembelajaran di sana nanti. Saya rasa tak ada masalah dan harap semua berjalan lancar. “Saya harap bila balik nanti dapat lah bawa balik ilmu berguna dan dapat pertingkatkan mutu lakonan saya. Saya juga ada bertanya serba sedikit kepada Diana Danielle tentang keadaan di sana kerana dia pernah belajar di akademi tersebut,” ujarnya. (rtky/hfz) |
| Skandal Adi Putra, Nooraida Diceraikan Talak Satu Posted: 19 Dec 2013 07:53 PM PST Ini sesuatu yang mengejutkan sebenarnya sedang dalam kita sibuk melihat sang suami lantang mempertahankan hak isterinya. Nooraida yang terlibat dalam skandal Adi Putra dikhabarkan telah diceraikan talak satu oleh suaminya Amiruddin Othman, semalam. OHBULAN! melaporkan yang Amiruddin Othman mengakui telah menceraikan isterinya itu dengan talak satu pada 19 Disember 2013. Hal tersebut telah didedahkan sendiri oleh Amiruddin ketika ditemui pihak media di hadapan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, hari ini. BACA: Skandal Adi Putra, Nooraida Beri Penjelasan Isu Baju Seksi Di Sidang Media “Saya telah menceraikan dia (Nooraida) dengan talak satu pada jam 4.30 pagi di rumah kami di Johor Bahru. Kami bercerai secara baik” “Walaupun kami sudah tiada ikatan apa-apa, tapi kami berdua telah bersetuju untuk menegakkan kebenaran. Ini kerana ketika perkara itu berlaku, kami masih lagi suami isteri dan selama empat bulan ini maruah saya telah tercalar,” ujarnya. Amiruddin Othman dan Nooraida sebelum ini telah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Noor Fasha Dania, 7 tahun. UPDATE-1: Nooraida melalui Twitter beliau memberikan kenyataan yang perpisahan dengan suaminya adalah atas persetujuan bersama dan meminta semua pihak tidak menyalahkan sesiapa. Selain mengakui masih berkawan baik dengan suaminya itu.
|
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.