RotiKaya |
- Tasha Shilla Mengakui Sedang Rapat Dengan Hans
- Zahnita Wilson Mohon Cerai
- Tuah Filem Pertama Lakonan Cristina Suzanne
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.461)
- Sharnaaz Ahmad Minta Maaf Jika Qi Razali Cemburu
- Betty Banafe Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
| Tasha Shilla Mengakui Sedang Rapat Dengan Hans Posted: 02 Dec 2013 05:02 PM PST Minggu lalu, gambar Tasha Shilla bersama seorang jejaka bernama Hans yang bergelar peninju muay thai tersebar di internet dan menimbulkan tanda tanya apakah status hubungan mereka ketika ini — adakah ada cinta yang berputik. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Tasha Shilla mengakui yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan selepas berkenalan menerusi kawan kawan sekitar tiga bulan yang lalu dalam sebuah majlis. BACA: Inikah Peninju Muay Thai Kekasih Baru Tasha Shilla? “Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan,” ujar Tasha Shilla. “Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggu lah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak),” katanya yang mendambakan seorang lelaki yang romantik dan penyayang. (rtky/m) |
| Posted: 02 Dec 2013 04:09 PM PST Model terkenal Zahnita Dorothy Hussein Wilson mengakui yang beliau sudah memfailkan tuntutan tuntutan fasakh untuk bercerai dengan suaminya, Abdul Zackery Ghouse Abdul Ghafoor pada 18 November lalu selepas lapan tahun berkahwin. “Sudah banyak kali saya cuba memperbaiki hubungan yang makin retak tapi tidak berjaya. Kami cuba berbincang dan pernah membawa kes ini untuk mendapatkan khidmat kaunselor perkahwinan, namun ianya tetap gagal” “Bukan senang untuk membuat keputusan ini, saya tidak menyesal dengan perkahwinan yang telah terbina selama tempoh lapan tahun ini. Bagaimana pun, saya menganggap ini mungkin kesilapan saya berkahwin terlalu muda,” ujar Zahnita kepada Kosmo! hari ini. Kisah masalah rumahtangga Zahnita & Zackery pernah menjadi perbualan ramai peminat pada penghujung 2011 yang lalu dan model ini turut mengakui yang beliau dan suami mengambil langkah sepatutnya untuk menyelamatkan kemelut dalam rumahtangga mereka. “Pilihan ini untuk masa depan saya dan kedua-dua anak saya, Zahrafeena dan Zasharayna untuk membina kehidupan yang lebih cerah selepas ini. Saya tidak mahu menjadi hipokrit lagi!” tambah beliau yang enggan mendedahkan punca penceraian ini selain tidak menolak bakal kembali berlakon selepas 10 tahun berhenti. (rtky/m) |
| Tuah Filem Pertama Lakonan Cristina Suzanne Posted: 02 Dec 2013 08:41 AM PST Mula dikenali menerusi program Pilih Kasih 2, gadis kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne Stockstill tidak menjangka filem pertamanya bersama Redza Minhat telah membuahkan hasil apabila beliau dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik (Filem) menerusi filem KIL. Ketika ditemui selepas Anugerah Skrin 2013 tamat, Cristina yang tidak menyangka dengan kemenangan tersebut bahawa kini dia nyata mampu berdiri sebaris dengan pelakon besar lain seperti Lisa Surihani dan juga Nora Danish serta mengalahkan dua pelakon lain Nadiah Aqilah Bajuri & Jojo Goh (29 Februari). “Pada mulanya saya sendiri tidak yakin dengan diri apatah lagi keluarga terutamanya ibu saya yang menjadi tulang belakang saya sepanjang lebih sedekad di dalam industri hiburan. Apa yang boleh saya ucapakan kemenangan ini adalah hasil usaha saya selama ini akhirnya membuahkan hasil. Apa yang saya lakukan I’ll make sure I aim for the best,” ujarnya. Bakal beraksi di dalam filem yang menjanjikan lebih aksi berjudul ‘CEO 7′ dan juga ‘Juwanita’ Christinna Suzanne tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengan pengarah filem KIL. "Saya tidak sabar untuk kembali bekerjasama dengannya untuk filem akan datang jika diberikan peluang," ujarnya sebelum mengakhiri temubual. (rtky/nad) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.461) Posted: 02 Dec 2013 08:28 AM PST VIDEO HARI INI: Ini nampak seperti sesuatu yang mustahil tetapi Amazon kini menunjukkan impian masa hadapan mereka untuk boleh menghantar barang di’beli pengguna online dengan menggunakan drone terbang terus ke rumah. Pelakon Shaheizy Sam mengakui namanya sedikit tenggelam sejak kebelakangan ini namun terpaksa akur dengan proses jatuh bangun kehidupan seorang selebriti dan akur anugerah juga gelaran bukan menjamin namanya akan terus di’atas. – mStar Online Bekas ahli kumpulan Jonas Brothers, Joe Jonas mendedahkan dalam satu artikel eksklusif yang beliau bersama sama dua selebriti popular Miley Cyrus & Demi Lovato ketika pertama kali menggunakan marijuana. – Just Jared Supermodel popular, Kate Moss telah terpilih untuk menghiasi muka hadapan majalah Playboy bersempena ulangtahun penerbitan itu yang ke 60 dan beliau bercerita tentang kehidupannya ketika ini secara eksklusif. – Mirror UK Buat pertama kali, Selena Gomez memuat naik sekeping gambar dirinya sendiri tanpa sebarang solekan. Cantik semulajadi rupanya gadis ini. Heh. – People Polis yang menjalankan siasatan tentang nahas yang melibatkan Paul Walker tidak menolak yang kemungkinan kereta di’naiki dan dipandu oleh orang ketiga ini sebenarnya dipandu laju kerana terlibat dengan perlumbaan spontan dengan kereta lain. – TMZ |
| Sharnaaz Ahmad Minta Maaf Jika Qi Razali Cemburu Posted: 01 Dec 2013 11:18 PM PST Baru saja peminat hiburan tanah air menarik nafas lega dan hilang terkejut dek berita cinta Johan As’ari dan Lana Nordin, terbaru timbul satu lagi kisah kali melibatkan pasangan sama cantik sama padan, Qi Razali, 35 dan Nelydia Senrose, 19. Hubungan mereka berdua dikatakan tiba-tiba bermasalah gara-gara Nelydia bergambar dengan Sharnaaz. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh Sharnaaz di Instagram miliknya. Ternyata apa yang lebih membuatkan bekas hos Jalan Jalan Cari Makan itu bengang dan kecewa adalah kerana kapsyen yang ditulis oleh Sharnaaz yang berbunyi, “Tak payah pening pening, dah depan mata” – menunjukkan seolah-olah dia dan Nelydia ada hubungan istimewa. Sharnaaz Ahmad Tidak Tahu Apa Apa Bagaimanapun Sharnaaz yang kami dapat hubungi sebentar tadi berkata, dia tidak mengetahui mengenai status Qi itu namun terkejut apabila mendengarnya. Tambahnya lagi, kapsyen tersebut sebenarnya adalah dialog dari babak dalam drama yang kini sedang dilakonkan oleh dia bersama Nelydia yang berjudul, Bukan Kerana Aku Tak Cinta. “Saya tak tahu apa-apa pasal status Qi. Saya terkejut. Nely tiada dengan saya sekarang. Ni pun tengah tunggu dia untuk penggambaran (drama) sekejap lagi” “Gambar yang saya post tu adalah gambar kami kat set penggambaran & itu adalah dialog dalam drama tu. Saya tiada niat apa-apa. Saya cuma nak promosikan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Itu saja niat saya” “Saya faham perasaan Qi. Saya tak nak besar-besarkan cerita, sebab sekarang saya asyik kena game jer. Saya macam dah tak boleh rapat dengan sesiapa dah sekarang ni. Tapi tak apa lah, ini pun isu yang terakhir. “Kalau dia (Qi) tak suka Saya minta maaf. Kejap lagi saya jumpa Nely, kalau dia suruh saya delete gambar tu, saya delete lah”, kata Sharnaaz yang sebelum ini pernah mengumumkan dia bakal bersara daripada dunia lakonan dalam masa terdekat ini. Qi Razali Luah Perasaan Di Twitter Sharnaaz menjelaskan sedemikian apabila diminta mengulas mengenai status Qi Razali yang ternyata cemburu gara-gara Sharnaaz bergambar bersama buah hatinya itu. Pada pagi hari ini, Qi menerusi akaun Twitternya telah memuat naik beberapa status yang seakan meluahkan perasaan kecewa terhadap sesuatu. Qi secara tiba tiba menulis kemaskini seperti “Celik- celik dah depan mata. Tak payah pening-pening dah. Good luck to both of you” dan “Menerima hakikatnya, Redha” sebelum dia memadam sebahagian daripada status yang telah dikongsikan. Sebelum itu pada malam tadi, Qi juga telah berkongsi sekeping foto gelap berwarna hitam berserta caption “Because a picture and a caption can kill you sometimes” pada malam tadi dipercayai mempunyai kaitan dengan kemaskininya di Twitter pagi ini. Qi dan Nelydia mula berkawan rapat sejak sama-sama berlakon dalam drama Friday I’m In Love sekitar tahun lalu dan hubungan tersebut mula menjadi lebih rapat sejak awal tahun ini. Beberapa bulan lalu laporan media ada menyebut, akhirnya pasangan ini mengaku yang mereka sedang ditahap serius bercinta. (rtky/fr) |
| Betty Banafe Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Posted: 01 Dec 2013 10:39 PM PST Pelakon dan penyanyi, Betty Banafe telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 1 Disember lalu dan kongsikan berita gembira ini bersama para peminat menerusi beberapa keping gambar yang di’kirimkan menerusi Instagram. “Husband Bruce the happy first time daddy – we thank Allah almighty for our December 1st baby!” tulis Betty Banafe meluahkan kesyukuran atas kelahiran anak sulungnya ini. Dalam temubual awal bulan lalu, Betty Banafe ada kongsikan yang beliau dijangka bersalin pada 22 Disember 2013 & nampaknya anak pasangan ini tiba tiga minggu lebih awal dari jangkaan. Apa pun, tahniah buat Betty Banafe & suami sekeluarga atas kehadirna orang baru ini. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




























No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.