RotiKaya |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.474) Posted: 19 Dec 2013 04:05 AM PST VIDEO HARI INI: Ini genius. Pembikin kereta Jaguar mengeluarkan satu iklan video membalas iklan Mercedes Benz yang sebelum ini menampilkan ayam untuk menggambarkan fungsi Magic Body Control. Agak brutal di situ. Jennifer Lawrence muncul di program bual bicara Conan semalam dan mendedahkan satu kisah di mana seorang pekerja hotel telah menjumpai sex toy yang dihantar oleh rakannya sebagai satu bahan gurauan dan … ah anda tonton sendiri. – Just Jared Pelakon jelita Siti Saleha menganggap masih terlalu awal untuk dia bercakap soal perkahwinan selepas kesediaannya mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki Inggeris sejak empat bulan lalu. – mStar Online Rabu lalu merupakan ulangtahun kelahiran Brad Pitt yang ke 50 dan nampaknya pelakon kacak pujaan ramai ini tidak mengadakan sebarang sambutan besar besaran layaknya seorang bintang Hollywood dan memilih untuk tidak melakukan apa apa selain bekerja. – US Magazine Penyiasat kes kemalangan yang melibatkan bintang Fast & Furious, Paul Walker telah mengesahkan yang kereta Porsche yang dinaiki pelakon itu tidak mengalami sebarang masalah mekanikal sebelum ia terlibat dalam kejadian malang itu. – People Kerana tidak punya banyak pengalaman dalam babak intim, Park Shin Hye berkata yang beliau sebenarnya benar benar terkejut ketika melakonkan babak bercium bersama Lee Min Ho dalam satu episod The Heirs & bernasib baik tidak perlu berlakon semula. – Soompi |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.