RotiKaya |
- Faralyna Idris Semakin Kurus Kerana Ubat Terlarang?
- Di Sekitar Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.467)
- Tawaran Hebat & Revolusi Dari Lazada 12 Disember Ini!
| Faralyna Idris Semakin Kurus Kerana Ubat Terlarang? Posted: 10 Dec 2013 04:27 PM PST Anak kedua dari tiga adik-beradik yang juga pelakon yang semakin menempa nama di dalam industri, Faralyana Idris menafikan yang dia mengambil ubatan terlarang selain ada khabar angin mengatakan dia mempunyai penyakit anorexia. Ditanya sendiri ketika ditemui di majlis perasmian drama terbaru Dan Calonnya Adalah… kelmarin, dia memberitahu bahawa badannya memang begitu dan dia sendiri pernah cuba untuk naikkan berat badan dengan mengambil jumlah kuantiti makanan yang lebih banyak dari biasa. "Saya tidak nafikan badan saya memang kurus dan ada antara rakan lain yang menegur berat badan saya sehinggakan ada satu ketika saya mengambil protein untuk menambah berat badan," jelas Faralyna tentang susuk tubuhnya yang semakin kurus. Pelakon ini turut menjawab yang dia tidak menyangkal bahawa dia kini sedang mengenali hati budi seseorang namun begitu menolak untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada peminat. "Sebelum ini kisah percintaan saya tidak kesampaian setelah 5 tahun bercinta, kali ini tidak mahu bercerita tentang kisah peribadi tetapi kerjaya adalah fokus utama saya sekarang," ujarnya dalam nada berseloroh. Untuk drama terbaru lakonan Faralyana, Kim Jing Sung, Ikhwan Hot FM, Anas Ridzuan bakal menyaksikan Maria Tunku Sabri pertama kali muncul di kaca televisyen yang memegang watak sebagai Puan Kamariah ibu kepada Katrina (Faralyna). Saksikan drama Dan Calonnya Adalah… lakonan Faralyna Idris ini menerusi portal video Tonton secara percuma mulai 12 Disember 2013 hingga 20 Januari 2014. (rtky/nad) |
| Di Sekitar Majlis Berinai Rozita Che Wan & Zain Saidin Posted: 10 Dec 2013 10:02 AM PST Kerana pasangan ini mengehadkan penglibatan media seperti kami dalam perjalanan hari hari bahagia mereka, gambar awal yang boleh anda tatap mungkin tidak memuaskan hati namun raut wajah bahagia Rozita Che Wan & Zain Saidin masih boleh di’lihat. Malam ini telah berlangsungnya majlis berinai buat pasangan Zain Saidin & Rozita Che Wan yang mengambil tempat di Ndah Mahligai, Shah Alam bermula sekitar 8.00 malam tadi. Itu sahaja maklumat yang kami ada setakat ini. UPDATE-1: Rozita Che Wan tampil menawan apabila menggayakan barangan kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM11 juta sempena malam berinai yang berlangsung di Dewan N’Dah Shah Alam di sini, malam Selasa. (via mStar Online) Kami kongsikan beberapa keping gambar di bawah di media sosial dan rata rata peminat keliru dengan persalinan yang dikenakan Zain Saidin & Rozita Che Wan kerana begitu gah seolah olah mereka sudah bernikah dan ketika ini sedang bersanding. Sesuai rasanya persalinan mereka dengan status majlis perkahwinan bernilai RM13 juta bukan? Kredit Gambar: Media Hiburan, Aznil Hj. Nawawi, Rizman Ruzaini, Azza Elite & mStar Online |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.467) Posted: 10 Dec 2013 08:39 AM PST VIDEO HARI INI: Seluruh Selangor hari ini bercuti, kami cemburu — dan, ini lagu untuk mereka yang tidak boleh lekang dengan telefon pintar. Tiada kaitan, ya kami tahu. Bintang siri televisyen popular Glee, Lea Michele melancarkan single terbaru beliau berjudul Cannonball dan akan membawakan lagu baru ini buat pertama kali di The Ellen DeGeneres Show esok. Dengarkan terlebih dahulu. – Just Jared Selebriti penuh kontroversi, Miley Cyrus telah diangkat oleh MTV sebagai Artist Of The Year dan ini bukan sesuatu yang mengejutkan selepas persembahan beliau di 2013 MTV Video Music Awards yang menjadi bualan seluruh dunia. – Huffington Post Tampil seksi menghiasi muka hadapan Bazaar terbaru, Miranda Kerr berkata yang beliau dan bekas suami, Orlando Bloom masih saling mengambil berat & menyayangi antara mereka berdua dan itu sesuatu yang penting untuk anak mereka, Flynn. – Too Fab Gambar yang tersebar menunjukkan pasangan ini dalam pakaian pengantin menimbulkan satu spekulasi yang mereka sudah berkahwin namun ternyata Ashton Kutcher dan Mila Kunis hanya berpakaian sebegitu untuk menghadiri majlis perkahwinan abang Mila. – Daily Mail Bintang komedi Amerika Syarikat, Adam Sandler menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes untuk pelakon paling tidak berbaloi untuk dibayar dengan anggaran hanya memberikan pulangan US$3.40 untuk setiap dollar yang dibayar pengeluar filem. – Independent UK |
| Tawaran Hebat & Revolusi Dari Lazada 12 Disember Ini! Posted: 09 Dec 2013 08:05 PM PST Seperti sudah menjadi kebiasaan untuk rakyat Malaysia untuk berbelanja setibanya hujung tahun — lebih lebih lagi dengan pelbagai tawaran hebat yang diwujudkan oleh pusat beli belah seluruh Malaysia dan kini ditambah dengan tawaran revolusi oleh Lazada Malaysia. Genap sebulan selepas pelancaran The Online Revolution, Lazada akan menganjurkan salah satu jualan terhebat di Asia Tenggara pada 12 Disember 2013 ini dan menjangkakan ianya akan menjadi hari paling sibuk untuk pembeli online sepanjang tahun 2013. Pada 12 Disember ini, kaki shopping akan menikmati tawaran paling eksklusif dan hampir tidak masuk akal selama 24 jam, antaranya;
Pembeli akan menikmati pelbagai tawaran lain dari barangan elektronik, pakaian, fesyen mahu pun penghantaran makanan pada hari tersebut. Terdapat diskaun ekstra sehingga 90% pada tawaran-tawaran revolusioner yang boleh dinikmati oleh pembeli-belah untuk satu hari terakhir. Pemegang kad loyalti BCard akan menerima mata tambahan untuk setiap pembelian dan akan membolehkan mereka menebus barangan di Lazada. Pada hari terakhir Revolusi Dalam Talian iaitu 12 Disember ini, 11 produk akan disediakan untuk dimenangi dimana pembeli dengan pembelian yang tertinggi akan memenangi produk yang mempunyai undian paling popular dari pertandingan Re-VOTE-lution! Jika anda menjadi peminat Lazada di Facebook bermula 1 Disember hingga hari ini, mereka akan memberikan 1000 baucer khas yang boleh digunakan pada 12 Disember ini. Jadi tunggu apa lagi, pangkah tarikh 12 Disember dalam kalendar anda & jangan lupa ke Lazada untuk menikmati tawaran yang bukan datang selalu ini. Mungkin masanya untuk anda beli gajet canggih yang sudah lama anda idamkan. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.