RotiKaya

RotiKaya


Nora Danish Sambut Hari Lahir Anak Nedim Nazri

Posted: 01 Dec 2013 08:06 AM PST

Hubungan cinta pasangan ini bukan satu rahsia lagi buat peminat hiburan di Malaysia. Walaupun berhadapan dengan pelbagai kata kata dari mereka yang negatif, hubungan Nora Danish dan Nedim Nazri nampaknya semakin erat ketika ini.

Perkara ini ditunjukkan saban hari melalui Instagram mereka berdua & terbaru Nora Danish telah hadir meraikan ulangtahun kelahiran anak lelaki Nedim Nazri yang memasuki usia dua tahun.

BACA: Nora Danish & Nedim Nazri Bercuti Sama Ke Eropah

Majlis sambutan hari lahir ini difahamkan mengambil lokasi di rumah keluarga Nedim Nazri dan turut di’hadiri oleh rakan rakan mereka yang lain termasuklah pasangan yang di’katakan sedang bercinta iaitu Zareema Zainal dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan.

Berikut merupakan beberapa keping gambar yang di’kongsikan Nora Danish dan Nedim Nazri melalui akaun Instagram mereka sepanjang majlis meriah ini berlangsung. Bertuah anak kecil ini di’raikan dengan majlis sebegini. Kami yang tua pun cemburu. (rtky/m)

#47 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #30 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #26 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #27 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #28 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #29 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #31 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #32 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #24 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #33 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #34 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #35 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #36 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #25 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #38 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #39 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #40 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #41 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #42 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #43 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #44 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #45 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #46 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #48 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #49 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #50 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA #51 Nora Danish Sambut Hari Jadi Anak Nedim Nazri - ROTIKAYA

Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Guna Sihir

Posted: 01 Dec 2013 08:03 AM PST

Lana Nordin memberitahu bahawa dia berubah bukan kerana Johan As’ari tetapi berubah kerana dirinya sendiri. Kita dapat lihat penampilan Lana Nordin pada malam Anugerah Skrin 2013, apabila dia tidak lagi mengenakan persalinan seksi seperti sebelum ini.

Lana yang kelihatan cantik & mesra pada malam itu menjelaskan bahawa dia kini lebih bersedia untuk berubah sedikit demi sedikit bukan kerana dia sekarang bersama Johan tetapi kerana mahu satu imej yang baru dan berubahnya dia kerana dirinya sendiri bukanlah faktor yang lain.

BACA: Ibu Johan As'ari Tidak Restu Hubungan Dengan Lana Nordin?

"Saya berubah bukanlah disebabkan sekarang ini saya bersama Johan atau untuk memikat hati ahli keluarga Johan tetapi ini adalah kerana kehendak saya sendiri dan bukanlah dari paksaan mana-mana pihak. Lagipun Johan sendiri pun tidak pernah memaksa saya untuk berubah”

Ada juga ura-ura yang mengatakan bahawa Lana bakal bawakan imej bertudung dalam jangka waktu yang terdekat ini namun Lana menafikan sekeras-kerasnya hal tersebut.

"Tidak sama sekali untuk saya bertukar imej terus kepada bertudung. Kalau saya ingin berubah sekalipun, biarlah ia secara perlahan-lahan bukanlah secara mengejut dan saya berharap selepas ini saya akan menjadi lebih baik dan sempurna," katanya.

Nafi Sihir Johan As’ari

Lana Nordin turut menjawab tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan dia menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan Johan As’ari.

“Itu benda bodoh (guna ilmu hitam). Saya kenal dia sehari. Tiga hari selepas itu dia lamar saya. Saya ada tanya dia apa yang dia suka dengan saya? Dia cakap, bila pertama kali dia tengok saya, dia dah suka,” jelas Lana lagi.

“Saya harap semua boleh doakan yang terbaik. Saya memang nak cari lelaki beriman, lelaki yang menerima keburukan saya sebelum saya berubah. Johan ada ilmu dalam agama & saya percaya dia bukan main-main bila bercakap hal kahwin. Saya hormati Johan sebab dia berani suarakan hasrat dia pada saya,” tambahnya. (rtky/hfz)

#52 Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari - ROTIKAYA #53 Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari - ROTIKAYA #54 Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari - ROTIKAYA #55 Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari - ROTIKAYA #56 Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari - ROTIKAYA #57 Lana Nordin Berubah Kerana Diri Sendiri, Nafi Sihir Johan As'ari - ROTIKAYA

Ayah Meninggal Dunia, Misha Omar Tangguh Nikah

Posted: 01 Dec 2013 08:01 AM PST

Misha Omar yang sebelum ini pernah menangguhkan perkahwinan beliau pada September 2013 lalu sekali lagi terpaksa mengambil langkah tersebut ekorang pemergian ayah beliau pulang ke rahmatullah baru baru ini.

"Kami perlu masa, kehilangan adalah menyakitkan apatah lagi orang yang penting," kata Misha Omar memetik laporan Harian Metro, semalam.

Ayah beliau, Omar Ismail meninggal dunia pada usia 75 tahun Sabtu lalu akibat penyakit jantung & kegagalan organ utama berfungsi pada jam 5.30 pagi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Pantai Irama, Bachok, Kelantan pada pukul 12.30 tengah hari Sabtu.

“Alhamdulillah jenazah sudah selamat dikebumikan, terima kasih atas ucapan takziah daripada sahabat semua,” tulis Misha Omar di Twitter beliau. (rtky/eka)

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.460)

Posted: 01 Dec 2013 08:00 AM PST

VIDEO HARI INI: VIDEO HARI INI: Sedikit perlahan kami kongsikan tetapi ini sesuatu yang bagus, Kid President kembali lagi untuk mengingatkan kita akan 20 perkara yang kita semua harus lebih kerap ucapkan. Have a nice day!

Pemergian Paul Walker semalam memang mengejutkan ramai pihak dan seluruh industri hiburan bersedih akan kehilangan ini. Gambar beliau beberapa jam sebelum nahas telah di’kongsikan peminat dan beliau nampak gembira menghadiri majlis amal tersebut. – Just Jared

Lindsay Lohan telah mula mengambil tindakan undang undang terhadap pembikin permainan video Grand Theft Auto V kerana khabarnya mereka menggunakan imej beliau tanpa kebenaran dalam permainan popular tersebut dan menuntut bayaran royalti. Eh. – TMZ

Isteri merangkap pengurus peribadi kepada Johan Raja Lawak, Ozlyn berkata beliau tahu dan kenal siapa yang sebarkan kisah tentang suaminya yang tidak sehaluan dengan Zizan Razak dan meminta individu berhenti menyebarkan perkara tidak benar. – Sinar Harian

Nampaknya hasil seni Justin Bieber di Australia tidak akan kekal lama selepas Gold Coast City Council berkata yang mereka akan mengarahkan segera supaya graffiti yang di’lukis penyanyi itu di tembok sebuah hotel di’padamkan. – BBC News

Miley Cyrus tampil secara terbuka memilih Pharrell Williams sebagai penghibur untuk tahun 2013 secara peribadi selepas melihat hasil kerja pemuzik itu dengan Daft Punk & Robin Thicke. – MSN

Paul Walker Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Posted: 30 Nov 2013 06:15 PM PST

Pelakon siri Fast Furious, Paul Walker dilaporkan meninggal dunia di dalam sebuah kemalangan ngeri yang berlaku di Santa Clarica, California beberapa jam yang lalu.

Paul yang terkenal dengan watak Brian O'Connor dikatakan gagal mengawal Porshe Carrera GT baru milik beliau sebelum melanggar sebuah tiang telefon di tepi jalan yang mengakibatkan kenderaan tersebut meletup.

Turut meninggal di dalam kemalangan ini ialah seorang penumpang yang masih belum dikenal pasti. Beliau dilaporkan berada di Santa Clarica untuk mengadiri sebuah pameran kereta yang dianjurkan untuk mengutip derma untuk mangsa Taufan Haiyan di Filipina.

UPDATE-1: Paul Walker dikhabarkan sebagai penumpang dalam kejadian maut ini dan bukannya sebagai pemandu seperti laporan awal.

Kematian beliau sangat mengejutkan kerana hanya 2 hari yang lalu sebuah teaser untuk Fast and Furious 7 menunjukkan babak beliau di majlis pengkebumian Hahn (lakonan Sung Kang) yang terbunuh di dalam kereta yang juga terbakar.

Kami difahamkan penggambaran filem Fast and Furious 7 masih belum selesai dan kematian watak utamanya pasti akan menyebabakan pertukaran jalan cerita. We will miss you Brian O'Connor. Keep on speeding on the other side. (rtky/f)

ku-xlarge

PW1

dwdwsd

ku-xlarge (1)

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...