RotiKaya

RotiKaya


Yuna Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta

Posted: 07 Nov 2013 04:54 PM PST

Bertemu dengan penyanyi Yuna yang jarang berada di Malaysia memang akan digunakan untuk bertanyakan tentang kisah cinta beliau dengan Julian Schratter yang di’khabarkan kini semakin rapat dan intim.

Namun, jawapan dari penyanyi bertaraf antarabangsa ini masih tidak mahu mendedahkan status hubungan mereka berdua ketika ini kerana Yuna sendiri lebih selesa untuk berahsia tentang kisah peribadi dan belajar dari pengalaman lalu.

“Hubungan kami macam biasa. Tapi sebolehnya saya tak mahu lah bercerita tentang hal peribadi. Ia terlalu privasi untuk saya beritahu pada umum. Lagipun saya belajar daripada kesilapan lalu membuatkan saya kini lebih selesa berahsia,” ujarnya.

Yuna ditemui media ketika mengadakan majlis pelancaran album terbarunya berjudul Nocturnal di pejabat Google Malaysia dan album yang mengandungi 11 lagu itu sudah pun berada di pasaran dan mengambil masa enam bulan untuk di’siapkan.

“Saya tak hadapi cabaran terlalu besar sepanjang siapkan album ini. Saya cukup selesa sepanjang proses rakaman sebab jadual saya tak padat sangat. Kalau album dulu saya sibuk dengan persembahan jelajah. Kali ini prosesnya lebih relaks”

“Selain tu, disebabkan dah biasa buat persembahan di konsert jelajah lau, saya rasa mutu vokal saya pun dah semakin baik”, ujar Yuna yang akan muncul dalam program bual bicara popular bersama Jimmy Kimmel Januari depan.

#22 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #21 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #20 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #19 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #18 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #17 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #16 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #15 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #14 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #13 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #12 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #11 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #10 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #09 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA #08 Yuna Kini Lebih Selesa Berahsia Tentang Kisah Cinta - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.445)

Posted: 07 Nov 2013 08:45 AM PST

VIDEO HARI INI: Kalau anda suka dengan filem aksi Indonesia The Raid: Redemption, ianya kini mempunyai sekual yang di’beri tajuk The Raid: Berandal dan di’arahkan oleh pengarah sama iaitu Gareth Evans & mengekalkan teraju seperti Iko Uwais, Yayan Ruhian & Raiden Integra.

Jamie Foxx di’khabarkan sedang berunding untuk membawa watak Martin Luther King Jr. dalam filem biopik ikon sejarah itu yang bakal di’arahkan oleh Oliver Stone dengan kerjasama stuido DreamWorks & Warner Bros. – The Wrap

Pelakon Datuk Rahim Razali diarahkan berehat selama sebulan daripada melakukan sebarang aktiviti seni selepas beliau selesai menjalani pembedahan bagi membuang pendarahan dalam otaknya pada 31 Oktober lalu. Doakan yang terbaik. – mStar Online

Kerana salah faham akan satu jenaka yang dikeluarkan oleh ahli keluarga beliau, Anne Hathaway di’laporkan kini sedang mengandung dan pemenang Oscar ini pantas menafikan laporan yang tersebar luas sepanjang hari semalam. – US Magazine

Bintang bola sepak Korea, Park Ji Sung telah disahkan oleh keluarganya sendiri bakal berkahwin dengan personaliti TV SBS Kim Min Ji dan majlis perkahwinan mereka mungkin berlangsung pada Mei 2014 kelak. Mereka berdua mula bercinta pada Jun lalu. – Soompi

Sejak kebelakangan ini, pasangan Robert Pattinson dan Kristen Stewart di’khabarkan sering keluar bersama dan sumber terdekat mengatakan mereka kini sedang berusaha untuk kembalikan kehangatan cinta seperti dulu. Hmm. – Hollywood Life

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...