RotiKaya |
- Saksikan Perjalanan 10 Pereka Fesyen & Model Bersama Sunsilk Hijabku Gayaku
- Masih Solo, Shaheizy Sam Kini Tunggu Pinangan Wanita
- Yuna Lancarkan Video Muzik Rasmi Untuk Lagu Baru, Rescue
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.444)
- Fauziah Latiff Putus Cinta Dan Batal Rancangan Nikah?
| Saksikan Perjalanan 10 Pereka Fesyen & Model Bersama Sunsilk Hijabku Gayaku Posted: 06 Nov 2013 11:15 AM PST Ingat lagi sekitar Julai 2013 yang lalu, Sunsilk Hijabku Gayaku ada melancarkan kempen untuk mencari 10 orang pereka fesyen & model yang akan ditonjolkan pada Islamic Fashion Festival (IFF) pada November 2013 nanti? Semua peserta yang berpotensi sudah pun dipilih dan kini anda berpeluang untuk menyaksikan perjalanan mereka dari pereka & model berstatus amatur ke peringkat lebih professional dengan bimbingan mereka yang telah berada lama dalam industri. Bermula 4 November 2013 melalui saluran Youtube rasmi Sunsilk, perjalanan 10 orang mereka yang bertuah ini dirakamkan setiap minggu selama lima episod. Rancangan khas online ini akan dikendalikan oleh Diana Amir yang memang terkenal dengan fesyen hijab & muslimah beliau sehingga menjadi idola ramai wanita. Dalam kelima lima episod ini nanti, anda akan dapat melihat perjalanan para peserta Sunsilk Hijabku Gayaku ini melalui pelbagai tugasan sebelum menempatkan bakat dan rekaan mereka di pentas fesyen antarabangsa. Kesemua pereka & model yang terlibat akan dipantau, dibimbing dan dilatih oleh beberapa nama besar dalam industri fesyen Malaysia seperti Hatta Dolmat, Rico Rinaldi dan Fedrick Wong (ketua program jabatan fesyen, Kolej Raffles). Pada episod kelima dan terakhir, peserta perlu memperlihatkan hasil rekaan kepada para juri dan mentor serta para tetamu yang hadir di catwalk Islamic Fashion Festival (IFF) 2013 untuk merebut tempat pertama dalam persaingan ini. Pereka fesyen & model yang berjaya akan menerima hadiah RM5,000 beserta paparan eksklusif di majalah untuk seorang pereka fesyen dan seorang model. Pereka fesyen yang berjaya juga mendapat latihan praktikal dibawah pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi selama sebulan. Untuk mengetahui siapakah pereka fesyen dan model yang berjaya muncul sebagai juara dan melihat perjalanan penuh rintangan mereka, jangan lupa ikuti kisah mereka di laman Youtube Sunsilk Hijabku Gayaku bermula 4 November 2013 ini. Jom! |
| Masih Solo, Shaheizy Sam Kini Tunggu Pinangan Wanita Posted: 06 Nov 2013 10:10 AM PST Pelakon serba boleh, Shaheizy Sam memberitahu bahawa dia sedang menunggu pinangan dari seseorang wanita yang masih dia tercari-cari. Menerusi Sinar Online, sejujurnya dia masih belum mempunyai kekasih walaupun terdapat ramai kenalan perempuan yang dikenalinya. "Saya masih menunggu calon wanita yang sesuai untuk meminang saya," ujar pelakon ini sambil berseloroh apabila ditanya tentang soal kahwin. “Setakat ini, saya tidak mempunyai sesiapa. Walaupun berkawan dengan ramai orang. Saya bukan seorang yang memilih. Tetapi belum jumpa wanita yang tepat, sebab saya sendiri tidak mencari. Saya seorang yang menunggu," katanya ringkas. Dia juga turut memberitahu sekiranya dia mempunyai teman wanita maka akan segera diberitahu kepada rakan-rakan media. Sementara itu, Sam enggan mengulas mengenai gosip percintaan dirinya bersama aktres jelita Nur Fazura, kerana menganggap bahawa perkara itu tidak benar kerana hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang kawan. (rtky/hfz) |
| Yuna Lancarkan Video Muzik Rasmi Untuk Lagu Baru, Rescue Posted: 06 Nov 2013 09:08 AM PST Kali terakhir Yuna melancarkan video muzik untuk pasaran antarabangsa adalah sekitar empat bulan lalu untuk lagu I Wanna Go — yang menampilkan buat pertama kali Julian Schratter yang ketika itu di’gosipkan sedang bercinta dengan penyanyi ini. Khabarnya, Yuna sendiri sudah pun mengakui Julian Schratter sebagai kekasih dalam sebuah majalah kewangan & bercakap tentang masa depan mereka bersama. Stay tuned! Hari ini, Yuna tampil dengan sebuah lagi video muzik yang kami kira sangat cantik dan menarik perhatian kami untuk menontonnya berkali kali untuk single berjudul Rescue. Rescue merupakan salah sebuah lagu yang di’muatkan dalam album terbaru Yuna berjudul Nocturnal yang sudah berada di pasangan sejak 29 Oktober yang lalu. Enjoice! (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.444) Posted: 06 Nov 2013 08:54 AM PST VIDEO HARI INI: Mereka kembali lagi. Selepas berjaya menghiburkan dunia dengan himpunan lagu a capella BeyoncĂ©, Pentatonix hadir dengan himpunan lagu lagu popular Daft Punk versi a capella. Daft Punk, muzik elektronik — versi a capella. Holy sh*t! Berasal dari Texas, Demi Lovato mengakui dalam dirinya ada perasaan untuk berkahwin dan memiliki anak dalam usia yang awal namun perkara itu bukan satu keutamaan buat dirinya ketika ini namun tidak menolak kemungkinan bergelar ibu dalam 10 tahun lagi. – Too Fab Walaupun berjaya menaikkan berat badan hampir 10 kg untuk watak Thor, Chris Hemsworth terpaksa menurunkan kembali berat badan dengan hanya menjamah 600 kalori sehari untuk filem terbaru beliau berjudul Heart of the Sea. – Huff. Post Dalam laporan khas ini, wartawan Akmaliah Razak senaraikan barisan perkahwinan selebriti Malaysia yang mencecah belanja jutaan ringgit dan siapa boleh lupa majlis perkahwinan bernilai RM12 juta Memey Suhaiza & Norman Hakim ‘kan? – Sinar Harian Kumpulan pop Korea yang di’anggotai empat jelitawan, miss A kini telah kembali ke arena hiburan kpop dengan single terbaru Hush bersama album dengan tajuk sama. Dan ya, mereka turut lancarkan video muzik terbaru untuk lagu tersebut. – Soompi Selepas filem The Wolverine berjaya mengutip US$413 juta dari seluruh dunia, Twentieth Century Fox telah memulakan rundingan dengan pengarah James Mangold untuk sekuel filem tersebut dan Hugh Jackman di’harapkan akan terus memegang watak ikonik itu. – Deadline |
| Fauziah Latiff Putus Cinta Dan Batal Rancangan Nikah? Posted: 05 Nov 2013 07:33 PM PST Sekitar Mei 2013 yang lalu, kami ada siarkan beberapa keping gambar yang menunjukkan penyanyi Fauziah Latiff mesra bersama kekasih baru & ketika itu juga khabarnya mereka sedang berbahagia selain merancang untuk hidup bersama. BACA: Kekasih Baru Fauziah Latiff? Laporan Utusan Malaysia baru baru ini menyebut yang hubungan pasangan ini kini sudah pun berakhir & walaupun persiapan sudah dilakukan, khabarnya majlis pernikahan itu tidak diteruskan atas alasan yang tidak dapat di’pastikan. Namun menerusi akaun sosial Fauziah Latiff, penyanyi dan pelakon ini tidak pula menunjukkan tanda tanda yang beliau kecewa atau merana dengan berakhirnya hubungan ini. Mungkin redha dengan takdir yang jodoh tidak kuat antara mereka berdua. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.