RotiKaya |
- Aeril Zafrel Jelas Fitnah Kahwin Ummi Nazeera
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.443)
- Alyah Bakal Tampil Lagu Baru Berjudul ‘Ada Cinta’
- Nora Danish: Saya Ke London Guna Duit Sendiri!
- Rozita Che Wan Bakal Bergelar Pengacara Melodi?
| Aeril Zafrel Jelas Fitnah Kahwin Ummi Nazeera Posted: 05 Nov 2013 07:53 AM PST Pelakon yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini dengan pernikahan secara rahsia bersama aktres Wawa Zainal tampil menjelaskan isu terbaru yang mendakwa dirinya yang sudah berkahwin bersama Ummi Nazeera. Menerusi mStar Online, Aeril Zafrel menjelaskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan adalah fitnah dan bersifat ingin menjatuhkan kredibilitinya semata-mata & fitnah itu juga bersifat serangan peribadi ke atas dirinya. Aeril juga turut menjelaskan bahawa dia dan Ummi Nazeera tidak pernah berjumpa dan hanya bertegur secara terbuka menerusi laman sosial. "Saya sedar diri saya bukanlah popular pun, namun fitnah seperti ini seperti cubaan mahu mencemarkan dan menjatuhkan peribadi agar orang lain turut bertanggapan buruk pada saya. “Secara jujurnya saya dengan Ummi hanya bertegur sapa di laman sosial sahaja dan kami tidak pernah berjumpa secara peribadi dengannya,” katanya ketika diminta mengulas tentang dakwaan pernah berkahwin dengan Ummi Nazeera sebelum kontroversi perkahwinannya dengan Wawa Zainal terbongkar pada Oktober lalu. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.443) Posted: 05 Nov 2013 07:15 AM PST VIDEO HARI INI: Ada 8 minit untuk anda leburkan hari ini? Tonton kompilasi epik video pendek di Vine yang menarik sepanjang Oktober 2013 yang lalu. Penyanyi yang kini sedang popular dengan lagu berjudul Royal, Lorde dilaporkan tidak berminat untuk berkolaborasi dengan penerbit muzik terkenal David Guetta & menyifatkan muziknya menjengkelkan. Ouch. – Huff. Post Awal tahun ini apabila beliau umumkan mahu menyertai New York City Marathon, ramai yang bersikap skeptikal namun Pamela Anderson telah buktikan yang beliau pun mampu untuk tamatkan larian sejauh 42 km itu. – FOX Sports Penyanyi Hafiz Suip menjelaskan gambar mesra dia bersama bekas kekasihnya, Adira AF yang dimuat naik menerusi Instagram milik penyanyi wanita itu hanyalah foto biasa sahaja dan menafikan menjalinkan kembali hubungan. – mStar Online Penyanyi Katy Perry telah di’nobatkan sebagai kuasa baru di media sosial mengalahkan Justin Bieber yang memegang gelaran itu sekian lama selepas berjaya mengatasi angka pengikut di Twitter & Facebook bintang remaja itu. – Entertainment Weekly Girls' Generation (SNSD) baru sahaja melancarkan sebuah video muzik baru untuk lagu My Oh My yang juga merupakan single pertama untuk album ketiga mereka yang akan menemui peminat di pasaran Jepun. – Soompi |
| Alyah Bakal Tampil Lagu Baru Berjudul ‘Ada Cinta’ Posted: 05 Nov 2013 06:29 AM PST Penyanyi yang bervokal lantang, Alyah telah memberitahu kepada media bahawa kini dia telah menemui cinta dalam singlenya yang terbaru berjudul ‘Ada Cinta’ yang baru sahaja selesai rakamannya baru baru ini. "Ya kini saya telah menemui cinta saya yang baru iaitu menerusi single saya yang bakal di ke udarakan tidak lama lagi. Lagu tersebut berjudul 'Ada Cinta' ciptaan sepenuhnya oleh Manusia Putih dan lirik oleh Budi Hikayat dan saya sendiri, Alyah," ujarnya. Alyah yang mengakui bahawa singlenya yang terbaru itu agak mencabar dari lagu-lagunya yang sebelum ini berharap dapat menyanyikannya dengan baik dan seterusnya diterima peminat seperti lagu-lagunya yang sebelum ini. "Saya memang tidak nafikan bahawa single saya yang terbaru ini agak mencabar daripada segi kawalan vokal berbanding dengan lagu-lagu saya yang sebelum ini. Saya juga berharap agar lagu ini dapat diterima peminat seperti lagu-lagu saya yang sebelum ini," katanya. Sementara itu, Alyah turut menceritakan pengalamannya yang turut menghasilkan lirik bersama Budi Hikayat yang terpaksa di edit dan perbetulkan dari segi struktur ayat sebanyak 4 kali dan ianya merupakan satu pengalaman yang hebat dan luar biasa bagi dirinya. "Setakat ini lirik itu telah 4 kali diubah dan diperbetulkan dari segi tatabahasa dan ayat yang sesuai. Bukan apa ini adalah untuk mencari perkataan yang sesuai supaya apabila kita menyanyi ia lebih mudah untuk kita menyebutnya dengan betul dan lancar," ujarnya. Alyah juga akan bertanding dalam saingan separuh akhir Muzik Muzik menerusi dua buah lagu yang berjudul Permata dan Kau Yang Terindah. (rtky/hfz) |
| Nora Danish: Saya Ke London Guna Duit Sendiri! Posted: 05 Nov 2013 05:55 AM PST Memang hangat kisah cinta antara pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri sehingga setiap gerak geri mereka menjadi bualan para peminat lebih lebih selepas mereka berdua bersikap terbuka akan hubungan yang terjalin. Harga tiket penerbangan pun jadi isu kini. KOSMO! baru baru ini mendakwa menerima salinan tempahan tiket penerbangan Nora Danish ke kota London yang jumlahnya mencecah RM25,000 dan ini menimbulkan spekulasi mengatakan pelakon popular ini menggunakan sumber kewangan Nedim Nazri untuk bercuti. “Saya kira pengirim (salinan) itu sungguh tidak amanah dalam pekerjaan dia. Apa masalahnya dengan jumlah tersebut? Saya bayar pakai duit saya sendiri, bukannya Nedim” “Saya bekerja keras & punya wang sendiri. Saya mampu untuk membayar perbelanjaan tersebut tanpa tanggungan sesiapa,” ujar Nora Danish. Nora Danish yang turut menerima kutukan melalui akaun laman sosial menyifatkan mereka yang membencinya sebenarnya tidak mengetahui apa apa tentang hidupnya & senang mengambil jalan untuk mengabaikan sahaja semua komen yang negatif. “Nedim juga tak kisah dengan keadaan ini, dia cool. Cuma dia risau saya dihentam teruk kerana dia memang seorang yang proaktif terhadap saya,” tambahnya lagi. (rtky/eka) |
| Rozita Che Wan Bakal Bergelar Pengacara Melodi? Posted: 05 Nov 2013 05:22 AM PST Laporan Harian Metro hujung lalu ini lebih menyentuh kepada penghijrahan Awal Ashaari dari program kegemaran ramai, Melodi kerana mempunyai komitmen yang lebih besar ketika ini dan menariknya adalah khabar angin tentang pengganti beliau. Ketiadaan Awal Ashaari yang selama ini bergandingan dengan Zizan Razak pastinya janggal buat penonton namun ada khabar mengatakan antara calon yang dipertimbangkan ketika ini adalah Amyza Adnan dan Rozita Che Wan. Sh*t you not. “Kata pihak yang menyampaikan berita ini, pihak produksi sudah pun menjalankan uji bakat dan mereka menilai dua artis popular, Amyza Adnan dan Rozita Che Wan atau Che Ta,” tulis laporan itu yang turut memuji kecekapan krew Melodi mencari pengganti. Amyza Aznan kita sedia maklum sering tampil di kaca televisyen sebagai pengacara sambilan dan mungkin sampai masa untuk beliau di’berikan tanggungjawab lebih besar. Untuk Rozita Che Wan, pasti pihak produksi ada sebab kukuh memilih pelakon popular ini. Siapa lagi anda rasa sesuai bergandingan dengan Zizan Razak untuk Melodi? (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.