RotiKaya |
- Ummi Nazeera Nafikan Pernah Kahwini Aeril Zafrel
- Sharnaaz Ahmad Senang Akan Hubungan Shila Amzah Dan Johan As’ari
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.442)
| Ummi Nazeera Nafikan Pernah Kahwini Aeril Zafrel Posted: 03 Nov 2013 05:09 PM PST Hujung minggu lalu menerusi ruangan beliau dalam sisipan hiburan Berita Harian, Zubir menulis satu gossip mengatakan yang Aeril Zafrel & Ummi Nazeera pernah bernikah sebelum kontroversi pernikahan dengan Wawa Zainal terjadi & hangat ketika ini. Tulisan itu mendakwa Aeril Zafrel telah menikahi Ummi Nazeera secara syarak tanpa sebarang dokumen mahu pun pejabat agama & ketika itu ada khabar mengatakan mereka sedang bercinta namun di’nafikan oleh kedua dua mereka. Ummi Nazeera tidak mengambil masa lama untuk memberikan kenyataan beliau tentang perkara ini dan melalui akaun Twitter beliau, pelakon yang sudah berhijrah ini menafikan semua dakwaan yang di’tulis oleh wartawan tersebut. “I have never met Aeril Zafrel in person. Second of all, I have never been married & I have never had a relationship or even dating him. Please get your facts right,” tulis Ummi Nazeera. Ummi Nazeera turut menyifatkan artikel tersebut sebagai tidak menghormati diri & keluarganya. “Your action is very disrespectful towards myself and my family. I look at this as tarnishing my name. I expect you to undo the harm you’ve done,” tambahnya lagi. Pelakon yang kini bertudung penuh ini juga berkata yang beliau tidak memerlukan sebarang perkahwinan atau lelaki untuk mengambil keputusan berhijrah seperti sekarang. (rtky/m) |
| Sharnaaz Ahmad Senang Akan Hubungan Shila Amzah Dan Johan As’ari Posted: 03 Nov 2013 09:27 AM PST Sharnaaz Ahmad yang suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan dengan Shila Amzah telah mengakui sebelum ini dia tertekan ketika gosip mengatakan bekas kekasihnya itu dan Johan As’ari berkawan rapat, bercinta dan sebagainya. "Ya, saya tahu bahawa mereka katanya sedang berkawan rapat dan pada mulanya saya sukar untuk menerima hakikat ini tetapi apabila kelamaannya saya sudah tidak kisah dan boleh menerimanya," ujar Sharnaaz Ahmad yang ditemui. Dia juga turut memberitahu bahawa berkat sokongan dari keluarga, dan pengurusnya telah menguatkan semangatnya untuk terus bergerak ke hadapan untuk menempuh fasa seterusnya dalam kehidupan. "Alhamdulillah keluarga dan begitu juga dengan pengurus saya yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk saya terus kuat dan lebih maju ke hadapan. Biarlah benda lepas kita buang jauh-jauh," katanya lagi. "Rezeki di tangan Tuhan,” itulah semangat yang diucapkan oleh Sharnaaz Ahmad kerana selepas peristiwa tersebut rezekinya dalam bidang lakonan ini semakin banyak dan buktinya pada malam Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) dia telah dicalonkan dalam 2 kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik Drama dan juga Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem menerusi drama Di Bawah Langit Mu dan filem Juvana. "Saya bersyukur sekali selepas peristiwa tersebut hidup saya kembali seperti sedia kala dan meneruskan kerja-kerja saya seperti biasa. Saya juga bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan kerjaya saya dengan menerima beberapa tawaran lakonan” Sementara itu, dia juga turut memberitahu bahawa jiwanya kini seolah-olah kosong dan sepi. "Saya rasa kosong dan kadang-kadang sunyi, apa yang terjadi kepada saya banyak yang saya kongsikan dari Pengurus saya dan dialah banyak memberikan sokongan dan dorongan sehingga kini," katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.442) Posted: 03 Nov 2013 08:59 AM PST VIDEO HARI INI: Kami yang bukan peminat LEGO pun teruja untuk menantikan keluarnya filem The Lego Movie ini dan sebelum itu, tonton dahulu trailer penuh pertama yang penuh awesome ini — dan barisan penyumbang suara yang oh my God — Chris Pratt, Will Ferrell, Elizabeth Banks, Will Arnett, Nick Offerman, Alison Brie, Liam Neeson dan Morgan Freeman. Apa yang penyanyi remaja ini lakukan jika tiada persiapan untuk konsert? Satu laporan berserta gambar menunjukkan yang Justin Bieber baru baru ini di’lihat mengunjungi sebuah pusat pelacuran di Brazil. Buat apa? – US Magazine Sumber terdekat dengan selebriti ini berkata yang Lindsay Lohan kini telah bersih dari sebarang salah laku sosial mahu pun salah guna alkohol namun beliau masih suka untuk keluar berparti bersama rakan rakan tetapi mengawal diri. – FOX News Lisdawati berasa lega apabila pihak produksi tempatan tidak meletakkan sebarang diskriminasi terhadap pelakon bertudung sepertinya untuk berlakon dalam drama terbitan mereka & tidak pernah bimbang akan rezeki dalam dunia seni. – mStar Online Lee Seung Ki yang baru baru ini menyertai program TV Nunas Over Flowers sebagai comeback berkata beliau merasa teruja & bimbang dalam masa yang sama kerana ini penglibatan pertama selepas tidak muncul dalam mana mana program variasi sejak lebih setahun lalu. – Soompi Pelakon berusia 41 tahun, Idris Elba dikejarkan ke hospital baru baru ini selepas diserang asma dan terpaksa membatalkan sidang akhbar filem biopik Nelson Mandela lakonan beliau yang telah di’jadualkan di Johannesburg, Afrika Selatan. – RTE |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |











No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.