RotiKaya |
- Sharnaaz Ahmad: Bukan Satu Karma Buat Shila Amzah
- Ibu Johan As’ari Tidak Merestui Hubungan Dengan Lana Nordin?
- Gambar: Ini Peninju Muay Thai Kekasih Baru Tasha Shilla?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.459)
Sharnaaz Ahmad: Bukan Satu Karma Buat Shila Amzah Posted: 28 Nov 2013 05:31 PM PST Nampak menarik jalan ceritanya apabila setiap kali kontroversi melibatkan Shila Amzah, bekas kekasihnya Sharnaaz Ahmad pasti akan tertarik sama walaupun hubungan mereka telah putus di pertengahan jalan lama dahulu. Isu percintaan Johan As’ari dan Lana Nordin yang menjadi bualan para peminat dunia hiburan sepanjang hari semalam juga terpalit ke Sharnaaz Ahmad dan ada sesetengah pihak menyifatkan apa yang terjadi merupakan satu balasan atau karma buat Shila Amzah. BACA: Lana Nordin Merupakan Jodoh Yang Didoakan Johan As’ari Depan Kaabah “Kalau nak kata karma … saya pernah muat naik ayat di Instagram saya dulu — karma takes too long, I’d rather just beat the crap out of you now” “Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi semalam” “Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh terima kebenaran itu? Hari ni mungkin hari dia (Shila)”, ujarnya dengan nada sinis. BACA: Shila Amzah Pujuk Ibu Johan As’ari, Tidak Restu Hubungan Sharnaaz Ahmad bagaimana pun berharap yang Shila Amzah mampu untuk menerima berita ini dengan tenang dan percaya kepada jodoh selain menyifatkan yang hubungan beliau dan Johan As’ari tidak mempunyai masalah seperti yang orang ramai sangka. (rtky/m) |
Ibu Johan As’ari Tidak Merestui Hubungan Dengan Lana Nordin? Posted: 28 Nov 2013 11:10 AM PST Siapa masih belum reda dari terkejut mendengar kisah cinta tiba tiba antara pasangan ini? Untuk anda yang terlepas, Berita Harian semalam secara eksklusif mendedahkan yang pasangan Johan As’ari & Lana Nordin kini sedang bercinta dan sudah bersedia untuk berkahwin. BACA: Johan As'ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta Dan Bakal Berkahwin Kisah percintaan mereka berdua pastinya menerima reaksi berbeza daripada para peminat — ada yang tidak faham kenapa ini pilihan Johan As’ari sedangkan beliau sedang rapat dengan Shila Amzah & tidak kurang juga menyokong pilihan jejaka ini. Namun reaksi ibu kepada Johan As’ari, Datin Firdaus melalui Instagram beliau turut mendapat perhatian lebih lebih apabila ada komen negatif & positif yang di’tinggalkan oleh para peminat dan termasuk dari Shila Amzah sendiri. Melalui gambar terbaru yang di’muatnaik, Datin Firdaus menulis, “A sad face under the shades — Allah menduga setakat yang kita mampu. Setiap dugaan ada hikmah di sebaliknya” Shila Amzah melalui akaun Instagram beliau turut memuatnaik sekeping gambar beliau bersama ibu Johan As’ari dan menulis, “Please be strong aunty sayang. We love you, no matter what. Allah knows better, we are here for you" Namun gambar tersebut sudah di’padam oleh Shila Amzah tidak lama kemudian. Drama much? ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Gambar: Ini Peninju Muay Thai Kekasih Baru Tasha Shilla? Posted: 28 Nov 2013 09:55 AM PST Minggu lalu, ada laporan daripada beberapa media menyebut yang Tasha Shilla menafikan yang dirinya kini sedang bercinta dengan seorang peninju muay thai namun tidak menolak yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan jejaka itu. BACA: Tasha Shilla Dalam Proses Kenali Hati Peninju Muay Thai (ext.) "Kami baru saja kenal dan masih terlalu awal untuk bercerita dengan lebih serius. Tasha anggap dia sebagai kawan biasa. Kami kenal atas kawan di mana kawan Tasha adalah kawan dia & bagi Tasha, setiap persahabatan mesti terlebih dulu mengenali hati budi sahabat kita, tidak kira lelaki ataupun perempuan," ujar Tasha Shilla. Hari ini, seorang penggiat forum Cari berjaya menemui akaun Instagram jejaka bergelar peninju muay thai itu dan kongsikan beberapa keping gambar beliau bersama Tasha Shilla. Kalau dinilai dari gambar mereka berdua ini, boleh kami katakan mereka ini lebih dari sekadar kawan. Atau kawan zaman sekarang memang mesranya sebegini? Eh. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.459) Posted: 28 Nov 2013 08:59 AM PST VIDEO HARI INI: Untuk anda yang takutkan bayi atas apa sebab sekali pun, ini ada video tutorial bagaimana untuk berhadapan dengan ketakutan anda itu. #LOL Walaupun sudah mengumumkan yang mereka berpecah, Jonas Brothers baru baru ini telah pun melancarkan lima buah lagu baru buat kali terakhir buat para peminat mereka. – Just Jared Mungkin ini hobi baru buat penyanyi remaja popular, Justin Bieber apabila beliau di’lihat sekali lagi meninggalkan hasil seni graffiti di Brisbane, Australia dan yang sebelum ini beliau melakukan perkara ketika berada di Brazil. Kaki conteng rupanya. – TMZ Masih mahu mengikut adat tradisi Melayu, pelakon popular Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk tidak berjumpa dengan bakal suaminya, Zain Saidin sehingga tiba hari majlis pernikahan mereka kelak. Aww. – Utusan Malaysia Selepas lebih dua tahun selepas Demi Moore mengumumkan yang perkahwinan bersama Ashton Kutcher telah berakhir, hari ini secara sah menerusi undang undang pasangan ini sudah berpisah dan aktress itu tidak berjaya menerima nafkah seperti di’tuntut. – Huff. Post Terdapat laporan di Hollywood mengatakan yang Tom Cruise kini sedang berpacaran dengan aktress Laura Prepon selepas mereka berdua di’lihat keluar makan bersama namun gossip ini telah di’nafikan oleh wakil kedua dua mereka. – US Magazine |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.