RotiKaya |
- Kembali Ke Dunia Lakonan — Cico Harahap Jawab Dakwaan Berparti Liar & Cerai
- Johan As’ari & Lana Nordin Bercinta — Apa Komen Shila Amzah?
- Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta
- Pendakwah Tegur Kos Kahwin Rozita Che Wan, Zain Saidin
- Jimmy Shanley: Yang Penting, Saya Tidak Kahwin Di Siam
Kembali Ke Dunia Lakonan — Cico Harahap Jawab Dakwaan Berparti Liar & Cerai Posted: 27 Nov 2013 05:30 PM PST Meskipun agak lama tidak muncul baik menerusi lakon layar mahupun drama-drama di kaca TV, namun beberapa bulan lalu nama anak kepada seniwati Uji Rashid ini hangat diperkata ramai ekoran beliau di dakwa berparti liar di Pulau Perhentian. “Di pulau tu, sepanjang-panjang pantai ada bar. Siang kerja kami sebagai jurulatih selam & bila malam pula kami kerja di bar tersebut — kutip tin” “Jadi dalam pada saya tengah kutip tin tu, ada peminat nak bergambar dengan saya. Saya pun penuhi lah permintaan mereka. Alih alih gambar tu tersebar & keluar cerita sebegitu. Saya reda sahajalah,” jelas Cico Harahap ketika ditemui sewaktu di lokasi penggambaran drama Jiwa, di Stadium Titiwangsa, semalam. Tambah pemilik nama sebenar Ezzaq Farrouq Harahap Jamaludin biarpun timbul cerita negatif mengenai dirinya, sikit pun tidak memberikannya tekanan. Sebaliknya beliau bersykuur kerana masih menerima tawaran berlakon dan menyara keluarga. “Saya tak tertekan, tak sedih ataupun marah bila timbul cerita sebegini sebab satu masa dulu Uji Rashid punya cabaran lagi berpuluh kali ganda. Tapi dia masih tetap terus bertahan sebagai Uji Rashid sampai hari ini. Saya masih lagi boleh menyara keluarga saya, itu sudah cukup”, ujarnya. Berkongsi mengenai kehidupan sekarang, kata Cico selama ketiadaannya beberapa bulan ini kerana tumpuannya pada kerjaya sebagai jurulatih selam di Pulau Perhentian. Hinggalah beliau ditawarkan berlakon dalam drama bersiri Jiwa, arahan Khabir Bhatia. “Selama ni saya di pulau. Saja nak cuba kerjaya lain. Lagipun pelakon baru sekarang ini sudah ramai. Sekarang ini pula tengah musim tengkujuh, jadi kebetulan ada tawaran berlakon drama ini dan saya terima” “Sebelum ni saya ada berlakon satu filem arahan Khabir. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon untuk drama ni. Saya suka karakter ini sebab ia satu karakter yang colourful. Saya jadi sahabat baik kepada Iskandar iaitu lakonan Remy Ishak”, katanya sekaligus menyifatkan lakonannya terbarunya itu sebagai kemunculan semulanya. Pada masa sama Cico juga mengesahkan statusnya sebagai duda sejak tiga tahun lalu. Hero filem Puteri Impian ini pernah berkahwin dengan Nur Fuziana, sekitar 2008. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan diberi nama Rindu Nur Fitrah, 3. “Ya, saya sudah bercerai, sejak tiga tahun lalu. Saya ada berkawan dengan seseorang tapi kalau nak kata sudah ada pengganti tu, belum lagi. Sekarang ni saya dan ibu saya yang jaga anak saya”, kata Cico Harahap lagi. (rtky/fr) |
Johan As’ari & Lana Nordin Bercinta — Apa Komen Shila Amzah? Posted: 27 Nov 2013 05:04 PM PST Tidak salah rasanya kalau Shila Amzah di’kaitkan dengan kisah sensasi hari ini di’mana Johan As’ari telah melamar pelakon seksi & kontroveri Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya. Wajiblah kita dapatkan reaksi penyanyi itu. Kan? BACA: Johan As'ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta & Bakal Berkahwin Dalam laporan Berita Harian hari ini, Johan As’ari berkata beliau sudah memaklumkan kepada keluarga Shila Amzah tentang hasratnya mengambil Lana Nordin sebagai isteri dan mereka merestui keputusan beliau. “Mereka memberi restu. Bagi saya, Shila gadis baik dan bersopan santun. Dia muda dan masih jauh perjalanannya. Shila sangat bertuah kerana ada keluarga yang sentiasa berada di belakang. Walau siapa pun jodohnya nanti, saya akan sentiasa doakan kebahagiannya,” jelas Johan As’ari. Bagaimana pula dengan Shila Amzah? Menerusi akaun Twitter beberapa hari kebelakangan ini, Shila Amzah ada menulis beberapa bait ayat yang kami rasa relevan dengan kisah yang sedang berlaku. Atau mungkin tidak, siapa tahu ‘kan? “Pilih. Jaga hati dan fikiran. Pilih yang terbaik. Jangan biar diri kecundang dek perasaan. Biar terus mara kedepan ikut kewarasan. Terkadang, yang kita fikir baik untuk kita. Cuma baik di luarannya saja. Ternyata apa yang dirancang oleh Tuhan itu penuh misterinya” Itu antara bait bait ayat yang di’tulis Shila Amzah. Kebetulan? (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Johan As’ari, Lana Nordin Akui Sedang Bercinta Posted: 27 Nov 2013 04:04 PM PST Ini bukan gimik filem atau skrip drama lakonan mereka bersama. Sekurang kurangnya itu’lah yang dilaporkan Berita Harian hari ini. Johan As’ari telah pun melamar pelakon seksi Lana Nordin untuk menjadi permaisuri hidupnya hanya selepas tiga hari berjumpa. Mereka bertemu buat pertama kali ketika menjayakan sebuah program pada 18 Oktober 2013 yang lalu dan tiga hari kemudian, Johan As’ari terus meluahkan isi hati dan hasrat beliau untuk memperisterikan Lana Nordin. Johan As’ari juga percaya & yakin yang Lana Nordin merupakan calon suri seperti yang didoakan di depan Kaabah ketika mengerjakan umrah, awal tahun ini. “Selepas bertukar nombor telefon, kami keluar makan tiga hari berturut turut sebelam saya tekad membuka mulut mahu menyuntingnya,” jelas Johan As’ari. “Lana sangat menyenangkan. Dia nampak lincah tetapi punya kelembutan tersendiri. Memang dia sendiri terkejut dan bertanya semula. Mungkin tiga hari terlampau awal untuk menyelami hati seseorang. Saya yakin cinta kami akan terus bersemi selepas kahwin” Lana Nordin hadir menemani Johan As’ari ke Balai Berita NSTP untuk promosi filem Paku namun mereka berdua nampak manja selain memanggil diri masing masing dengan gelaran baby & sayang tidak mampu menutup status mereka yang sedang hangat bercinta. “Kalau ikutkan, kami tidka mahu menangguhkan perkara baik — cuma tempohnya terlalu dekat, mungkin lebih sesuai awal tahun depan supaya persiapan dapat dilakukan tanpa tergesa gesa,” tambah Johan As’ari yang tidak mahu dedahkan tarikh pernikahan. Keberanian & Keikhlasan Johan As’ari Buka Hati Lana Nordin Lana Nordin pula berkata yang beliau memang mencari teman hidup yang boleh membimbing dirinya selain hati beliau terpikat dengan keberanian Johan As’ari dan juga keikhlasan untuk menjadikan dirinya sebagai permaisuri hidupnya. “Saya nampak ketulusan hatinya. Walaupun terkejut, saya sebak apabila dia menyatakan alasan mahu menjadikan saya isteri. Sebagai wanita, saya memang mencari pembimbing yang boleh membimbing. Doa saya dimakbulkan apabila dipertemukan dengan Johan” “Ketika dia meluahkan perasaan, saya hanya memintanya bertemu terus dengan keluarga andai benar benar serius. Dia bukan main main. Sebagai wanita, lebih manis kalau johan saja berbicara soal tunang dan berkahwin,” jelas Lana Nordin. (rtky/m) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pendakwah Tegur Kos Kahwin Rozita Che Wan, Zain Saidin Posted: 26 Nov 2013 07:35 PM PST Pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember ini, Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang dikatakan bakal menjadi pengantin paling ditunggu tahun ini dan telah menerima tajaan RM13 juta dan menjadikan ianya antara perkahwinan yang termahal di Malaysia. Perkahwinan yang akan berlangsung kurang dari 2 minggu itu telah mendapat reaksi daripada Ustazah Zawiyah yang memberi sedikit teguran mengenai perbelanjaan yang dilakukan oleh pasangan popular itu. "Di mana keberkatannya sesebuah perkahwinan itu kalau sebelum kahwin, kita sudah membuat perkara yang dilarang ALLAH termasuk dalam hal membabitkan pembaziran dan bermegah-megah ketika mengadakan majlis,” ujar Ustazah Zawiyah Hassan. BACA: Perkahwinan Mewah, Rozita Che Wan & Zain Saidin Nafi Buat Pinjaman Bank "Itu belum lagi dalam perkara yang seolah-olah menjadi trend sekarang bagi pasangan sebelum berkahwin untuk kononnya bergambar pra-perkahwinan sambil berpelukan dan berpegangan tangan," ujar pendakwah itu lagi. Tegasnya lagi, perkahwinan merupakan suatu ibadat, namun jika majlis meraikannya dibuat secara besar-besaran seperti ini sehingga berlaku pembaziran, bagaimana hendak mendapatkan keberkatan Allah S.W.T. "Kalau nak kata buat majlis besar sebab kepuasan diri, memang manusia ini selalunya tidak pernah puas, cuma kalau boleh dielak, elaklah. Kita berkahwin sebab nak dapat reda Allah dan bukan pandangan orang sekeliling terhadap majlis yang akan dilaksanakan," katanya. Trend majlis perkahwinan secara besar-besaran telah menjadi satu kewajipan masyarakat kita hari ini dan ianya membimbangkan sesetengah pihak. Zawiyah yang juga bekas Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkata, sebaik-baik perkahwinan itu sederhana belanjanya supaya mendapat rahmat dan keberkatan. (rtky/hfz) |
Jimmy Shanley: Yang Penting, Saya Tidak Kahwin Di Siam Posted: 26 Nov 2013 06:45 PM PST Selebriti popular yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Jimmy Shanley masih belum bersedia berterus terang mengenai status dirinya kini sama ada dia bergelar suami orang atau bukan. “Doa-doakan. InsyaAllah. Hidup saya sekarang lebih teratur…”, kata Jimmy Shanley lantas terus mematikan kata-katanya, ketika ditemui pada majlis pelancaran radio Ultra.FM bertempat di hotel Concorde, Kuala Lumpur, semalam. Pemilik nama sebenar Jimmy Shanley Norhajan Saleh ini berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mendakwa dia sudah pun berkahwin dengan seorang janda beranak satu. “Cerita saya sudah berkahwin seperti yang dilaporkan, bukan datang dari mulut saya. Tunggulah bila masanya nanti saya akan beritahu. Yang penting, saya tak kahwin kat Siam”, ujarnya yang masih enggan mengesahkan perkara tersebut. Bagaimanapun, Jimmy berkata dia akan mengadakan satu sidang media dalam masa terdekat ini bagi menjelaskan segala spekulasi yang timbul. “Saya akan buat sidang media tak lama lagi bagi menjawab segala persoalan. Lagipun banyak hati yang perlu dijaga”, ujarnya sambil cuba terus berahsia. “Sekarang saya dah move on & saya rasa adalah lebih baik kalau saya ada keluarga baru. Yang baru ni lebih memahami dan dia seorang wanita bertudung”, katanya. (rtky/fr) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.