RotiKaya |
- Almy Nadia Tidak Menyangka Status WeChat Menjadi Bahan Kontroversi
- Hans Isaac Nafi Ada Masalah Dengan Afdlin Shauki, Jozan
- Peraduan Video Klip Kalau Aku Kaya, Awi Rafael & Altimet
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.458)
| Almy Nadia Tidak Menyangka Status WeChat Menjadi Bahan Kontroversi Posted: 26 Nov 2013 04:54 PM PST Isu hubungan Fizz Fairuz dan Almy Nadia entah bila akan bertemu kesudahan. Baru baru ini, laporan akhbar ada menyiarkan status peribadi Almy Nadia yang khabarnya tidak berpuas hati dengan Fizz Fairuz kerana belum mengotakan janjinya untuk berkahwin. Melalui Sinar Harian hari ini, Almy Nadia berkata yang status peribadi itu di’tulisnya di WeChat dan dipaparkan di akhbar tersebut tanpa pengetahuannya dan merasa kesal dengan perbuatan menyebarkan status itu ke pengetahuan umum. “Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya. Apa yang saya tahu, WeChat bukanlah satu laman sosial dan ia bersifat peribadi serta hanya boleh dibaca oleh sesiapa yang saya terima untuk berkawan” Almy Nadia juga menafikan yang tulisannya itu ada kaitan dengan Fizz Fairuz. Hmm. “Apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tidak berkaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing. Saya tidak perlu menjawab mengenai isu tersebut sebaliknya tanyalah sendiri kepada orang yang menyebarkannya," ujar Almy Nadia. Dan, dalam temubual yang sama Almy Nadia juga enggan memberikan ulasan atau komen lanjut berkaitan perkembangan kisah cintanya dengan Fizz Fairuz ketika ini. (rtky/m) |
| Hans Isaac Nafi Ada Masalah Dengan Afdlin Shauki, Jozan Posted: 26 Nov 2013 04:00 PM PST Ketiadaan pasangan Boboi dan Jozan dalam pementasan teater Lawak Ker Der 3 menimbulkan desas desus yang mengatakan Hans Isaac mempunyai masalah atau lebih teruk lagi bergaduh dengan anggota kedua dua kumpulan tersebut. Berita Harian hujung minggu lalu turut melaporkan yang khabarnya Afdlin Shauki berjauhan hati dengan sikap Hans Isaac yang tidak ada untuk membantunya ketika susah & perkara ini turut kurang di’senangi oleh Zizan Razak & Johan Raja Lawak. Bercakap kepada media baru baru ini, Hans Isaac menafikan yang beliau mempunyai masalah seperti di’dakwa dan ketiadaan mereka di pentas Lawak Ker Der 3 adalah kerana mereka mempunyai komitmen lain ketika ini. "Walaupun mereka kawan-kawan, tapi saya buat kerja secara profesional. Saya menghantar surat tawaran dan mereka menyatakan tidak dapat turut serta kerana ada komitmen lain. Saya tak faham macam mana boleh timbul isu saya ada masalah dengan mereka” Lawak Ke Der 3 yang menampilkan Harith Iskander, Douglas Lim, Kuah Jenhan, Nabil & Jambu ini akan dipentaskan bermula 4 sehingga 8 Disember 2013 ini. Edisi Bahasa Inggeris pula akan dipersembahkan pada 6 Disember di Istana Budaya. Tiket boleh didapati di www.ticket2u.biz. |
| Peraduan Video Klip Kalau Aku Kaya, Awi Rafael & Altimet Posted: 26 Nov 2013 09:51 AM PST Khas buat para peminat Awi Rafael & Altimet dan juga peminat lagu Kalau Aku Kaya, anda kini berpeluang untuk memenangi voucher Joe's Barber/Kitchen yang bernilai RM100! Untuk anda memenangi voucher ini, sila jawab soalan berikut berdasarkan muzik video rasmi Altimet & Awi Rafael, Kalau Aku Kaya. Seorang (1) peserta bertuah yang memberikan jawapan yang tepat bakal memenangi 1 voucher Joe's Barber/Kitchen yang bernilai RM100! Syarat2 penyertaan adalah seperti berikut: 1) ‘Like’ laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia di facebook.com/warnermusicmalaysia Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2013. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.458) Posted: 26 Nov 2013 08:44 AM PST VIDEO HARI INI: Kanye West muncul dengan sebuah video muzik baru menampilkan tunangnya, Kim Kardashian dan James Franco juga Seth Rogen secara semulajadi tampil dengan parodi untuk video Bound 2 tersebut. 3 juta tontontan dalam kurang 24 jam. Saksikan reaksi Bryan Cranston dan Aaron Paul ketika membaca baris baris akhir siri televisyen popular, Breaking Bad. Penuh emosi, seperti kita juga. – Elite Daily Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata beliau kini dalam dilema sama ada mahu meneruskan hasrat meninggalkan dunia lakonan atau sebaliknya memandangkan masih banyak perkara yang perlu difikirkan. Eh, ubah fikiran pula? – Utusan Malaysia Paris Hilton mendedahkan satu fakta menarik yang mana beliau tidak merasa walau sesen pun hasil komersial video seksnya yang bertajuk 1 Night in Paris walaupun pasangannya dalam video itu berjaya mengaut US$10 juta pada tahun 2004 lalu. – TMZ Sumber terdekat dengan pelakon siri The Big Bang Theory, Kaley Cuoco memaklumkan yang pelakon ini sudah menetapkan awal tahun 2014 sebagai tarikh perkahwinan dengan tunangnya, Ryan Sweeting, atau lebih tepat 31 Disember ini. – US Magazine Duo hip hop popular Korea Selatan, Leessang yang di’anggotai oleh Gary (Running Man) & Gil akan singgah ke Kuala Lumpur sebagai salah satu lokasi persinggahan untuk konsert jelajah Asia mereka. Tiket akan mula di’jual 30 November ini. – Maaduu |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.