RotiKaya |
- Perkahwinan Ditaja RM13 Juta — Rozita Che Wan & Zain Saidin Nafi Buat Pinjaman Bank
- Kritik Gambar Seksi Sebagai Saloma — Nabila Huda Bidas Peminat Di Instagram
- Tampil Lebih Kurus, Stacy Nafi Tiru Imej Miley Cyrus
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.457)
- Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013
- Caprice Akui Pernah Bercinta Dengan Neelofa?
| Perkahwinan Ditaja RM13 Juta — Rozita Che Wan & Zain Saidin Nafi Buat Pinjaman Bank Posted: 25 Nov 2013 04:25 PM PST Mendapat jolokan Wedding of the Year, tidak hairanlah majlis perkahwinan pasangan sensasi Rozita Che Wan dan Zain Saidin dikhabarkan mencecah hingga jutaan ringgit. Malah pasangan ini meesahkan persiapan untuk majlis penuh makna mereka itu nanti mencecah kos RM200,000. Lantas terpacul’lah persoalan dibenak ramai, banyak betul duit Che Ta dan Zain, ya? Tak cukup dengan itu timbul dakwaan, demi mahukan sebuah perkahwinan yang mahal dan gah, bakal suami isteri ini kononnya sanggup berhutang dengan bank. “Buat pinjaman bank? Tak ada lah. Persiapan perkahwinan dari segi barang-barang hantaran cincin nikah dan kahwin, semua adalah duit kami sendiri”, kata Che Tah sambil Zain, di sisinya. Pada majlis pengumuman tarikh perkahwinan mereka semalam, diumumkan pasangan ini telah mendapat tajaan dari pelbagai pihak yang bernilai RM13 juta (setakat ini). “Alhamdulillah, kami tidak pernah menyangka yang majlis kahwin kami sudi ditaja oleh banyak pihak. Kami tidak pernah mengharapkan pun kami ditaja. Tapi kami anggap ini rezeki kami berdua. Kami berterima kasih kepada semua pihak penaja,” ujar Che Ta. (rtky/fr) Berikut antara fakta menarik mengenai perkahwinan Rozita Che Wan & Zain Saidin - Pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi Jumlah kos pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik di Eropah dan Bali. Kos pra-perkahwinan mereka mencecah lebih RM30,000. - Sewaktu majlis malam berinai nanti turut diadakan tarian joget lambak dan poco-poco. - Sebagai kelainan, dulang hantaran ditukar dengan peti. Pasangan akan bertukar 9 peti berbalas 9. Bagi setiap satu peti akan berisi barang hantaran & semua hantaran dianggarkan bernilai RM100,000. - Wang hantaran daripada Zain kepada Che Ta sebanyak RM23,200 iaitu simbolik kepada tarikh lahir Zain Saidin sendiri. - Sementara untuk pembatalan air sembahyang, Che Ta bakal menerima mas kahwin bernilai RM9,300 (simbolik tarikh lahir Che Ta) berserta sebentuk cincin bernilai RM93,000. - Tambah istimewa, pihak Habib Jewels akan menaja barang kemas yang bernilai RM10 juta. Barang-barang kemas yang direka eksklusif buat Che Ta itu akan digayakan oleh aktress tersebut pada hari persandingannya nanti. - Busana yang akan dipakai oleh Che Ta pada malam berinai merupakan rekaan dari Bianco Mirmosa. Busana tersebut bernila RM55,000. - Baju nikah (termasuk tajaan tiara) dan kasut bernilai RM150,000, rekaan Man Kajang. Baju persandingan pula bernilai RM100,000. - Majlis ijabkabul akan dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya. Manakala malam resepsi akan dihoskan oleh Datuk Mahathir Lokman. |
| Kritik Gambar Seksi Sebagai Saloma — Nabila Huda Bidas Peminat Di Instagram Posted: 25 Nov 2013 10:08 AM PST Kalau anda mengikuti perkembangan Nabila Huda melalui akaun Instagram beliau, pasti perasan yang sejak beberapa minggu ini beliau sering tampil dengan imej Biduanita Negara, Puan Sri Saloma — dan ianya adalah untuk satu penggambaran filem biopik. Nampaknya, menjadi Saloma bukan mudah buat Nabila Huda. Menghidupkan watak satu perkara lain, berhadapan dengan komen negatif dan kritik dari para peminat tentang imej beliau yang agak seksi di Instagram satu hal lagi. Namun Nabila Huda tidak berdiam diri dengan situasi tersebut apabila beliau turut memberikan komen balas kepada mereka yang meninggalkan kata kata negatif terhadap beliau. “Apa masalah kau ni? Aku ni tengah shooting based on the true story. Kau kalau nak memekak kat IG aku nak membebel tak tentu pasal, buat semak je baik kau unfollow. Kalau baik sangat, delete Instagram kau. Stop using any smart phone sebab buat tambah dosa je” Antara komen yang di’tinggalkan para peminat yang negatif adalah soal dosa dan pahala — ini respons dari Nabila Huda. “Macam bagus je semua bila bercakap. Dosa dan pahala tu antara aku dan Tuhan. Korang takde hak nak nilai apa apa atau bagi nasihat pun. Aku share gambar belakang tabir Saloma ni and it's supposed to be P&C, so tolong la hargai” Kalau di’abaikan isu komen negatif peminat ini, kami rasa Nabila Huda sangat sesuai membawa watak Saloma walaupun kami belum melihat secara dekat lakonan beliau dalam filem biopik ini. Harapnya indah rupa sepertinya khabar. (rtky/m) |
| Tampil Lebih Kurus, Stacy Nafi Tiru Imej Miley Cyrus Posted: 25 Nov 2013 09:15 AM PST Penyanyi kelahiran Sabah, Stacy AF yang ditemui semasa separuh akhir Muzik Muzik nampaknya kelihatan semakin kurus dan berimej baru. Jelasnya semua ini tidak berkaitan dengan cinta atau seumpamanya kerana apa yang dilakukannya adalah semata-mata untuk konsep lagunya. "Ya, saya akui bahawa berat badan saya menurun dari 53kg dan sekarang ini hanya tinggal 46kg sahaja. Saya lebih seronok dengan berat badan ini dan ianya membuatkan saya lebih berasa selesa apabila berada di pentas untuk menjayakan sesebuah persembahan," katanya. Dia juga turut menjelaskan mengenai imejnya yang terbaru dan ranggi. Ini kerana potongan rambutnya yang seakan-akan penyanyi antarabangsa, Miley Cyrus. "Ramai juga peminat yang mengatakan saya seperti mengikuti imej penyanyi antarabangsa Miley Cyrus, dan sebelum ini ada yang mengatakan saya kelihatan seperti Rihanna dan banyak lagi penyanyi yang di samakan mereka dengan saya. Apa yang ingin saya jelaskan di sini ialah imej saya berdasarkan lagu yang saya nyanyikan lagipun lagu-lagu saya berentak 'catchy' dan ia bersesuaian dengan konsep lagu” Tambahnya lagi, "Ada orang yang suka dan ada orang yang tidak gemarkan penampilan saya ini, bagi saya fesyen dan imej merupakan satu benda yang luas dan subjektif terpulanglah kepada individu tersebut dalam menilai," ujarnya panjang lebar. Sementara itu, Stacy enggan mengulas mengenai kehidupan peribadinya kerana dirinya masih belum bersedia untuk berkongsi peribadinya kepada peminat. "Setakat ini tidak ada apa yang perlu saya ceritakan kerana ianya masih terlalu awal dan saya tidak mahu perkara yang belum pasti menjadi perbualan peminat-peminat. Apabila suatu ketika saya sudah bersedia, saya sendiri akan memberitahunya nanti," jelasnya. Dalam perkembangan berkaitan, Stacy telah berjaya melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJl 28) menerusi lagunya yang berjudul Bosan. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.457) Posted: 25 Nov 2013 08:29 AM PST VIDEO HARI INI: Harap anda tidak bosan dengan kisah perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan ketika ini kerana video hari ini merupakan video eksklusif pengumuman tarikh pernikahan & resepsi mereka. #WeddingOfTheYear2013 Taylor Swift menjadi pemborong anugerah terbanyak pada American Music Awards (AMA) 2013 dengan empat gelaran termasuklah Artist of the Year. Berikut merupakan senarai penuh para pemenang buat rujukan anda semua. – Just Jared Pelakon Liyana Jasmay yang sedang hamil empat bulan akan berehat seketika daripada dunia lakonan sehingga dia selamat bersalin yang dijangka pada pada Mei 2014 dan berikan fokus kepada filemnya yang akan ditayangkan awal tahun hadapan. – mStar Online Filem yang di’nanti ramai, The Hunger Games: Catching Fire berjaya memecah rekod kutipan tiket pada hujung minggu pembukaan dengan mengutip US$161.2 juta sekaligus mengatasi kutipan hujung minggu filem pertamanya yang terdahulu. – Rolling Stones Bersempena dengan ulangtahun kelahiran ke-21 Miley Cyrus, bapanya telah membelanjakan US$24,000 untuk sebuah motorsikal model Can Am Spyder 2013 lengkap dengan hiasan bertemakan gaya peribadi penyanyi itu. – TMZ Pasangan muda yang telah disahkan bercinta, Kim Bum & Moon Geun Young telah pulang dari percutian mereka di bumi Eropah dan pasangan ini di’lihat berpegangan tangan ketika keluar dari lapangan terbang di Korea. Awww. – Soompi |
| Rozita Che Wan & Zain Saidin Nikah 11 Disember 2013 Posted: 24 Nov 2013 10:39 PM PST Setelah hampir empat tahun menyemai kasih, pasangan selebriti popular, Zain Saidin & Rozita Che Wan mengambil keputusan untuk memilih tarikh 11 Disember 2013 untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri. Pasangan popular ini terlebih dahulu telah mengadakan majlis merisik bertempat di Carcosa Sri Negara pada 29 September 2013 lalu. Majlis merisik telah berlangsung pada pukul 3.00 petang dan disaksikan seramai 60 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak. BACA: Zain Saidin Selamat Merisik Rozita Che Wan Di Carcosa Sri Negara Terdahulu pasangan ini telah mengadakan sesi fotografi pra-perkahwinan di beberapa lokasi menarik sekitar Eropah dan Bali. Bagi melengkapkan majlis yang bakal diadakan secara gilang-gemilang ini, mereka telah banyak menerima tawaran daripada ramai pihak yang sudi menaja. Kesemua majlis seperti berinai, akad nikah dan bersanding akan diadakan di Shah Alam. Majlis berinai akan diadakan di Ndah Mahligai, Shah Alam pada 10 Disember 2013. Majlis tersebut dijangka akan bermula sekitar jam 8.00 malam. BACA: Kos Perkahwinan Zain Saidin, Rozita Che Wan Cecah RM1.21 Juta Seterusnya pasangan ini bakal dinikahkan keesokan harinya, 11 Disember 2013 di Gazebo Setia City Convention Centre, selepas solat Maghrib sekitar jam 7.30 malam. Astro Ria adalah penyiar rasmi untuk majlis akad nikah dan persandingan. (rtky/hfz) |
| Caprice Akui Pernah Bercinta Dengan Neelofa? Posted: 24 Nov 2013 08:33 PM PST Kepada anda yang terlepas untuk menonton program hiburan Melodi di TV3 hujung minggu lalu, ini sebahagian kisah yang di’paparkan menjadi perhatian kami. Dalam satu temubual bersama wartawan Melodi, rapper Caprice mendedahkan yang beliau pernah berpacaran dengan pengacara & pelakon popular Neelofa. Kenyataan itu timbul apabila beliau diajukan soalan tentang dirinya yang di’gelar poyo kerana sering bertutur dalam bahasa Inggeris di’kalangan rakan & Caprice secara sponton berkata yang selepas dating dengan Neelofa, kebolehan bertutur bahasa Melayu beliau semakin baik. Caprice kemudian berkata yang mereka sudah berkawan lama & Neelofa sendiri pernah muncul dalam salah satu video muzik terawal beliau untuk lagu Dem Girls. Ooooh. (rtky/m) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.