RotiKaya

RotiKaya


Dek Sering Difitnah, Sharnaaz Ahmad Nekad Bersara

Posted: 24 Nov 2013 12:43 PM PST

Nampaknya berbekas betul di hati pelakon ini dek segala fitnah dan gossip yang melanda dirinya sepanjang lima tahun bergelar anak seni ini. Sharnaaz Ahmad memaklumkan yang beliau nekad untuk meniggalkan dunia lakonan dan kembali ke pekerjaan lama.

Melalui Berita Harian semalam, Sharnaaz Ahmad berkata yang drama berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta gandingan bersama Nelydia Senrose akan menjadi drama terakhir beliau dan keputusan untuk bersara di’ambil selepas berfikir panjang.

“Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip & kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak akan terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang,” ujarnya.

Pelakon yang pernah bergelar kekasih Shila Amzah ini turut memaklumkan yang beliau tidak menyesal dengan keputusan ini dan akan kembali ke bidang kerja lamanya selepas ini.

“Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas seperti dulu. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka”

“Tidak guna duit berkepuk, tetapi hati tidak bahagia. Saya juga manusia biasa, saya mahukan ketenangan hidup,” tambah Sharnaaz Ahmad lagi. (rtky/m)

Dek Sering Difitnah, Sharnaaz Ahmad Nekad Bersara - ROTIKAYA

Kos Perkahwinan Che Ta, Zain Saidin Cecah RM1.21 Juta

Posted: 24 Nov 2013 11:00 AM PST

Okay, gelaran Wedding of the Year 2013 boleh di’berikan kepada pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin. Minggu lalu kami ada laporkan yang pasangan ini sudah berbelanja lebih RM200,000 untuk barangan hantaran sahaja namun ini ada informasi tentang kos keseluruhan.

BACA: Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan

Dalam kenyataan terbaru kepada Harian Metro, Zain Saidin berkata yang hantaran berjumlah RM100,000 kepada Rozita Che Wan adalah hasil kerja keras beliau sepanjang tahun manakala sebahagian besar kos RM1.21 juta untuk perkahwinan mereka datang dari tajaan.

“Saya terharu apabila banyak pihak sudi menaja hari bahagia kami & pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada banyak pihak yang sudi menaja majlis berinai, akad nikah dan resepsi kami,” ujar Zain Saidin.

Zain Saidin turut berkata yang beliau menyerahkan RM100,000 kepada Rozita Che Wan untuk membeli apa sahaja yang di’hajati kerana ingin melihat bakal isterinya itu berpuas hati dan dalam masa yang sama membelikan barang hantaran untuk dirinya di London & Paris.

Masih anda ingat perkahwinan pasangan Ezlynn & Adam yang mendapat tajaan RM12 juta pada tahun 2012 yang lalu? Perspektif, ya perspektif. (rtky/m)

#38 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #39 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #40 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #41 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #42 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #43 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #44 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #45 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA #46 Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan - ROTIKAYA

Kilafairy & Hardy Hartono Pergi Bercuti Sama Ke Hong Kong?

Posted: 24 Nov 2013 10:03 AM PST

Semenjak pasangan ini membuka mulut tentang hubungan cinta mereka kepada media sekitar Julai 2013 yang lalu, tiada sebarang kisah lain kita dengar tentang Kilafairy & kekasihnya berasal seberang, Hardy Hartono ini. Ini kisah mereka.

Seorang penggiat forum di Cari menulis ada mata terlihat pasangan Kilafairy & Hardy Hartono ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menaiki satu pesawat ke Hong Kong — tidak pula dipastikan sama ada untuk bercuti atau kerja.

Kita anggap sahaja mereka pergi atas urusan kerja, senang cerita.

Sumber turut mengatakan yang pasangan ini tidak segan silu bermesraan dan bercumbuan sepanjang perjalanan tanpa menghiraukan mereka yang ada di’sekeliling. Tidak manis rasanya lebih lebih lagi jika penerbangan itu penuh dengan orang kita yang penuh beradab.

Sumber turut mengirimkan sekeping gambar Kilafairy ketika berada di KLIA namun tiada pula kelibat Hardy Hartono kelihatan. Dan, Kilafairy juga mengirimkan sekeping gambar pemandangan malam di Hong Kong melalui Instagram. (rtky/m)

Kilafairy & Hardy Hartono Pergi Bercuti Sama Ke Hong Kong? - ROTIKAYA #02 Kilafairy & Hardy Hartono Pergi Bercuti Sama Ke Hong Kong? - ROTIKAYA #01 Kilafairy & Hardy Hartono Pergi Bercuti Sama Ke Hong Kong? - ROTIKAYA

Hafiz Suip Serik Bercinta Dan Mahu Kahwin Terus

Posted: 24 Nov 2013 09:06 AM PST

Pengalaman cinta sebelum ini membuatkan jejaka yang berasal dari Sarawak, Hafiz Suip telah nekad untuk berkahwin terus sekiranya mempunyai jodoh. Dia yang menjadikan pengalaman lepas sebagai satu pengajaran buatnya tidak mahu lagi 'pisang berbuah dua kali'.

"Saya seperti biasa sahaja buat masa sekarang ini, masih sibuk dengan aktiviti nyanyian saya & lebih fokus kepada karier daripada soal peribadi. Saya lebih selesa sekarang ini dari menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita. Sekiranya mempunyai jodoh saya ingin terus berkahwin”

Percintaannya yang sebelum ini menemui kegagalan dan menganggap bahawa dia tiada jodoh dan kini lebih bersifat terbuka dan professional dalam menempuh kehidupan seharian.

"Saya sekarang ini lebih terbuka dan saya tidak ada masalah dengan dia dan yang lepas itu kita kira lepaslah dan sekarang saya lebih professional," katanya.

Turut menjelaskan mengenai gambar bersama Adira AF baru-baru ini yang dimuatkan ke dalam laman sosial & ianya menjadi perbualan hangat di kalangan peminat peminat tempatan.

"Gambar itu hanyalah sekadar gambar, tidak salah sekiranya saya bergambar dengannya dan tidak salah juga untuk saya bergambar bersama-sama artis lain dan apa yang saya ingin tegaskan di sini itu adalah hanya sekadar gambar," katanya.

Sementara itu, Hafiz Suip turut layak ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-28 (AJL 28) menerusi lagu Bahagiamu Deritaku. (rtky/hfz)

#87 Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh - ROTIKAYA #88 Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh - ROTIKAYA #89 Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh - ROTIKAYA #90 Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh - ROTIKAYA #91 Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh - ROTIKAYA #92 Hafiz Suip Serik Bercinta, Mahu Kahwin Terus Jika Sampai Jodoh - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.456)

Posted: 24 Nov 2013 08:41 AM PST

VIDEO HARI INI: Air New Zealand kembali sekali lagi dengan satu iklan komersial penuh awesome bertemakan filem Hobbit. Middle Earth is closer than you think.

Sehari sebelum menjelang ulangtahun kelahiran yang ke 21 beliau, kediaman Miley Cyrus telah di’pecah masuk perompak & pelbagai barangan telah dilarikan namun tiada sebarang kecederaan terjadi kerana tiada siapa di rumah ketika itu. – US Magazine

Jika anda terlepas menonton majlis anugerah kpop MAMA (Mnet Asian Music Awards) 2013 yang berlangsung Jumaat lalu langsung dari Hong Kong, berikut merupakan senarai penuh pemenang & barisan persembahan bertenaga artis yang hadir malam itu. – Soompi

Lady Gaga telah di’namakan sebagai wajah terbaru jenama mewah Versace untuk kempen produk musim Spring 2014 dan tahukah anda yang penyanyi ini ada menulis lagu berjudul Donatella tentang pengasas jenama ini dalam album terbaru beliau. – Just Jared

Lagu terbaru BeyoncĂ© dengan judul God Made You Beautiful telah dibocorkan oleh para peminat khabarnya ke internet. Strategi pemasaran seperti biasa? – Huff. Post

Pelakon Farid Kamil mengakui yang beliau sehingga hari ini belum bertemu dengan ibu mertuanya untuk menjernihkan hubungan kerana tidak mengetahui dimana ibu Diana Danielle itu tinggal sekarang. Macam tidak boleh percaya, eh. – Kosmo!

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...