RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.455)
- Jovian Mandagie & Nina Nikah 11 Disember Ini Di Istana Negara Lama
- Mahkamah Batal Mesyuarat Seniman — Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden Seniman
- David Teo Rancang Terbitkan Filem Misteri Villa Nabila
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.455) Posted: 21 Nov 2013 08:09 AM PST VIDEO HARI INI: Ini trailer pertama untuk filem tulisan & arahan Hayao Miyazaki, The Wind Rises yang mengisahkan kehidupan Jiro Horikoshi yang merupakan perekabentuk kapal terbang tempur tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Bintang pop yang pernah popular lewat 90′an, Aaron Carter telah memfailkan satu permohonan muflis selepas tidak mampu menanggung hutang atau liabiliti berjumlah US$2.2 juta dan kini tinggal bersama salah seorang ahli keluarga beliau. – TMZ Laporan di Hollywood menyebut yang isteri Chris Hemsworth, Elsa Pataky kini sedang hamil dan ini merupakan anak kedua pasangan ini selepas kelahiran anak perempuan sulung mereka, India 18 bulan yang lalu. – Just Jared Eminem khabarnya telah kembali berbaik dengan bekas isterinya, Kim Scott Mathers dan sumber terdekat turut menyatakan yang pasangan ini mungkin akan kembali bersama sebagai pasangan hidup sehingga hari tua. – Huff. Post Kim Kardashian semalam meluahkan rasa marah beliau melalui Twitter terhadap dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan beliau melakukan pembedahan plastik untuk kembali tampil kurus selepas melahirkan anak pertamanya. – NY Daily News Bintang pop Korea & ahli kumpulan Sistar, Hyorin akan tampil berduet dengan Stevie Wonder di pentas Mnet Music Awards 2013 (MAMA 2013) menyampaikan lagu I Just Called to Say I Love You dan ianya akan berlangsung malam ini. – Soompi |
| Jovian Mandagie & Nina Nikah 11 Disember Ini Di Istana Negara Lama Posted: 21 Nov 2013 12:38 AM PST Saat tersebarnya kisah cinta pasangan ini, ramai yang menyambut baik kisah itu sekaligus mendoakan semoga hubungan pereka fesyen & pengacara, Jovian Mandagie bersama kekasih hatinya yang juga anak kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Nina Sabrina Datuk Seri Ismail Sabri melangkah ke alam perkahwinan. Selepas lima bulan membuat persiapan perkahwinan, akhirnya pasangan sejoli ini umumkan yang mereka bakal bernikah di Muzium Diraja Istana Negara lama, Jalan Istana Kuala Lumpur pada 11 Disember 2013, jam 3.00 petang. “Selepas perkenalan hampir dua tahun, akhirnya kami membuat keputusan untuk berkahwin pada 11.12.2013. Majlis kami bertemakan tradisional Melayu & Jawa. Nina berketurunan Melayu dan saya berdarah campuran Jawa”, kata Jovian Mandagie sambil Nina di sisinya, pada sidang media khas bertempat di Alexis, Bangsar, sebentar tadi. Majlis resepsi di sebelah pihak perempuan khas untuk para tetamu VIP ang bertemakan Melayu-Tradisional akan diadakan pada 14 Disember 2013 bertempat di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Sementara majlis resepsi kedua pula yang bertemakan Jawa akan diadakan pada 15 Disember 2013, juga di hotel yang sama. Memandangkan bapa Nina yang juga merupakan ahli Parlimen Bera, satu majlis khas iaitu majlis makan bersama penduduk di Bera akan diadakan pada 21 Disember 2013. Lebih istimewa, dua hari sebelum bernikah majlis bersiram bagi kedua-dua bakal pengantin akan di adakan secara berasingan di rumah keluarga masing-masing. Jovian dan Nina mula berkenalan sejak mereka sama-sama menjalinkan hubungan perniagaan sejak dua tahun lalu. Kemudian mereka terus menjadi kawan baik. Jovian melamar Nina pada 14 Februari lalu & gadis manis ini terus memberi kata setuju. Selepas majlis resepsi, pasangan ini merancang untuk berbulan madu di Turki, Itali & Rom. (rtky/fr) |
| Mahkamah Batal Mesyuarat Seniman — Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden Seniman Posted: 20 Nov 2013 07:55 PM PST Drama tidak puas hati pihak terhadap proses perlantikan Zed Zaidi sebagai Presiden Persatuan Seniman Malaysia berakhir apabila Mahkamah Tinggi telah yang memutuskan mesyuarat agung diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal. Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan satu mesyuarat agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS). Mahkamah turut mengarah tujuh dari lapan defendan membayar kos perbicaraan sebanyak RM 60,000 dibayar kepada Seniman dan membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah). Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan kedua hingga empat. Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan. |
| David Teo Rancang Terbitkan Filem Misteri Villa Nabila Posted: 20 Nov 2013 07:17 PM PST Beberapa hari kebelakangan ini nama Villa Nabila menjadi sebutan ramai dek kerana dakwaan seorang remaja yang hilang konon’nya disorok makhluk halus. Dan remaja itu kemudian ditemui menumpang tidur di rumah kawan tanpa pengetahuan keluarganya. Klasik rakyat Malaysia. Misteri di sebalik Villa Nabila yang terletak di Johor Bahru itu menarik perhatian David Teo untuk menerbitkan filem dokumentari berkaitan kisah penunggu yang menghuni banglo itu sejak 40 tahun lalu & penerbit itu percaya ianya boleh menjadi subjek yang kuat untuk filem. “Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam Highland Tower, kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai ingin tahu cerita sebenar” David Teo bagaimanapun berkata projek Villa Nabila ini masih dalam perancangan dan bertegas yang MIG perlu mengeluarkan produk baru setaraf Highland Tower yang di’arahkan Pierre Andre dan berjaya mengutip RM3.5 juta di pawagam. (rtky/eka) |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.