RotiKaya

RotiKaya


Amy Search Sahkan Diri Kini Muflis, Kawan Khianat

Posted: 20 Nov 2013 05:07 PM PST

Amy Search akhirnya membuka mulut tentang isu muflis yang pernah menjadi perhatian ramai sebelum ini dan lagenda rock Malaysia ini mengakui yang dirinya muflis kerana perbuatan khianat kawan sendiri & akan membawa kes ini ke mahkamah.

BACA: Amy Search Diisytihar Muflis?

“Apa yang boleh saya katakan, saya sebenarnya dianiaya oleh sahabat baik sendiri sehingga menyebabkan saya muflis. Itulah akibat terlalu percayakan kawan”

“Namun buat masa ini saya tidak mahu mengulas lanjut kerana saya akan membawa kes ini ke mahkamah untuk tindakan seterusnya,” jelas Amy Search.

Amy Search di’khabarkan telah gagal untuk membayar sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah Di Awan Biru sekitar 2009 dan ianya telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan beliau diisytihar sebagai muflis. (rtky/m)

Siti Nurhaliza Berjaya Kumpul Dana RM 30,000 Untuk Konsert Destini

Posted: 20 Nov 2013 04:50 PM PST

Jarang sekali kita melihat kelibat penyanyi yang popular menerusi lagu inggeris pertama ‘Falling in Love’ membuat persembahan dan sebagai penyanyi nombor 1 negara dia merasakan diri mampu membantu anak bangsa dari golongan yang tidak berkemampuan melalui muzik, Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin berjaya mengumpul dana sebanyak RM 30,000 menerusi Simplycity.

Secara keseluruhannya dana yang akan disalurkan untuk konsert yang bakal berlangsung pada 20 hingga 21 November tahun ini adalah untuk sama-sama membantu Yayasan Destini Anak Bangsa dengan kerjasama fakulti Filem, Teater & Animasi Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam khususnya untuk anak yatim, yang kurang berkemampuan dan juga yang miskin.

Ketua Pegawai Eksekutif YDAB, Datuk Mohd Aizuddin Mohd Ghazali yang turut ditemui di majlis memperkenalkan artis yang membuat persembahan turut berkongsi penjualan tiket kini yang terjual seperti ‘Goreng pisang panas’.

“Setakat ini tiket yang berjaya terjual adalah sebanyak dua ribu dan kapasiti dewan mampu memuatkan 3750 untuk sekali persembahan”

Menurut Dato’ Siti Nurhaliza lagi, pada malam itu dua hari berturut-turut lagu yang sama akan dinyanyikan dengan dikemudi pengarah muzik Edrie Hashim namun begitu akan ada lagu baharu yang bakal dipersembahkan pertama kali untuk mereka yang hadir pada konsert yang bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor.

Bakal berlangsung selama 2 jam setengah, istimewanya konsert yang menggabungkan pelbagai genre ini turut dijayakan oleh lima lagi artis popular tanah air iaitu Awie, Jaclyn Victor, Adira, Hafiz dan Dayang Nurfaizah.

Tidak dilupakan juga dua artis seberang yang bakal diterbangkan dari Indonesia Pasha Ungu dan juga Rossa turut mengesahkan bakal membuat persembahan di dalam membantu Yayasan Destini Anak Bangsa, YDAP khususnya. (rtky/nad)

SIDANG MEDIA KONSERT DESTINI 3 SIDANG MEDIA KONSERT DESTINI 5 SIDANG MEDIA KONSERT DESTINI 6

Peminat Kumpul Bukti — Emma Maembong Dan Zizan Razak Sah Bercinta?

Posted: 20 Nov 2013 09:46 AM PST

Bukan satu perkara baru kisah mereka berdua ini di’khabarkan sedang bercinta namun seorang (atau sekumpulan) peminat telah mengambil inisiatif sendiri untuk mengumpul semua petunjuk yang menjurus kepada mengiyakan hubungan mereka.

Ah ya, kami bercakap tentang Emma Maembong dan Zizan Razak. Sebuah akaun di Instagram dengan nama ZizanEmmaLoveStory telah memaparkan banyak bukti atau petunjuk yang menunjukkan pasangan ini sedang bercinta.

Kebanyakkan bukti yang di’tunjukkan adalah keratan akhbar, tulisan dari kenalan rapat dan juga interaksi antara Emma Maembong & Zizan Razak melalui laman sosial — sama ada ianya dilakukan secara langsung atau sembunyi.

BACA: Zizan Razak Merancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan

Kami sertakan beberapa keping bukti yang di’temui atau gambar dari akaun Instagram tersebut yang mana peminat ini yakin ianya menunjukkan Emma Maembong dan Zizan Razak sedang hangat bercinta. Usaha yang gigih ‘kan?

#09 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #10 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #11 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #12 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #13 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #14 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #15 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #16 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #17 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #18 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #19 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA #20 Peminat Kumpul Bukti Emma Maembong Dan Zizan Razak Bercinta - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.454)

Posted: 20 Nov 2013 08:19 AM PST

VIDEO HARI INI: Kami suka magic, silap mata seperti kanak kanak yang tidak tahu apa apa. Dan, David Blaine kembali sekali lagi buat kita semua dan juga Kanye West juga Will Smith terpegun dengan aksi silap mata ringkas beliau.

Penyanyi Kelly Clarkson mengumumkan melalui Twitter yang beliau kini sedang hamil anak pertama dengan suaminya, Brandon Blackstock dan menyifatkan ianya sebagai hadiah Krismas yang tiba lebih awal tahun ini. – CNN

Jika anda belum tahu, Adam Levine dari Maroon 5 baru sahaja dinobatkans sebagai Sexiest Man Alive untuk tahun 2013 oleh majalah People. Tiada bantahan dari kami. – Just Jared

Salah seorang pelawak dari kumpulan Shiro iaitu Shahrol merupakan antara calon yang terpilih bagi menggantikan Faizal Ismail yang meninggalkan stesen Hot FM berkuat kuasa 15 November lalu dan telah bersiaran sejak Isnin. – mStar Online

Kumpulan Backstreet Boys melancarkan video muzik terbaru mereka untuk lagu Show ‘Em (What You’re Made of) melalui akaun Facebook mereka & ada antara mereka yang memang tidak berbaju dari awal sehingga habis video tersebut. – USA Today

Nampaknya dunia muzik kpop semakin berani & seksi. YG Entertainment baru baru ini umumkan yang ahli 2NE1, CL akan tampil berbogel dalam video muzik terbaru mereka untuk lagu Missing You akan muncul pada 21 November ini. Sex sells isn’t it? – Soompi

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...