RotiKaya |
- Aznil Hj Nawawi, Nabil Ahmad Pengacara AIM 20
- Farid Kamil Beri Kebebasan Pada Diana Danielle Rancang Keluarga
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.453)
| Aznil Hj Nawawi, Nabil Ahmad Pengacara AIM 20 Posted: 19 Nov 2013 04:23 PM PST Pengacara nombor satu negara, Datuk Aznil Hj Nawawi tahun ini bakal kembali untuk menjadi pengacara majlis kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 20 (AIM 20) yang akan berlangsung 14 Disember ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Jika tahun lepas beliau bergandingan dengan Adibah Noor, tahun ini nampaknya giliran Nabil Ahmad menjadi pasangan Pak Nil untuk mengendalikan majlis anugerah dengan tema Meraikan Kemuncak Segalanya itu. Selain pengumuman pengacara AIM 20, sidang media semalam juga mengumumkan barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu nanti dan mereka termasuklah Datuk Siti Nurhaliza, Hafiz, Shila Amzah, Najwa Latif, Spider, Ning Baizura, DJ Fuzz, Waris dan Aizat. Dua orang artis popular Indonesia iaitu Rossa & Afgan juga bakal muncul membuat persembahan istimewa pada malam AIM 20 nanti yang mempertaruhkan 17 kategori untuk menghargai penggiat muzik tanah air. Anugerah Industri Muzil ke-20 (AIM 20) bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada Sabtu, 14 Disember 2013 pada pukul 9.00 malam dan akan di’siarkan secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104) dan di Maya HD (saluran 135). |
| Farid Kamil Beri Kebebasan Pada Diana Danielle Rancang Keluarga Posted: 19 Nov 2013 09:25 AM PST Pelakon kacak, Farid Kamil yang ditemui bersempena dengan tayangan episod terakhir drama Jodoh Itu Milik Kita telah memberitahu bahawa soal untuk merancang atau menambah bilangan ahli keluarganya adalah terpulang sepenuhnya oleh isterinya, Diana Danielle. “Saya tak boleh merancang benda-benda sebegini kerana ini merupakan anugerah dan rezeki daripada Allah. Terpulang kepada isteri saya sekiranya dia mahu untuk mendapatkan cahaya mata yang kedua saya tidak kisah dan saya lagi sukakan perkara itu. Secara jujurnya saya memberi kebebasan buatnya untuk ke arah itu, dan tiada paksaan dari saya,” katanya. Sebelum ini, Farid Kamil pernah memberikan kenyataan kepada pihak media bahawa dia bakal mengadakan majlis khatam al-Quran isteri dan aqiqah buat puteranya tetapi sehingga sekarang masih belum dijalankan lagi majlis tersebut. BACA: Farid Kamil Kini Sedia Berbaik, Pulihkan Hubungan Dengan Ibu Mertua “Ya saya akan mengadakan majlis tersebut tetapi saya sekarang ini masih menunggu isteri saya yang sedang mempelajari Al-Quran dan ini mengambil masa supaya dia betul-betul mahir dalam pembacaannya dan selepas itu saya akan mengadakan kedua-dua majlis tersebut,” ujarnya. Farid Kamil turut memberitahu bahawa dia tidak akan mengadakan kenduri cukur jambul kerana keluarganya tidak mengamalkan adat tersebut dan dia hanyalah mahu mengadakan majlis khatam Al-Quran dan Aqiqah puteranya itu. “Saya tidak mengadakan majlis cukur jambul kerana keluarga saya tidak mengamalkan adat tersebut dan saya hanya akan mengadakan majlis khatam al-Quran dan aqiqah sahaja,” ujarnya. Sementara itu, Farid akan mengarah kembali filemnya bersama MIG yang berjudul Bodyguard Dari Kedah atau Ops Cantas yang masih dalam pemilihan tajuk. Dia juga bakal berlakon buat pertama kali bersama Shaheizy Sam dalam filem yang berjudul Kitai. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.453) Posted: 19 Nov 2013 08:06 AM PST VIDEO HARI INI: Pemain violin yang popular menerusi Youtube, Lindsey Stirling terbang ke seluruh dunia untuk merakamkan video muzik untuk lagu terbarunya berjudul Minimal Beat yang di’muatkan dalam album terbaru beliau dan hasilnya, epik! Mungkin mengambil peluang akan populariti Kim Kardashian, Kanye West telah menampilkan tunangnya itu dalam video muzik terbaru beliau untuk lagu berjudul Bound 2 dan pastinya ada adegan intim yang dipaparkan. – Just Jared Dalam temubual terbaru bersama majalah Bazaar Australia, Nicole Kidman mendedahkan yang kemenangan Oscar beliau pada tahun 2013 menunjukkan kehidupannya yang kosong selepas berpisah dengan Tom Cruise dua tahun sebelum itu. – Page Six Ada pelakon drama lelaki popular tempatan yang telah di’haramkan memasuki satu gimnasium kerana memarahi pekerja dan berlagak diva, siapa ya? – Murai Penyanyi kelahiran British, Rita Ora telah dikejarkan ke hospital di Miami pada Isnin lalu selepas pengsan ketika menjalani penggambaran dan doktor memaklumkan yang beliau mengalami kepenatan melampau dan dehidrasi. – US Magazine Ahli termuda kumpulan pop Girls' Generation (SNSD), Seohyun telah mendermakan sejumlah US$95,000 kepada Dongguk University di Korea untuk program biasiswa pelajar dan selebriti itu juga merupakan penuntut tahun keempat di universiti itu. – Soompi |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.