RotiKaya |
- Tiz Zaqyah Kahwin Sekiranya Sampai Jodoh
- Hanez Suraya Saman Bekas Pembantu Peribadi
- Selena Gomez Adakan Konsert Di Malaysia Januari 2014
- Adi Putra Tidak Akan Simpan Rahsia Dari Anak
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.452)
| Tiz Zaqyah Kahwin Sekiranya Sampai Jodoh Posted: 18 Nov 2013 03:13 PM PST Heroin drama bersiri Jodoh Itu Milik Kita, Tiz Zaqyah memberitahu bahawa dia akan berkahwin sekiranya jodohnya berpanjangan dan berkekalan dengan kekasihnya kini. "Saya akan berkahwin sekiranya saya mempunyai jodoh yang panjang dan kuat bersama-sama dengan kekasih saya sekrang ini," katanya ringkas. Apabila disoalkan bilakah dia akan menamatkan zaman bujangnya, Tiz Zaqyah seolah-olah cuba berselindung dari menjawab soalan tersebut dan terus menjelaskan bahawa dia akan berkahwin tetapi bukan dalam jangka masa sekarang atau pun pada hadapan. "Saya tidak tahu bilakah saya akan berkahwin, mungkin saya akan membuat kejutan dan tidak mungkin untuk saya berkahwin dalam jangka masa terdekat ini atau pada tahun hadapan. Naluri ada sebagai wanita untuk berkahwin apabila melihatkan ramai rakan-rakan yang sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi mungkin belum tiba masanya lagi," ujarnya. Dikhabarkan juga, Tiz Zaqyah baru sahaja pulang dari kota New York disebabkan menjalani penggambaran untuk program Oh My English di sana. Sementara itu, drama bersiri yang Jodoh Itu Milik Kita memberikan impak yang begitu mendalam dari segi emosinya kerana hampir setiap hari dia menangis untuk mendapatkan feel yang ada dalam drama yang diadaptasikan dari novel popular itu. “Agak penat kerana hampir setiap hari saya bermain air mata kerana drama tersebut agak emosi dan memerlukan 'feel' yang begitu mendalam. Secara jujurnya saya tidak membaca novel tersebut dan sekarang baru baca hampir setengah muka surat sahaja," ujarnya lagi. (rtky/hfz) |
| Hanez Suraya Saman Bekas Pembantu Peribadi Posted: 18 Nov 2013 08:10 AM PST Pelakon drama bersiri Love You Mr. Arrogant, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini atas dakwaan memfitnah. “Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah & mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun DashaSultan dan Twitter menerusi akaun Dasha_Sultan” “Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” jelas Hanez Suraya yang pernah menghantar surat tuntutan maaf terhadap individu itu sebelum ini. “Mohd Fairus ada berjumpa saya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf kepada saya — selepas itu, saya ingatkan perkara ini telah selesai & tiada lagi perkara berbangkit, namun begitu tanggapan saya ternyata salah. Dia masih memfitnah dan mengaibkan saya seperti biasa” Hanez Suraya juga berkata tujuan beliau memberikan kenyataan kepada media sekarang ini adalah untuk Mohd Fairus mengambil perkara ini secara lebih serius selepas bekas pembantu peribadinya itu atau wakilnya tidak hadir ke mahkamah semalam. (rtky/m) |
| Selena Gomez Adakan Konsert Di Malaysia Januari 2014 Posted: 18 Nov 2013 08:03 AM PST Peminat penyanyi lagu popular Come & Get It ini sudah boleh mula kumpul duit untuk menghadiri konsert pertama Selena Gomez di Kuala Lumpur, Malaysia. Dibawakan oleh penganjur We Love Asia, Selena Gomez bakal singgah ke Stadium Merdeka, KL pada 26 Januari 2014 nanti sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Star Dance Tour beliau. Ini bukan kali pertama Selena Gomez menjejakkan kaki ke Malaysia. Kalau anda masih ingat, sekitar Julai 2012 penyanyi popular ini pernah hadir ke Malaysia menemani Justin Bieber yang merupakan teman lelakinya ketika itu. Maklumat tiket masih belum di’umumkan dan jika anda ingin tahu perkembangan terbaru konsert Selena Gomez di Malaysia ini, layari Facebook rasmi We Love Asia. |
| Adi Putra Tidak Akan Simpan Rahsia Dari Anak Posted: 18 Nov 2013 08:02 AM PST Dalam temubual terbaru bersama media, Adi Putra memaklumkan yang beliau masih menunggu keputusan akhir kes skandal beliau yang melibatkan isteri orang yang kini masih dalam siasatan pihak polis dan berjanji akan kongsikan dengan semua apabila ianya diketahui. “Saya masih lagi berpegang kepada janji. Sekiranya keputusan itu sudah diketahui, saya akan umumkan kepada semua orang. Lagipun buat masa ini, perkara ini tidak menganggu kerjaya seni saya dan diri saya,” ujar Adi Putra yang bersyukur peminat masih mengambil tentang dirinya. BACA: Isteri Nafi Adi Putra Guna Pengaruh VVIP Untuk Gugurkan Kes Ketika hadir ke siri jelajah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) hujung minggu lalu di Damansara, Adi Putra turut ditemani oleh isterinya dan anak mereka Zara Adelia Haadi yang kini berusia setahun. Adi Putra memaklumkan kepada media yang beliau tidak akan sesekali berahsia dengan anaknya tentang kontroversi yang melanda & akan menceritakan perkara sebenar apabila tiba masanya. “Saya mahu dia tahu perkara sebenar daripada saya. Mungkin sekarang dia tidak tahu apa-apa tetapi apabila sudah tiba masanya, saya akan beritahu perkara sebenar” “Biar dia mendengar sendiri penjelasan saya daripada mendapat tahu (tentang kontroversi) melalui Internet atau daripada orang lain,” tambahnya lagi. (rtky/eka) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.452) Posted: 18 Nov 2013 08:01 AM PST VIDEO HARI INI: Baru baru ini Make-A-Wish telah menunaikan hasrat seorang kanak kanak berusia lima tahun, Miles yang menghidap penyakit Leukemia untuk menjadi Batman untuk sehari dan menukar bandar San Francisco menjadi Gotham City. Awesomeness! Kanye West baru baru ini telah menyampaikan satu syarahan ringkas di Harvard School of Design bersempena dengan siri DONDA Design Lecture yang di’anjurkan universiti terkemuka itu & penyanyi ini dikhabarkan sangat fokus dengan topik syarahan beliau. – US Magazine Pelakon Faezah Elai tidak akan membiarkan anak kecilnya dijaga oleh pembantu rumah kerana bimbang terjadi kes penderaan atau pun dilarikan seperti yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini & lebih sanggup meminta bantuan ibunya. – mStar Online Penyanyi remaja Taylor Swift menghiasi edisi terbaru majalah New York Magazine dan sekali lagi berkata yang proses mencipta lagu beliau selama ini tidak pernah di’pengaruhi oleh mana mana individu lebih lebih lagi bekas teman lelaki. Ye’lah. – Just Jared Dalam satu video sidang media tergempar, Park Bom & Sandara Park dari 2NE1 mengumumkan yang kumpulan mereka akan mengadakan konsert jelajah dunia bermula Mac 2014 dan mereka akan kembali dengan lagu baru beberapa hari lagi. – Soompi Peminat siti TV popular Breaking Bad? Bagaimana kalau kami kata yang ianya ada penamat alternatif dan ianya cukup menarik untuk di’pertimbang? – Huff. Post |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.