RotiKaya |
- Yasmin Hani Bakal Dedahkan Nama Anak Di Astro
- Zain Saidin Tidak Akan Halang Media Hadiri Perkahwinan
- Zizan Razak Merancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.449)
- Anugerah Skrin 2013 Angkat Tema Kaca, Realiti Hidup
| Yasmin Hani Bakal Dedahkan Nama Anak Di Astro Posted: 13 Nov 2013 06:05 PM PST Pagi Selasa lalu, Yasmin Hani telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki menerusi pembedahan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur dan pelakon ini mengakui kini sudah jatuh cinta dengan pengalaman bergelar seorang ibu. BACA: Yasmin Hani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Kelmarin “Saya tak tahu bagaimana nak ungkapkan secara terperinci perasaan ini selepas dua hari bergelar ibu. Selain seronok dan bersyukur dengan kelahiran ini, yang pasti sekarang saya menjadi taksub pada anak ini,” ujar Yasmin Hani melalui Harian Metro. Yasmin Hani turut memberitahu yang beliau ketika ini tidak dapat memberikan apa apa butiran lanjut tentang identiti anak sulungnya itu kerana terikat dengan perjanjian untuk sebuah program berjudul Celebrity Maternity di Astro. "Kami memang sudah ada nama pilihan namun tak dapat didedahkan dulu berikutan kontrak berkenaan sudah diikat. Saya minta maaf tak dapat nak kongsi nama, gambar atau butiran lanjut bayi itu kerana semuanya akan didedahkan secara eksklusif dalam program itu nanti” Menjadi trend nampaknya wajah dan nama bayi para selebriti menjadi rahsia sehinggalah muncul di kaca televisyen. Sebelum ini ianya menjadi pilihan pasangan selebriti Farid Kamil & Diana Danielle untuk muncul eksklusif di TV. (rtky/m) |
| Zain Saidin Tidak Akan Halang Media Hadiri Perkahwinan Posted: 13 Nov 2013 05:37 PM PST Sebelum ini terdengar desas-desus yang mengatakan bahawa Zain tidak akan menjemput para media untuk menghadiri upacara perkahwinannya bersama dengan aktres jelita, Rozita Che Wan. Bertemunya di sidang media Oh My Ganu! Zain telah mengulas berkaitan dengan isu tersebut. "Sebenarnya saya menjemput semua media untuk datang ke majlis perkahwinan kami, cuma apa yang saya ingin maklumkan di sini hanya wartawan sahaja dibenarkan untuk membuat liputan, jurukamera telah kami sediakan pada majlis yang akan berlangsung nanti," ujarnya. Zain turut memberitahu bahawa dia sedikit cemas dan agak gabra apabila semakin dekat upacara perkahwinan yang dijadualkan akan berlangsung pada sekitar Disember ini. BACA: Zain Saidin, Rozita Che Wan Sudah Belanja Lebih RM200,000 Untuk Perkahwinan "Sekarang ini saya agak cemas, pelbagai perasaan yang wujud menjelang tiba hari perkahwinan kami. Saya rasa bahagia, gembira, cemas dan sebagainya," ujarnya berseloroh. Persiapan perkahwinannya sudah 70% hampir selesai di mana segala barangan hantaran sudah diaturkan dan Zain juga turut berkongsi jumlah sebanyak RM100,000 dari pihaknya dan sebanyak RM100,000 juga dari pihak Rozita Che Wan dalam menjayakan majlis perkahwinan mereka ini. "Setakat ini hampir 70% persiapan kami yang sudah diselesaikan seperti barangan hantaran, dan persiapan-persiapan yang lain. Cuma yang belum diselesaikan ialah tarikh dan lokasi yang sesuai untuk diadakan majlis perkahwinan ini, kerana saya khuatir musim persekolahan kebanyakan kawan-kawan kami bercuti bersama keluarga di luar negara dan agak sukar untuk mereka datang pula ke majlis kami. Lagi satu perkara yang lain ialah kalau boleh saya ingin mencari lokasi yang luas dan besar untuk memuatkan lebih ramai orang yang datang ke majlis kami,". "Saya dan Rozita turut berbelanja hampir RM200,000 untuk majlis kami ini, di mana saya dan dia mengeluarkan RM 100,000 setiap seorang," katanya. Sementara itu, Zain Saidin akan muncul dalam telemovie Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November ini di saluran Astro TVIQ dan Astro Maya HD. (rtky/hfz) |
| Zizan Razak Merancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan Posted: 13 Nov 2013 05:28 PM PST Pelawak, pelakon dan penyanyi popular Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai wanita dikalangan artis tempatan dengan pelbagai gosip yang dilemparkan padanya. Sehingga kini, ternyata masih belum ada hubungan yang begitu serius terjadi antara mereka semua. Walaubagaimana pun, Zizan berharap agar dia dipertemukan jodoh dan berkahwin di usianya yang bakal mencecah 30 tahun pada tahun hadapan. "Siapa tak nak berkahwin, saya hendak berkahwin tetapi belum ada jodoh yang sesuai. Sekarang ini masih dalam proses mencari & mengenal hati budi. Saya pun ada target, iaitu sekiranya sudah mencapai umur 30 tahun, saya hendak berkahwin," ujarnya semalam. Sementara itu, Zizan Razak akan membawakan watak sebagai Zizang dalam Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November ini. Menurutnya berlakon dalam telemovie ini boleh tingkatkan penguasaanya dalam bahasa Inggeris dan ini memberikan ia suatu pengalaman yang berbeza. “Alhamdulillah apabila diberikan tawaran untuk saya berlakon dalam telemovie ini saya begitu teruja dan seronok kerana ia merupakan pengalaman yang berbeza kerana telemovie ini mengajar saya untuk berbahasa inggeris walaupun tidaklah sebegitu fasih dan saya dapat tingkatkan lagi penguasaan bahasa antarabangsa itu," ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.449) Posted: 13 Nov 2013 08:09 AM PST VIDEO HARI INI: Pilihan hari ini sudah berbulan lama usianya tetapi baru kami temui & ianya kini masih relevan buat semua rakyat Malaysia yang pernah mengalami situasi seperti ini. Laporan media menyebut yang pelakon Zac Efron telah cedera dan patah rahang serta menerima jahitan di mulut selepas terjatuh di hadapan rumahnya sendiri di Los Angeles. – Just Jared Beberapa keping gambar lucah Nicholas Cage bersama ibu kepada anak lelakinya, Weston telah di’curi oleh seorang lelaki dan pesalah itu kini berada dalam tahanan polis namun gambar yang di’curi masih belum ditemui semula. Perlukah? – TMZ Filem seram Highland Tower terbitan Metrowealth Pictures (MIG) telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak RM3.3 juta selepas 12 hari tayangannya di pawagam-pawagam seluruh negara sejak 31 Oktober lalu. – Utusan Malaysia Jennifer Love Hewitt mungkin bakal menimang cahayamata pertama sekitar Disember ini namun bukan alasan untuk beliau berehat malah sempat mereka pakaian untuk ibu mengandung bersama jenama terkenal, A Pea in the Pod. – People Agensi YMC Entertainment telah melantik seorang peguam di Amerika Syarikat untuk mengambil tindakan undang undang terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan gambar lucah artisnya, Ailee yang menjadi isu baru baru ini. – Soompi |
| Anugerah Skrin 2013 Angkat Tema Kaca, Realiti Hidup Posted: 12 Nov 2013 06:22 PM PST Musim anugerah kembali lagi. Selepas Shout! Awards 2013 tamat minggu lalu, kini tiba giliran Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) untuk mencipta kehangatan — dan ya, untuk menghargai usaha dan kerja kerasa anak seni sepanjang tahun. Untuk muncul dengan identiti sendiri dan mencipta kelainan, Anugerah Skrin 2013 mengangkat tema glass atau kaca sebagai konsep bagi penganjurannya yang sudah masuk edisi ke 15. Konsep ini dipilih sebagai simbolik di mana drama & filem merupakan refleksi kisah sebenar manusia. Anugerah Skrin 2013 kali ini akan menampilkan Nad Zainal buat pertama kali sebagai pengacara majlis digandingkan dengan dua veteran bidang pengacaraan Awal Ashaari & Faizal Ismail. BACA: Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 Manakala Scha Al Yahya dan Iqram Dinzly bakal mengendalikan acara karpet merah bersama dua pemenang dari pertandingan Pantene Star Search. Anugerah Skrin 2013 akan disiarkan secara langsung dari Stadium Malawati Shah Alam pada 29 November ini. Sebagai pemanas badan, berikut merupakan fesyen selebriti yang hadir ke majlis sidang media Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung semalam di Kuala Lumpur. Enjoice! |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






























































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.