RotiKaya

RotiKaya


Shahz Jazle Nekad Cari Bukti Bersihkan Nama

Posted: 12 Nov 2013 03:56 PM PST

Selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan perbuatan khalwat, Shahz Jaszle berkata dia nekad mencari bukti untuk membersihkan namanya.

Malah pelakon popular menerusi drama Asmara ini mendakwa dirinya dianiaya oleh pihak tertentu hingga menyebabkan dia ditangkap khalwat.

“Saya tak boleh beri komen banyak sebab kes ni masih belum dibicarakan lagi. Saya tak bersalah. Dan saya akan buktikan yang saya tak bersalah. Buat masa sekarang saya sedang mengumpulkan bukti-buktinya dan saya akan lawan semula. Saya dianiaya oleh pihak tertentu. Tapi saya tak mahu tuduh siapa”, katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, semalam.

BACA: Shahz Jaszle Mengakui Tidak Bersalah Tuduhan Khalwat

Shahz membuat penafian tersebut di hadapan hakim Syarie Abd Haim Abu Samah. Kemudian pelakon itu diperintahkan membayar denda sebanyak RM1500. Mahkamah menetapkan 21 Januari 2014 sebagai tarikh perbicaraan terhadapnya.

Dalam pada itu, Shahz Jaszle berkata yang dia tidak terkejut apabila pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh mengaku bersalah. Farah diperintahkan oleh mahkamah membayar denda sebanyak RM3000.

“Saya tak terkejut pun bila dia kata dia bersalah. Saya memang sudah jangka. Selama ni pun dia tak pernah kisah dengan kes ini. Saya tahu dia memang ada niat nak jatuhkan saya”, katanya.

Menurut Shahz dia hanya mengenali gadis itu selama tiga minggu dan menyangkal dakwaan yang dibuat oleh Farah bahawa mereka mempunyai hubungan istimewa.

Sementara itu peguam Asyraf A. Ranee berkata, dia yang mewakili Shahz Jaszle sebagai anak guamnya akan menghantar notis penelitian semula kepada mahkamah.

“Setakat ini kami sudah ada beberapa bukti. Kami juga akan menghantar notis kepada mahkamah untuk penelitian semula kes ini”, katanya.

#88 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #87 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #86 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA
Dalam kejadian 16 Mei lalu, pasangan tersebut telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartmen Taman Sri Subang, kira-kira pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hasil aduan orang ramai.

Kejadian itu menyebabkan pertunangan Shahrizal dengan Redzwani Puteri terpaksa diputuskan oleh keluarga perempuan tetapi telah disambung semula pada Hari Raya Aidiladha lalu.

Selain itu ditanya mengenai persiapan kahwinnya, Shahz yang kini sibuk dengan pengambaran Dendam 5 Beradik berkata buat masa dia menyelesaikan dahulu kes perbicaraan khalwat ini dan kemudian baru dia memberi tumpuan pada perancangannya untuk berkahwin. (rtky/fr)

#85 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #84 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #83 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #82 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #81 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #80 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #79 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #78 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA #77 Shahz Jazle Nekad Kumpul Bukti Untuk Bersihkan Nama - ROTIKAYA

Awie: Kalau Benar Muflis Pun, Saya Tidak Ganggu Orang

Posted: 12 Nov 2013 03:35 PM PST

Muflis di kalangan rakyat Malaysia bukan perkara baru namun jika ianya melibatkan selebriti dan orang ternama, pastinya akan menjadi perhatian para peminat dan media.

Terbaru, penyanyi dan pelakon terkenal Awie di’dakwa telah pun diisytiharkan muflis.

“Muflis atau tak, saya tak ganggu orang, bukan? Asalkan tak ganggu orang, saya rasa ia tak patut jadi masalah kepada sesiapa pun," ulas Awie tentang dakwaan yang timbul.

"Kalau benar saya muflis, kenapa? Kalau pun betul, bukan saya seorang saja. Ramai lagi orang di luar sana yang muflis. Golongan kerabat dan VIP pun ramai yang muflis”

"Ada seorang kerabat diraja ini juga bankrap tapi apa masalahnya kepada orang ramai? Pada saya, asalkan benda itu tak kacau orang, tak perlulah nak kacau hidup saya”

Menjawab dakwaan yang beliau telah memindahkan semua aset beliau kepada isterinya Rozana Misbun susulan status muflis, Awie berkata ianya satu tindakan yang wajar ketika ini jika benar beliau berbuat demikian.

“Kalau saya mati nanti, harta yang ada itu untuk mereka juga. Jadi, apa masalahnya? Biarlah orang nak cakap apa saja,” tambah Awie lagi yang enggan mengulas lanjut secara terperinci.

Yasmin Hani Selamat Lahirkan Bayi Lelaki, Semalam

Posted: 12 Nov 2013 02:29 PM PST

Menerusi sekeping gambar di akaun Instagram beliau semalam, Yasmin Hani memaklumkan yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada pagi 12 November 2013.

“Alhamdullilah, After nine months of construction, our little project is complete.. On the morning of the 12th of November 2013, we welcome with great joy into our home and into our hearts our little baby boy,” tulis Yasmin Hani meluahkan rasa syukurnya.

Namun tiada maklumat lanjut yang di’kongsikan oleh selebriti ini. Apa pun tahniah buat keluarga Yasmin Hani dan suami, Sha’arin atas kehadiran orang baru yang pastinya membawa kebahagian baru dalam hidup kalian.

Yasmin Hani dan Sha’arin Mohammed Razali mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011.

#76 Yasmin Hani Selamat Lahir Bayi Lelaki - ROTIKAYA #75 Yasmin Hani Selamat Lahir Bayi Lelaki - ROTIKAYA #74 Yasmin Hani Selamat Lahir Bayi Lelaki - ROTIKAYA #73 Yasmin Hani Selamat Lahir Bayi Lelaki - ROTIKAYA #72 Yasmin Hani Selamat Lahir Bayi Lelaki - ROTIKAYA #71 Yasmin Hani Selamat Lahir Bayi Lelaki - ROTIKAYA

Komitmen Teater, Nora Danish Ke Pusat Karaoke Berlatih Menyanyi

Posted: 12 Nov 2013 02:07 PM PST

Sama sekali tidak menyangka parodi gwiyomi yang dirakam Nora Danish sekadar suka suka tidak berapa lama dahulu mendapat pujian dari pemilik asal lagu tersebut, Hari. Malah menyifatkan parodi terbaik pernah ditonton olehnya.

Nora Danish juga terharu dan tidak menyangka Hari telah menonton semua parodi gwiyomi yang telah dirakam. Malah sebelum pulang ke Korea, Hari sempat menyatakan hasrat untuk adakan kolaborasi bersama Nora Danish.

"Saya suka parody yang dilakonkan Nora Danish dan dia sangat comel. Kalau diberi peluang berjumpa dia, saya mahu melakukan gaya gwiyomi bersama-sama dengannya,” memetik kata-kata Hari sewaktu dia hadir Malaysia baru baru ini.

Namun kerana jadual yang bertindih, Nora Danish dan Hari tidak sempat berjumpa.

Dalam perkembangan lain, selain tersenarai dalam top 5 pencalonan Anugerah Skrin 2013, Nora Danish kini sedang sibuk dengan pementasan teater berjudul Bahayanya Wanita yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada Disember ini.

"Kerana teater ini, Nora menolak semua tawaran lain yang datang. Nora nak tumpukan perhatian penuh kepada teater ini. Tak dapat fokus pada perkara lain, risau."

Beritahu Nora lagi, cabaran besar buatnya dalam Bahayanya Wanita apabila kebolehan beliau untuk menyanyi diuji. Teater tersebut memerlukan Nora untuk menyanyi.

"Kena menyanyi tu paling sukar sangat bagi Nora. Sebab Nora bukan penyanyi. Ini teater muzikal. Tapi syukur produksi bagi lagu yang mudah untuk Nora. Tapi sebelum tu, sekarang Nora wajib pergi karaoke je, praktis," ujarnya ketawa.

Nora kini dilihat lebih matang dalam setiap watak yang dilakonkan. Tidak seperti watak dia sebelum sebelum ini, yang lebih menonjolkan sisi comel dan manja Nora.

Bukan kerana terlampau selektif tetapi diusia menginjak 30′an, dia harus lebih matang dalam memilih dan melakonkan watak.

"Ya, Nora memang mencari skrip & watak supaya nampak lebih matang. Lagipun Nora dah segan nak melakonkan watak watak comel. Sekarang Nora dah matang. Tak kena dengan usia,” jelasnya lagi yang sedang dalam proses mengembalikan berat badan idealnya, 45kg. (rtky/bsr)

ASK_0009 ASK_0010 ASK_0011 ASK_0017 ASK_0018 ASK_0023 ASK_0029 ASK_0030 ASK_0032

Anugerah Skrin 2013 — Nad Zainal Muncul Pengacara Bersama Awal Ashaari & FBI

Posted: 12 Nov 2013 01:51 PM PST

Pertama kali diberi tanggungjawab menggalas tugas besar nyata memberi kegusaran buat Nadia Zainal. Apatah lagi digandingan dengan 2 nama besar, Awal Ashaari dan Faizal Ismail pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2013 pada 29 November ini.

Nad Zainal ketika ditemui di sidang media memperkenalkan hos Anugerah Skrin siang tadi nyata terkejut diatas pemilihannya sebagai salah seorang pengacara.

“Masa dapat tahu saya terpilih, saya sendiri terkejut. Tidak sangka boleh dipilih sebab saya masih baru sangat dalam industri ini,” ujarnya semalam.

“Saya tahu pihak mereka mempunyai sebab tersendiri memilih saya. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu untuk membuktikan apa-apa cuma yang boleh saya katakan, saya akan berikan yang terbaik pada malam anugerah nanti. Saya tahu, penonton akan membandingkan saya dengan 2 pengacara tersebut, itu memang cabaran besar buat saya”

Jelas Nad, bila mengetahui dia akan bergandingan mengacara bersama 2 nama yang tidak asing dalam dunia pengacaraan, dia terlebih dahulu membuat homework kerana tidak mahu dilihat kekok dan kelam kabut sewaktu di atas pentas.

"Saya buat homework pada setiap karakter 2 orang pengacraa tu. dan saya melihat diri saya sebagai seorang yang akan dibahan. Saya rela dibahan namun saya tidak akan diam”

"InshaAllah ilmu teater yang ada pada saya akan digunakan pada malam kemuncak ASK 2013 itu nanti. Saya yakin saya boleh buat cuma risau saya terlalu banyak merapu”

Tambah Nad, ujibakat pertama yang dihadirinya adalah ujibakat pengacara program REMAJA tahun 2008. Dari mula lagi dia mahu mahu menjadi pengacara namun ketika itu dia masih terikat dengan pelajaran lantas terpaksa melupakan hasrat buat seketika.

Sehinggalah hari ini dia akhirnya menjadi seorang pelakon. Sebelum mengakhiri perbualan, sempat dia mencelah memberitahu sejak kecil dia sebenarnya ada menyimpan cita-cita untuk bergelar pembaca berita. (rtky/bsr)

#59 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #60 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #61 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #62 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #63 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #64 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #65 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #66 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #67 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #68 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #69 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA #70 Nad Zainal Dilantik Pengacara Bersama Anugerah Skrin 2013 - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.448)

Posted: 12 Nov 2013 08:04 AM PST

VIDEO HARI INI: Kalau anda meragukan bakat dan kebolehan vokal Miley Cyrus, anda boleh dengarkan versi cover penyanyi ini untuk lagu Summertime Sadness nyanyian asal Lana Del Rey di BBC Radio 1 untuk Live Lounge.

Penulis buku komik terkenal, Kevin Smith berkata beliau telah melihat Ben Affleck dalam suit baru Batman untuk filem terbaru arahan Zack Snyder nanti & membayangkan ianya sesuatu yang unik dan mengujakan. Whoaa! – US Magazine

Kajian terbaru menunjukkan yang populariti Kanye West di’kalangan wanita telah jatuh sebanyak 66% sejak beliau mula berpacaran dengan Kim Kardashian. Kes cemburu atau sudah menyampah dengan pasangan tersebut? Heh. – Daily Mail

Vokalis kumpulan Hujan iaitu Noh Salleh mengakui komitmen terhadap keluarga & studio rakaman yang baharu dibuka agak membatasi aktivitinya bersama kumpulan tersebut. – mStar Online

Lima tahun lalu beliau berjanji tidak akan kembali ke arena hiburan dewasa (lucah) namun Jenna Jameson di’laporkan kembali terlibat dengan video lucah sebagai salah satu cara untuk menyara anaknya selain berseronok & untuk para peminat. – Huffington Post

Pelakon kegemaran ramai, Ryan Gosling telah menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 33 dan untuk itu, mari lihat revolusi wajah tampan ini dari idaman para remaja sehingga menjadi wajah utama filem blockbuster. – People

Kes Khalwat: Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah

Posted: 11 Nov 2013 07:22 PM PST

Pelakon kontroversi Shahrizal Jaszle Jasmin atau Shahz Jaszle mengaku tidak bersalah dengan penangkapan dan tuduhan berkhalwat ke atasnya. Penafian itu direkodkan dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Peguam Syarie yang mewakili Shahrizal iaitu Asyraf A. Ranee memohon anak guamnya agar dibebaskan dengan jaminan RM1500.

Kemudian hakim syarie Abd Halim Abu Samah memutuskan Shahrizal dibebaskan dengan jaminan RM1500 dengan seorang penjamin atau ditahan sehingga tarikh perbicaraan akan datang.

Mahkamah memutuskan kes perbicaraan seterusnya pada 21 Januari 2014.

Bagaimanapun, pasangan khalwat Shahrizal iaitu Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah dakwa penangkapan khalwat mereka.

Setelah mendengar hujah dan fakta kes daripada pegawai pendakwa Jabatan Agama Islam Selangor Shafezan Rosli, mahkamah memerintahkan Farah membayar denda maksimum RM3000 atau penjara selama tiga bulan jika gagal membuat bayaran mulai hari ini.

Pada 16 Mei lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam satu kenyataan medianya mengesahkan telah menahan Shahrizal atas tuduhan khalwat di Kayangan Apartment, Taman Sri Subang, pada pukul 3.50 pagi.

Penahanan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 selepas Bahagian Penguatkuasaan jabatan itu menerima aduan daripada pihak awam berhubung kegiatan berkenaan.

Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum itu, aktor yang popular menerusi drama Asmara ini telah bertunang dengan seorang doktor yang dikenali sebagai Redzwani Puteri pada bulan Disember 2012. (rtky/fr)

#47 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #48 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #49 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #50 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #51 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #52 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #53 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #54 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #55 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #56 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #57 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA #58 Kes Khalwat- Shahz Jaszle Mengaku Tidak Bersalah - ROTIKAYA

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...