RotiKaya |
| Lana Nordin: Artis Pun Punya Perasaan Posted: 11 Nov 2013 04:21 PM PST Artis pun ada perasaan! Itulah luahan dan kata-kata oleh pelakon seksi Lana Nordin ketika diminta mengulas mengenai kata-kata kesat yang dilemparkan oleh sebilangan pengikutnya di akaun Instagram. Katanya lagi, tidak perlulah seseorang itu menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat, cacian atau makian di akaunnya itu, kerana gambar yang dipaparkannya adalah merupakan dirinya yang sebenar dan sekiranya seseorang iti tidak menyukainya tidak perlulah untuk melihat atau mengikuti perkembangannya itu. "Saya rasa tak perlu untuk mengeluarkan kata-kata sebegitu terhadap saya dalam gambar yang saya paparkan ke dalam akaun saya itu, ini kerana itu adalah hak saya dan apa yang saya buat adalah benda yang betul dan tidak salah untuk saya menjadi diri saya tanpa perlu untuk bermuka-muka di depan orang ramai." "Sudah-sudahlah untuk mengutuk saya kerana kami sebagai artis ada perasaan juga, jangan ikut sedap mulut untuk mengata hal orang. Sekiranya anda seorang artis bagaimana pula ada orang memaki hamun anda? Apakah perasaan anda? Fikirkanlah. Dia juga turut berpesan sekiranya seseorang itu tidak suka melihat aksi-aksi yang dipamerkan ke dalam akaun instagramnya itu agar mereka semua tidak lagi mengikutinya dan jangan lagi melihat. Sebaliknya dia memberi amaran akan 'block' akaun mereka itu semua. Lana juga turut memberitahu bahawa setakat ini lebih dari 10,000 akaun Instagram yang sudah di 'block' olehnya kerana tudak tahan sikap sesetengah peminat yang memberikan kata-kata negatif kepada dirinya. "Kalau tidak suka jangan tengok, atau jangan 'follow' saya. Kalau tak saya akan 'block' anda daripada mengakses akaun Instagram saya. Sebelum ini, bila saya 'private' orang kata saya sombong. bila saya 'open' orang pula maki saya. Dengan itu lebih baik jangan tengok kalau tidak saya akan 'sound' balik kerana kalau sekali atau dua kali mungkin boleh saya terima tetapi sekiranya sudah acap kali, hilang sudah kesabaran saya ini,"katanya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz) Gambar oleh Faisol Mustafa via Malaysian Digest |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.447) Posted: 11 Nov 2013 08:25 AM PST VIDEO HARI INI: Bagaimana rupanya kalau filem Thor di’pasarkan sebagai sebuah filem romantik komedi? It’s sort of like No Strings Attached, tetapi lebih dengan banyak letupan. Pelakon Sharnaaz Ahmad berkata beliau tidak terdesak untuk segera mencari pengganti bekas kekasihnya penyanyi Shila Amzah bagi mengisi kekosongan di hatinya & mampu fokus kepada kerjayanya ketika ini. – mStar Online Akibat para peminat fanatik yang membuat rusuhan di luar & merosakkan harta benda hotel serta melanggar arahan polis, Justin Bieber telah diminta keluar dari sebuah hotel di Argentina. Kerana peminat, selebriti menjadi mangsa. – US Magazine Bintang yang bakal muncul dengan sebuah filem yang berkisar pornografi, Don Jon Scarlett Johansson percaya dengan etika betul, pornografi boleh menjadi sesuatu yang produktif untuk kedua dua pihak lelaki atau perempuan. – Huff. Post Penyanyi pop & selebriti Korea, Ailee menjadi bahan bualan ramai dan juga media apabila ada laporan menyebut sekeping gambar bogel beliau sudah tersebar dan ianya sendiri sudah di’sahkan oleh agensi beliau sendiri dan tampil dengan penjelasan. – Soompi Katy Perry muncul di 2013 MTV European Music Awards dengan memakai sebentuk cincin bertatah berlian dan ini menimbulkan spekulasi yang beliau sudah bertunang dengan kekasihnya, John Mayer. Kalau belum pun, sudah masa rasanya. – Too Fab |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.