RotiKaya |
- Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.446)
- Mizz Nina Bakal Keluar Busana Muslimah & Buka Lembaran Baru Dalam Muzik
- Gambar: Di Sekitar Pernikahan Fizo Omar & Mawar
- Khairy Jamaluddin Tewaskan Aaron Aziz
- Gaya Selebriti Di Karpet Merah Shout! Awards 2013
| Rozita Che Wan & Zain Saidin Sudah Belanja RM200,000 Untuk Perkahwinan Posted: 10 Nov 2013 05:01 AM PST Pasti ramai antara anda yang tertanya tanya bilakah tarikh sebenar perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung. Rozita Che Wan & Zain Saidin sehingga hari ini masih memaklumkan apa apa tetapi semua dapat lihat yang mereka berdua ligat membuat persiapan kahwin. BACA: Rozita Che Wan, Zain Saidin Ke London Jalani Sesi Fotografi Pra Perkahwinan Bercakap kepada Berita Harian, Rozita Che Wan mendedahkan yang mereka telah membelanjakan RM200,000 untuk barang hantaran sahaja & jumlah barang yang di’beli untuk mereka berdua masing masing bernilai RM100,000. Pelakon ini juga di’fahamkan telah membayar jurugambar, Annas Eskay sebanyak RM20,000 untuk sesi fotografi pra perkahwinan sahaja dan kami kira akan ada bayaran lain untuk gambar majlis pernikahan, resepsi sebelah perempuan & lelaki dan Tuhan sahaja tahu apa majlis lagi. Selain itu, Rozita Che Wan sendiri sudah terbang dua kali ke kota London untuk mencari barang hantaran perkahwinan dan pasangan ini turut memperuntukkan RM100 kos jamuan untuk setiap seorang tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan. Kami datang, for sure. Rozita Che Wan turut memberitahu yang tujuan beliau mengirimkan gambar ketika di London dan Paris hanyalah sekadar berkongsi kegembiraan dan bukannya untuk menunjuk atau riak. “Niat saya sekdar berkongsi kenangan saja di laman Instagram. Tak ada niat nak menunjuk nunjuk apatah lagi nak bersikap riak. Tetapi saya sudah biasa dengan sesetengah manusia termasuklah pengikut di laman Instagram yang berfikiran sempit atau sebaliknya,” ujarnya. (rtky/m) |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.446) Posted: 10 Nov 2013 04:05 AM PST VIDEO HARI INI: Selepas berdekad bertarung dengan ketagihan alkohol, kemiskinan dan tiada tempat tinggal, bekas tentera USA Jim Wolf di’berikan make over oleh Degage Ministries dengan harapan ianya boleh merubah kehidupan beliau. Pelakon Hanez Suraya berpendapat tidak salah bagi individu yang ingin melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik dan ia suatu perkara normal dewasa ini. – mStar Online Untuk kali ke-7 dalam sejarah penganjuran pertandingan ini, Venezuela berjaya membawa pulang gelaran Miss Universe dan tahun ini menerusi wakilnya Gabriela Isler yang berusia 25 tahun yang di’nobatkan di Moscow, Sabtu lalu. – Huffington Post Dalam satu temubual terbaru bersama media, Lady Gaga mendedahkan yang beliau ingin memilki ramai anak dan tiga orang sekurang kurangnya juga beliau kini sedang giat membuat persiapan untuk sebuah konsert di angkasa lepas. Yerp. – People Kumpulan pop Korea, CNBLUE bakal memulakan tayangan dokumentari khas mereka bertajuk The Story of CNBlue – Never Stop di Jepun terlebih dahulu pada Januari tahun hadapan. – Soompi 10 tahun dahulu hari ini, sebuah filem komedi romantik bersempena Krismas mula ditayangkan dan ianya mencipta fenomena seluruh dunia & dimanakah para pelakon filem Love Actually berada kini? *korek koleksi DVD* – Too Fab |
| Mizz Nina Bakal Keluar Busana Muslimah & Buka Lembaran Baru Dalam Muzik Posted: 10 Nov 2013 03:24 AM PST Bertemu Mizz Nina semasa berlangsung Shout! Awards 2013, sempat kami tanyakan beberapa soalan tentang dirinya yang sudah berhijab semenjak beliau dan suaminya, Noh Hujan pulang dari menunaikan fardhu Haji baru baru ini. "Alhamdulillah, selepas pulang dari menunaikan Haji & selepas berhijab keadaan saya seperti biasa sahaja tetapi saya lebih berasa gembira, bebas, dan lebih diberkati. Saya berasa bersyukur juga kerana saya diberi peluang bersama-sama dengan suami menunaikan Haji bersama kerana sebelum ini saya banyak melihat pasangan yang pergi secara berasingan” Mizz Nina juga turut memberitahu bahawa beliau dan suaminya berdoa agar dikurniakan cahaya mata ketika berada di tanah suci Mekah. "Sudah tentu saya berdoa untuk dikurniakan cahaya mata dan bukan itu sahaja saya dan suami juga berdoa untuk kebahagiaan dan kesejahteraan kami sekeluarga," ujarnya. Selepas ini, Mizz Nina juga merancang untuk membuka bisnesnya sendiri dengan menghasilkan busana muslimah yang menjadikan Madena sebagai jenama keluarannya itu. "Saya ada merancang untuk membuat bisnes dengan menggunakan jenama saya sendiri iaitu Madena yang akan menjual busana muslimah, scarf dan itu semua masih dalam perancangan yang akan terlaksana pada tahun hadapan," katanya. Sementara itu, Mizz Nina juga turut memberitahu bahawa beliau akan menukar konsep muziknya kepada lebih bersifat sentimental bersesuaian dengan imejnya yang kini berhijab. "Secara terus terangnya saya akan menukar konsep muzik saya kepada lebih perlahan dan tidak lagi seperti dahulu ini kerana saya mahu ianya lebih bersesuaian dengan pembawakan imej saya ini. Mengenai kerjaya atau single, buat masa sekarang saya ingin berehat dan menumpukan perhatian terhadap keluarga," ujarnya. Tahniah juga diucapkan kepada Mizz Nina kerana dia telah memenangi Anugerah Flava Award di malam anugerah Shout! Awards 2013 semalam. (rtky/hfz) |
| Gambar: Di Sekitar Pernikahan Fizo Omar & Mawar Posted: 09 Nov 2013 06:45 PM PST Pelakon Fizo Omar selamat diijab kabul dengan wanita pilihannya, Mawar Abdul Karim dengan sekali lafaz sekitar jam 9.32 pagi hari ini. Pasangan ini telah dinikahkan oleh jurunikah, Mohd Arif Abdul Samad yang merupakan Pegawai Tadbir Majlis Agama Daerah Hulu Langat. Pasangan yang mengenakan persalinan rona putih ini terlebih dahulu mengikat tali pertunangan sehari sebelum ijab kabul selepas perkenalan hampir setahun. Majlis pernikahan Fizo Omar & Mawar Abd Karim yang dihadiri kira-kira 300 tetamu telah dijalankan di rumah pengantin perempuan di Country Height Kajang. BACA: Sekitar Majlis Pertunangan Fizo Omar & Mawar Abdul Karim Malam tadi sebelum berlangsung majlis ijab kabul, telah berlangsung satu majlis berinai sekaligus meraikan para pekerja Butik Fareeda. Pihak lelaki menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dari pihak perempuan dengan mas kahwin berjumlah RM 506.00. Pihak lelaki menerima hantaran berupa seutas jam tangan, kaca mata hitam, kasut, 2 naskah Al-Quran, komputer riba, cincin, plat moto MF 120 jaket dan motosikal berkuasa tinggi 1,200 cc. Manakala pihak perempuan menerima seutas jam tangan, tas tangan, kasut, cincin berlian putih, jongkong emas seberat 1,011 gram bertulis Fizo love Mawar berserta mas kahwin dan sebiji motorsikal berkuasa tinggi. Pasangan pengantin baru ini juga memaklumkan yang mereka akan terbang ke benua Eropah untuk berbulan madu. Tahniah buat Fizo Omar & Mawar sekeluarga atas ikatan perkahwinan ini, semoga kekal bahagia selamanya. (rtky/bsr) |
| Khairy Jamaluddin Tewaskan Aaron Aziz Posted: 09 Nov 2013 08:03 AM PST Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin telah berjaya menewaskan pesaing terdekatnya, Aaron Aziz dalam kategori Wired Celebrity Award di malam kemuncak Shout! Awards 2013. Kemenangan tersebut adalah tidak dijangkakannya kerana melihatkan persaingan dan pengaruh artis-artis yang bertanding itu amat besar. "Saya tidak menyangkakan kemenangan berpihak kepada saya ini kerana persaingan hebat-hebat belaka," ujarnya yang turut memberitahu bahawa ibunya adalah merupakan inspirasi dalam kejayaanya kini. "Ibu saya merupakan inspirasi saya selama ini dan kejayaan saya datangnya dari berkat doa ibu” Sementara itu, beliau memuji bahawa acara Shout! Awards 2013 adalah merupakan acara muzik yang terbaik. Walaubagaimanapun, hanya sedikit sahaja sesi temuramah bersamanya kerana beliau terpaksa bergegas ke lokasi yang lain kerana mempunyai tugas. (rtky/hfz) |
| Gaya Selebriti Di Karpet Merah Shout! Awards 2013 Posted: 09 Nov 2013 08:03 AM PST Semalam telah berlangsungnya majlis anugerah Shout! Awards 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil yang menyaksikan ramai selebriti hadir membawakan fesyen terkini mereka buat tatapan para peminat di acara karpet merah. Malam tadi juga menyaksikan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin telah memenangi anugerah Wired Celebritiy Award menewaskan beberapa nama popular dalam kategori tersebut seperti Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofea Jane dan Yuna. Penyanyi rap & komposer Joe Flizzow pula diberi pengiktirafan untuk membawa pulang anugerah utama Shout! Awards iaitu The Ultimate Shout! Award. Berikut merupakan senarai penuh pemenang yang di’umumkan malam tadi dan beberapa keping gambar sekitar karpet merah Shout! Awards 2013 yang berlangsung semalam. Rockstar Award : Bunkface |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



























































































































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.