RotiKaya |
Cristina Suzanne Sudah Tetap Tarikh Kahwin Posted: 01 Nov 2013 06:59 PM PDT Pelakon wanita yang berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu, Cristina Suzanne telah memberitahu bahawa dia bakal mengakhiri zaman bujangnya pada tahun hadapan bersamaan dengan tarikh kelahirannya iaitu 22 Januari 1985. "Insya-Allah sekiranya tidak ada aral melintang saya akan berkahwin pada tahun hadapan pada tarikh kelahiran saya iaitu 22 Januari ini bertempat di kediaman saya di Kuantan," katanya. Segala persiapan telah pun diatur dan dibuat oleh keluarganya dalam merencanakan persiapan perkahwinannya yang tinggal hanya lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. "Setakat ini, saya masih juga mencari apa-apa keperluan untuk persiapan perkahwinan dan sementara itu keluarga saya di Kuantan juga turut terlibat dan banyak membantu saya uruskan acara perkahwinan saya yang dijangkakan tidak lebih kurang 2 bulan lagi ini," ujarnya. Selain itu, mengenai kerjayanya Cristina Suzanne bakal muncul dalam beberapa filem yang sudah tamat penggambarannya seperti filem CEO, TUJUH dan JWANITA yang semuanya bakal ditayangkan untuk tatapan para peminat tidak lama lagi. Cristina Suzanne juga turut dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi filem KIL di Anugerah Skrin yang bakal ditayangkan secara langsung pada 29 November ini. (rtky/hfz) |
Posted: 01 Nov 2013 06:37 PM PDT Pelakon yang tercalon menerusi kategori Pelakon Wanita Terbaik Drama sempena Anugerah Skrin 2013, Nad Zainal telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia & kekasihnya masih bersama dan tidak pernah berpisah seperti yang digosipkan oleh sebuah akhbar. "Saya pun tidak tahu mengapa gossip sebegini boleh timbul, walhal saya dan kekasih masih baik dan tidak pernah ada masalah timbul dan dalam hubungan kami. Saya agak terkejut juga apabila ramai orang dan juga peminat saya tweet sana sini tentang hubungan saya ini," ujarnya. Jelasnya lagi, hubungan mereka tidak ada masalah dan kemungkinan besar juga dia menganggap bahawa sekarang ini tidak adanya lagi gambar-gambar mesra di antara dia dan juga kekasih yang di muat naik di laman sosial Instagram. "Memang tidak ada sebarang masalah dalam perhubungan kami, cuma apa yang saya boleh terfikir di sini adalah mungkin disebabkan jarang untuk saya memuat naik gambar-gambar saya bersama dia di Instagram dan disebabkan itu juga orang ramai mula membuat andaian bahawa saya dan dia telah tidak bersama lagi" Dia turut memberitahu bahawa tidak perlulah dia dan kekasih untuk terlalu 'expose' dalam perhubungan mereka seperti menunjuk dan berkepit kemana-mana sahaja sehingga boleh menimbulkan fitnah dan mungkin boleh menjengkelkan orang yang melihatnya. "Dalam setiap perhubungan tidak perlulah untuk kami terlalu 'expose', berkepit sana sini, dan itu sudah bagaikan suami isteri pula apabila keadaan itu terjadi dan seelok-eloknya saya lebih selesa dengan keadaan sekarang di mana pekerjaan tidak perlu dicampur adukkan dengan kisah percintaan," katanya. (rtky/hfz) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.