RotiKaya |
| Perjelas Isu Bayar K-pop RM1.6 Juta — Menteri Mohon Adakan Siaran Langsung Di TV Posted: 09 Oct 2013 06:11 PM PDT Salah satu perkara yang menjadi isu besar selepas laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan adalah tentang bayaran RM1.6 juta kepada barisan bintang pop Korea yang hadir memeriahkan sambutan Hari Belia Negara pada 2012 lalu. Menteri Belia Dan Sukan ketika itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum ini mendakwa yang bayaran sebanyak RM1.6 juta itu di’bayar penaja namun perkara ini di’nafikan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang sendiri beberapa hari lalu. Ahmad Shabery berkata beliau akan memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara (PAC) berhubung isu bayaran artis Korea dan memohon pengurusan parlimen untuk membenarkan penjelasan kepada PAC ini dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung di kaca televisyen. Tindakan yang berani kami kira ketika satu Malaysia masih tertanya tanya duit siapakah yang digunakan untuk membayar artis Korea sebanyak RM1.6 juta itu. Bravo! |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.431) Posted: 09 Oct 2013 09:11 AM PDT VIDEO HARI INI: Ini cara yang kreatif dan kami fikir berkesan untuk promosikan filem — sebuah kafe di kota New York dikejutkan dengan kebolehan seorang gadis menggunakan kuasa psikik. Kalau anda masih peduli, Paris Hilton kini kembali dengan sebuah lagu baru berjudul Good Time & melancarkannya sekali dengan video muzik penuh seksi bersama Lil’ Wayne. – Daily Mail Ibu kepada Kim Kardashian, Kris Jenner mengesahkan telah berpisah setahun lalu dengan suaminya Bruce Jenner yang dikahwini sejak 22 tahun lalu namun tiada permohonan bercerai yang difailkan sehingga kini. – FOX News Konsert jelajah dunia G-Dragon yang bermula Mac 2013 lalu di Seoul, Korea dan dipentaskan di 13 buah bandar & 26 persembahan akan diterbitkan semula dalam bentuk 3D untuk tayangan pagawam dengan tajuk One of a Kind 3-D. – Soompi Farawahida telah mengupah perancang perkahwinan untuk menguruskan hari bahagianya yang dijangka berlangsung pada Disember depan kerana tidak mampu menguruskan perkahwinan itu sendirian kerana sibuk dengan aktiviti nyanyian. – mStar Online Kerana marah dengan aktiviti mereka melanggar privasi beliau secara sesuka hati, Rihanna berkata yang paparazzi di New Zealand lebih teruk dari puak Nazi. Ouch! – Stuff |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.