RotiKaya |
- David Teo Nafi Ada Motif Mahu Jatuhkan Wawa Zainal, Aeril Zafrel
- Fahrin Ahmad Mahu Cari Cikgu Sebagai Calon Isteri
- Siti Nurhaliza Nafi Hamil
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.430)
- Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akan Adakan Sidang Akhbar Khas Jumaat Ini
| David Teo Nafi Ada Motif Mahu Jatuhkan Wawa Zainal, Aeril Zafrel Posted: 08 Oct 2013 06:12 PM PDT Selepas laporan mengatakan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sudah bernikah menjadi perhatian ramai, Wawa Zainal melalui Twitter menulis satu kemaskini yang berbunyi seperti beliau sudah mengetahui siapa dalang di’sebalik penyebaran berita itu. BACA: Wawa Zainal Dakwa Ada Pihak Mahu Dia Bencikan Aeril Zafrel Salah seorang individu yang terpalit dengan tuduhan sebagai dalang di sebalik semua ini adalah David Teo yang merupakan Pengarah Urusan MIG Pictures Sdn Bhd di mana Wawa Zainal bernaung sebagai artis residen. Melalui Berita Harian hari ini, David Teo memaklumkan yang beliau berasa hairan kerana ramai yang beranggapan individu yang dimaksudkan Wawa Zainal dakan status Twitter itu seolah olah merujuk kepada dirinya. BACA: Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akan Adakan Sidang Akhbar Khas Jumaat Ini “Kenapa pula mengaitkan saya mempunyai niat untuk menjatuhkan mereka, sedangkan selama ini saya bersusah payah menaikkan mereka, mahu bagi mereka popular” “Saya ibarat bapa kepada semua artis di bawah naungan MIG, takkan saya mahu lihat anak sata gagal dalam kehidupannya,” jelas David Teo tentang dakwaan itu. Dalam temubual yang sama, David Teo meminta Wawa Zainal untuk menghubungi MIG Pictures bagi membincangkan perihal kerjayanya dan melihat aktres itu mempunyai potensi untuk pergi lebih jauh dalam kariernya. |
| Fahrin Ahmad Mahu Cari Cikgu Sebagai Calon Isteri Posted: 08 Oct 2013 05:38 PM PDT Adakah Fahrin Ahmad serik untuk mencari pasangan hidup dari kalangan selebriti sehingga mahu memfokuskan kriteria bakal isterinya adalah seorang pendidik atau guru. “Saya bukan serik untuk bercinta dengan golongan selebriti tetapi wanita dalam kerjaya tersebut tidak sesuai dengan saya dan saya ingin mencari calon isteri di kalangan orang biasa sahaja” “Saya ingin mencari wanita yang bergelar guru kerana lebih mudah saya menyesuaikan diri tambahan pula ibu, bapa & kakak saya turut bergelar pendidik sebelum ini, jadi ia lebih praktikal” Dalam perkembangan sama, kata Fahrin Ahmad beliau kini masih sendirian dan selesa dengan kehidupan itu selepas keinginan untuk berkahwin semakin terhakis. “Saya sarankan sesiapa yang masih solo supaya segera berkahwin & jangan tunggu usia sudah mencecah 30′an baru hendak fikir tentang soal berumah tangga. “Apabila usia semakin lanjut, kita mula rasa selesa dengan kedudukan kita dan keinginan untuk berkahwin semakin terhakis,” jelasnya lagi. Bagaimanapun kata Fahrin Ahmad lagi, itu bukan bererti beliau tidak mahu berkahwin sebaliknya sudah berusaha mencari calon isteri namun jodoh masih belum menyebelahinya buat masa ini. |
| Posted: 08 Oct 2013 05:20 PM PDT Mungkin kerana para peminat yang tidak sabar untuk melihat pasangan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K menimang cahayamata, ada khabar angin bertebaran semalam mengatakan penyanyi itu kini sedang hamil — siap dengan gambar lagi katanya. Sekeping gambar telah tersebar di Facebook dikatakan menampakkan seolah olah penyanyi itu sedang berbadan dua dan bercakap kepada Harian Metro, Siti Nurhaliza nyata terkejut dengan kisah tersebut dan menafikan yang dirinya kini sedang hamil. “Siti pun tidak tahu dari mana mereka mendapat cerita ini, tetapi ada kemungkinan daripada tweet seorang peminat menerusi Twitter yang bertanyakan soalan mengenai anak. Terus terang, Siti belum ada rezeki lagi, tetapi minta mintalah semua doakan agar ia menjadi kenyataan. "Mungkin juga mereka tak sabar untuk tengok 'baby' Siti, tetapi Siti sendiri lagilah tidak sabar” Apabila ditunjukkan gambar yang menjadi perhatian para peminatnya di Facebook, Siti Nurhaliza hanya tertawa kecil dan menjelaskan yang ianya satu gambar lama. "Itu gambar tiga empat tahun lepas, masa Siti tengah menari dan jaket (yang dipakai) tertarik ke bawah hingga menampakkan perut seperti kembung,” tambahnya lagi. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.430) Posted: 08 Oct 2013 09:07 AM PDT VIDEO HARI INI: Artis jalanan kelahiran Britain, Banksy mengirimkan sebuah video parodi kepada aktiviti pemberontak di Syria ketika ini & hasil seni beliau kali ini menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. – New York Times Kurang setahun selepas tampil secara terbuka tentang isu seksualiti beliau, Jodie Foster dilihat kini sedang berpacaran dengan seorang jurugambar & aktres sambilan, Alexandra Hedison yang pernah juga dikaitkan dengan Ellen DeGeneres. – Huff. Post Ibu mendiang Michael Jackson, Katherine Jackson berkata beliau tidak pernah menyesal apabila memfailkan permohonan saman bernilai US$31 billion terhadap penganjur konsert AEG walaupun kalah kes minggu lalu. – TMZ Bertemu untuk reunion sempena ulangtahun ke 25 siri TV popular, Baywatch salah seorang pelakon mendedahkan yang mereka tidak di’benarkan untuk naik atau turun lebih 2.3 kg berat badan sepanjang terlibat dalam pengambaran. – US Magazine David Beckham dan isterinya Victoria telah menjual kediaman mewah mereka yang terkenal dengan jolokan Beckingham Palace & beberapa jenis kenderaan dengan harga US$19 juta untuk menaiktaraf kehidupan mereka dengan rumah baru bernilai US$70 juta. – NEWS AU PSY menjadi artis kelahiran Korea pertama menjadi penghias muka hadapan majalah fesyen popular dan ternama VOGUE untuk versi Itali, L'Uomo. – Soompi |
| Aeril Zafrel, Wawa Zainal Akan Adakan Sidang Akhbar Khas Jumaat Ini Posted: 07 Oct 2013 10:22 PM PDT Sudah lebih dua hari kisah pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal didedahkan oleh sebuah akhbar namun sehingga saat ini semuanya masih menjadi tanda tanya dan peminat serta media turut berteka teki akan kesahihan laporan tersebut. BACA: Aeril Zafrel Enggan Komen Dakwaan Sudah Nikahi Wawa Zainal Ditemui media di lokasi pengambaran telefilem Cinta Mat Semperit yang akan ditayangkan di TV3 pada Aidiladha nanti, Aeril Zafrel tenang berhadapan soalan berkaitan isu ini & beliau ditemani oleh peguam Zulhasmi Zakaria. Namun, tiada jawapan sahih dari mulut Aeril Zafrel kerana bercadang melakukan satu sidang media khas bersama Wawa Zainal untuk menjawab segala persoalan pada Jumaat ini. “Saya tidak boleh komen buat masa ini dan akan membuat sidang media khas pada Jumaat ini bersama Wawa. Dan segala persoalan akan dijelaskan pada masa itu, tetapi bukan sekarang — sidang media dibuat supaya sebarang kenyataan tidak bercanggah,” ujarnya. BACA: Wawa Zainal Dakwa Ada Pihak Mahu Dia Bencikan Aeril Zafrel Pihak Aeril Zafrel percaya yang ada pihak mahu mengenakan mereka dan khidmat peguam di’perlukan untuk berhadapan dengan isu ini selain berkata sidang media pada Jumaat ini akan dirakam untuk memudahkan siasatan kelak. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.