RotiKaya |
- Isu Pilih Kasih: Syamsul Yusof, Sharifah Amani Bergaduh Di Twitter?
- Hafiz Suip Akui Putus Cinta
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.429)
- Wawa Zainal: Ada Pihak Mahu Saya Benci Aeril Zafrel
| Isu Pilih Kasih: Syamsul Yusof, Sharifah Amani Bergaduh Di Twitter? Posted: 07 Oct 2013 12:21 PM PDT Sejak isu cetak rompak filem arahan beliau, KL Gangster 2 Syamsul Yusof memilih untuk berdiam diri dari memberikan sebarang maklumbalas kepada peminat mahu pun media & ini termasuklah tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem tersebut. Lewat malam tadi, terbaca kemaskini terbaru Syamsul Yusof melalui akaun Twitter yang menjadi medan untuknya berkomunikasi & beliau seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan terbaru Sharifah Amani yang juga di’luahkan melalui Twitter. “Anak @fatibee ni tak puas hati ke ape? Kasar bahasanya. Itu bukan caranya dik. Kurang ajar namanya. Jgn biadap bila bicara. Jgn lupa budi bicara,” tulis Syamsul Yusof tergesa gesa tanpa hiraukan ejaan. #LOL Melihat kembali kepada status Sharifah Amani (anak kepada Fatimah Abu Bakar jika anda tidak tahu), rupanya pelakon yang kini merupakan juri tetap Akademi Fantasia 2013 ini tidak berpuas hati dengan layanan pilih kasih oleh pihak tertentu yang memihak kepada KL Gangster 2. Di atas merupakan salah satu kemaskini Twitter Sharifah Amani terdahulu dan anak seni ini turut menulis yang beliau meluahkan apa yang terbuku kerana sayangkan industri perfileman tempatan dan mahu semua pihak yang terlibat untuk konsisten serta sistematik. Menjawab kemaskini Syamsul Yusof yang mempersoalkan motif kenyataan Sharifah Amani itu, aktress ini membalas yang ianya bukan bersifat peribadi tetapi lebih kepada terganggu dengan sistem pilih kasih yang berlaku dan tidak berniat mempersoalkan rezeki Syamsul Yusof. |
| Posted: 07 Oct 2013 12:07 PM PDT Nampaknya nasib baik tidak menyebelahi Hafiz Suip sekali lagi dalam arena percintaan apabila penyanyi ini sendiri mengakui hubungan bersama seorang teman lama telah berakhir. Hafiz Suip yang sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi Adira AF, mula kelihatan semakin mesra dengan seorang penuntut sebuah universiti yang berasal dari Sarawak sejak awal tahun ini selepas hubungan mereka berdua mendapat restu keluarga. Namun, penyanyi yang tercalon di MTV European Music Awards 2013 ini enggan mengulas lanjut tentang punca perpisahan mereka dan cukup dengan mengatakan ianya atas sebab peribadi. “Saya anggap semua ini berbalik kepada takdir. Siapa kami untuk menolak ketentuan-Nya?” “Memang antara saya dengan dia sudah tiada apa apa, tetapi saya amat menghormati diri dan keluarganya. Jadi, kurang elok andai saya bercerita lebih lanjut mengenai kami. Cukuplah kalau saya katakan, hubungan kami sudah berkahir atas sebab peribadi,” jelasnya. |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.429) Posted: 07 Oct 2013 09:03 AM PDT VIDEO HARI INI: Laporan menyebut yang perisian terbaru peranti Apple, iOS 7 membuatkan ada pengguna pening kepala dan ini merupakan penyelesaian terbaik kami rasa. Heh. Walaupun terpaksa berhadapan dengan isu penyebaran salinan filem secara tidak sah, KL Gangster 2 sehingga hari ini telah berjaya mengutip lebih RM3.1 juta selepas tiga hari tayangan di pawagam Malaysia. Not bad huh? – mStar Online Peminat Justin Bieber atau tidak, dengarkan lagu baru penyanyi ini berjudul Heartbreaker yang baru sahaja di’lancarkan semalam dan beliau akan melancarkan sebuah lagu baru setiap minggu selama 10 minggu bermula minggu ini. – Just Jared Scarlett Johansson sekali lagi terpilih sebagai Sexiest Woman Alive untuk 2013 oleh majalah Esquire dan ini merupakan gelaran kali kedua untuknya selepas tahun 2006 juga wanita pertama menerima gelaran ini sebanyak dua kali. – USA Today Anggota kumpulan 2AM, Jinwoon telah terlibat dengan satu kemalangan malam kelmarin selepas kereta yang dipandu bertembung dengan lori 25 tan & beliau telah selamat menjalani pembedahan di pergelangan kaki kanan semalam. – Soompi Kaki judi mula mempertaruhkan wang mereka tentang bilakah Putera Harry akan melamar teman wanitanya Cressida Bonas selepas sebuah media UK melaporkan yang putera itu mungkin akan berkahwin pada tahun 2014. – People |
| Wawa Zainal: Ada Pihak Mahu Saya Benci Aeril Zafrel Posted: 06 Oct 2013 11:14 PM PDT Sekarang ini kita semua dalam keadaan kenyataan sebelah mana boleh kita percaya. Laporan terperinci sebuah akhbar hujung minggu lalu atau kenyataan Twitter dua orang pelakon ini yang sebenarnya tidak menjawab apa apa. BACA: Aeril Zafrel Enggan Komen Dakwaan Sudah Nikahi Wawa Zainal, Ada Anak Menerusi akaun Twitter beliau, Wawa Zainal mengulas kontroversi terbaru yang melanda dirinya & Aeriz Zafrel tetapi pula tidak memberikan penjelasan sebenar selain mengakui masih belum berkahwin dan seakan menjamin semuanya akan terjawab suatu masa nanti. Wawa Zainal menulis yang beliau kenak siapa Aeril Zafrel dan tahu ada pihak tertentu yang berusaha untuk membuatkan dirinya membenci pelakon lelaki popular itu. Wawa Zainal juga berharap yang Aeril Zafrel terus tabah sehingga sampai masanya. “Saya kenal Aeril Zafrel dan orang orang yang memang dari dulu mahu saya membenci pada dia & memang ada niat menjatuhkannya. Semoga dia terus tabah sampai masanya” Dalam beberapa kemaskini terbaru melalui Twitter beliau juga Wawa Zainal turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan dirinya dan Aeril Zafrel. Hmm. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.