RotiKaya |
| Nora Danish Nafikan Terima Hadiah Rumah Mewah, Ferrari Dari Kekasih Posted: 06 Oct 2013 05:45 PM PDT Nora Danish sekali lagi memberi kenyataan tidak mengiyakan hubungan cinta antara beliau dan Nedim Nazri selain terbuka dengan apa apa persepsi orang ramai terhadap hubungan mereka berdua yang rapat ketika ini. Ketika hubungan Nora Danish & Nedim Nazri menjadi perhatian ramai, timbul khabar angin yang mengatakan anak lelaki seorang VVIP itu telah membeli rumah mewah bernilai RM7.2 juta untuk di’hadiahkan kepada Nora Danish selain sebuah Ferrari. BACA: Nedim Nazri Beli Rumah Dengan Nilai RM7.2 Juta? Bercakap kepada GUA baru baru ini, Nora Danish menafikan ada menerima hadiah semewah itu dari Nedim Nazri & tidak merasakan yang lelaki itu sanggup membelikan hadiah semahal itu untuk dirinya selain menganggap semua ini hanya fitnah. “Saya agak terkejut dan tidak tahu menahu pun mengenai isu ini. Setahu saya, rumah itu adalah hadiah untuk ibunya dan dia bukan beli untuk saya. Takkanlah dia hendak beli hadiah semahal itu untuk saya. Malah, isu kereta Ferrari pun tidak benar kerana saya tidak pakai pun kereta jenama tersebut,” jelas Nora Danish. “Orang suka buat andaian dan sejujurnya, saya kesian pada dia kerana orang asyik bercakap pasal reputasi jahat dia saja. Jangan kaitkan apa yang dia buat dengan saya kerana memang dia tidak beli hadiah yang dimaksudkan itu untuk saya. Di sini saya ingin tegaskan yang isu ini tidak betul sama sekali dan ia adalah fitnah semata-mata” |
| Aeril Zafrel Enggan Komen Dakwaan Sudah Nikahi Wawa Zainal, Ada Anak Posted: 06 Oct 2013 05:02 PM PDT Semalam menerusi laporan Berita Harian, Aeril Zafrel di’khabarkan sudah sah bernikah dengan Wawa Zainal & mereka juga sudah pun menimang seorang cahayamata pada 24 Ogos 2013 yang lalu selepas bernikah pada 4 Februari tahun ini. BACA: Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sudah Nikah 4 Februari Lalu (ext.) Aeril Zafrel menulis di akaun Twitter beliau semalam sebagai respons kepada cerita ini memberi gambaran apa yang di’tulis wartawan Berita Harian itu sebagai senjata terakhir pihak tertentu untuk mengaibkan dirinya. “Alhamdulillah, ‘mereka’ telah keluarkan ‘senjata terakhir’ seperti yang dijangkakan. Terlalu naif ‘mereka’ yang lontar batu sembunyi tangan ini,” tulis pelakon yang popular dengan drama Cinta Jannah di TV3 ini, semalam. Beliau turut berkata yang sampai masanya nanti beliau akan dedahkan siapa & apakah tujuan sebenar mereka melakukan perkara ini — sementara itu beliau juga meminta mereka yang ingin kepastian menghubungi sendiri wartawan yang menulis kisah tersebut. Laporan mStar Online hari ini juga menyebut pelakon ini belum bersedia untuk memberikan komen lanjut tentang isu pernikahan dengan Wawa Zainal ini tetapi ada cadangan mengambil tindakan mahkamah. “Buat masa sekarang Aeril tidak mahu beri sebarang komen tentang perkara tersebut tatapi dia beritahu saya bahawa dia akan mengambil tindakan mahkamah, apa-apa pun tunggu kenyataan dia nanti,” ujar pembantu peribadi Aeril Zafrel. Yang penting, di mana Wawa Zainal? |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |














No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.