RotiKaya

RotiKaya


Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As’ari

Posted: 30 Oct 2013 05:20 PM PDT

Desas-desus mengatakan bahawa sebelum ini Johan Asaari berkawan rapat bersama seorang selebriti terkenal tanah air iaitu Shila Amzah.

Bertemu Shila Amzah semasa pelancaran albumnya, telah terungkai segala-galanya apabila diberitahu bahawa dia dan Johan Asaari hanyalah merupakan teman rapat sahaja. Tetapi apabila menonton video klip yang di persembahkan melalui lagu berjudul Masih Aku Cinta ternyata menguatkan lagi persepsi yang mengatakan bahawa mereka bercinta.

“Sebenarnya saya dan Johan memang sudah saya kenali sejak tahun 2010, dan selepas itu kami membawa haluan masing-masing. Saya juga tidak menyangka bahawa hubungan sebagai teman ini membawa kepada buah mulut orang ramai”

“Untuk video klip Masih Aku Cinta pula, sejujurnya ada beberapa orang pelakon yang telah disenarai pendekkan dan saya beserta pengarah klip video tersebut, saudara Ghaz Abu Bakar telah memilih Johan sebagai pelakon kerana dia memenuhi kriteria yang sesuai dalam klip video itu,” ujarnya.

Shila Amzah juga tidak menyangka bahawa ibunya sendiri sudah lama mengenali ibu Johan As’ari dan mereka selalu berhubung sesama mereka.

“Saya sendiri pun tidak menyangka bahawa ibu saya mengenali ibu Johan dan mereka berdua merupakan sahabat dan selalu berhubungan”

Jodoh dan pertemuan merupakan hak Allah S.W.T dan bagi selebriti antarabangsa, Shila Amzah dia tidak menolak ketentuan takdir sekiranya ditakdirkan untuk berkahwin dengan jejaka itu.

“Saya tidak meletakkan target untuk mengakhiri zaman bujang, dan tidak meletakkan syarat-syarat tertentu dan asalkan dia menghormati saya dan yang terutamanya kedua-dua ibubapa saya. Pengalaman lepas banyak mengajar kehidupan saya dan kini saya lebih matang dan lebih suka berterus terang dalam membuat sesuatu keputusan. Sekarang saya lebih positif dan menuju ke hadapan dalam merentasi fasa kehidupan,” katanya bersungguh-sungguh. (rtky/hfz)

#70 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #71 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #72 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #73 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #74 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #75 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #76 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #77 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA #78 Shila Amzah Terima Jika Jodoh Dengan Johan As'ari - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.441)

Posted: 30 Oct 2013 09:50 AM PDT

VIDEO HARI INI: Sebuah kumpulan a cappella, Pentatonix dalam usaha mempromosikan album terbaru mereka PTX Vol. 2 telah melancarkan mashup lagu lagu popular Beyoncé baru baru ini dan ianya da bomb!

Antara filem yang kami nantikan telah di’umumkan tarikh tayangan baru, The Wolf of Wall Street akan ke pawagam 25 Disember ini dan sila tonton trailer terbaru yang menampilkan Leornado DiCaprio di’samping barisan pelakon hebat lain. – Just Jared

Selepas ditahan kerana mengasari seorang lelaki hujung minggu lalu, Chris Brown telah memilih untuk memasuki pusat pemulihan dengan niat untuk kembali fokus dalam kehidupan dan karier dari sudut yang lebih positif. – People

Filem terbaru beliau The Alumni akan ke pawagam tidak lama lagi & peminat ahli kumpulan Big Bang, T.O.P ada sebab untuk lebih teruja apabila beliau dikhabarkan akan kembali dengan aktiviti seni secara solo sekitar November ini. – Soompi

Dalam tembual terbaru bersama Ryan Seacrest, Kanye West berkata yang tunangnya Kim Kardashian merupakan individu yang lebih berpengaruh berbanding presiden Barack Obama & patut menjadi wajah muka hadapan majalah VOGUE. – NY Daily News

Konsert Lantera Timur yang berlangsung September lalu telah menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza mencatat sejarah sebagai artis solo pertama mengutip jualan tiket dengan jumlah RM1 juta di Istana Budaya, Kuala Lumpur. – mStar Online

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...