RotiKaya |
- Ashraf Muslim & Wan Sakinah Bakal Bersanding Di Ipoh November Ini?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.428)
- Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pagi Tadi
| Ashraf Muslim & Wan Sakinah Bakal Bersanding Di Ipoh November Ini? Posted: 03 Oct 2013 10:43 AM PDT Jika berita yang sedang di’bicarakan ramai ini benar belaka, maka rasanya ini’lah peluang para peminat dunia hiburan untuk melihat pasangan ini bersama di hadapan lensa kamera buat kali pertama — sejak apa sahaja kontroversi yang di’cetuskan mereka. BACA: Ashraf Muslim, Wan Sakinah Habiskan Masa Bersama Menonton Wayang Dalam berdebar menanti kelahiran bayi sulung bersama isteri kedua, Ashraf Muslim khabarnya ketika ini sedang sibuk membuat persiapan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di kampung Wan Sakinah di Ipoh, Perak. Portal hiburan Murai menulis yang pelbagai persiapan sudah pun dijalankan oleh pasangan ini termasuk baju pengantin dan juga pelamin yang bakal disediakan oleh sebuah perancang perkahwinan terkenal — meriah juga nanti agaknya. Khabarnya juga baru baru ini Ashraf Muslim ada membuat kejutan buat isterinya, Wan Sakinah bersempena dengan ulangtahun kelahiran beliau dengan menikmati percutian ringkas di hotel mewah. Sayang betul ‘kan? |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.428) Posted: 03 Oct 2013 09:18 AM PDT VIDEO HARI INI: Rahat Hussein kembali lagi dengan prank klasik beliau namun kali ini dengan kehadiran tengkorak hidup, eh. Selamat berhujung minggu! Kini sedang sibuk mempromosikan filem terbarunya Don Jon, Joseph Gordon-Levitt berkata beliau mungkin tidak akan berlakon watak sidekick Batman yang bakal dibawa Ben Affleck sekuel Man of Steel kelak. – US Magazine Seorang gadis Korea Selatan muncul dalam satu program TV menceritakan pengalaman beliau menjalani beberapa pembedahan plastik supaya wajahnya boleh kelihatan seperti supermodel terkenal, Miranda Kerr. – Soompi Ketika melancarkan koleksi pakaian terbaru beliau, vokalis Maroon 5, Adam Levine menjelskan yang inspirasi fesyennya selama ini datang daripada watak fiksyen, Batman. – People Bintang The Big Bang Theory, Kaley Cuoco baru baru ini mendedahkan yang tunangnya Ryan Sweeting memulakan ‘pergaduhan’ kecil sebelum menamatkan semua itu dengan lamaran untuk mereka bertunang. Aww. – NY Daily Penyanyi senior Sinead O’Connor yang juga merupakan inspirasi kepada video muzik Wrecking Ball menasihatkan Miley Cyrus dengan perjalanan kariernya ketika ini kerana mereka dalam industri hiburan hanya akan melayan dirinya sebagai ‘pelacur’ murahan. – Too Fab |
| Nurul Wahab Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pagi Tadi Posted: 02 Oct 2013 09:37 PM PDT Hebat juga Nurul Wahab, baru pagi tadi selamat bersalin tengah hari ini sudah menulis di blog rasmi beliau menceritakan proses kelahiran bayi sulung beliau bersama suami, Eric Depp. Nurul Wahab menulis yang beliau telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 10.28 pagi tadi secara normal dan memberikan nickname Baby Z kepada anak kedua beliau ini. “Syukur alhamdulillah aku dah selamat melahirkan baby 'Z' jam 10:28 pagi tadi. Baby sihat dan begitu juga aku. Baby 'Z' dilahirkan secara normal dan beratnya 3.026 kg. semuanya okay” “Aku sakit tak lama. Bermula jam 10:30 malam semalam – 1 jam sekali sakitnya – jam 3.00 pagi langsung ke hospital. Syukur alhamdulillah berkat doa semua, pengalaman kedua ini amat mudah bagi aku,” tulis Nurul Wahab sebentar tadi. Nurul Wahab dan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis telah mendirikan rumah tangga pada 6 Jun 2012. Hasil perkahwinan pertamanya dengan komposer terkenal Ajai, penyanyi itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah, berusia 15 tahun. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.