RotiKaya

RotiKaya


Maya Karin Akui Kini Bercinta, Pilih Jejaka Inggeris

Posted: 29 Oct 2013 06:07 PM PDT

Walaupun tanpa produk filem atau drama baru yang menampilkan pelakon ini, kisah peribadi beliau tetap menjadi perhatian ramai lebih lebih lagi kisah cintanya dan hari ini Maya Karin sendiri akui hatinya sudah di’miliki seseorang.

Menariknya walaupun pernah di’kaitkan dengan beberapa orang jejaka tempatan termasuk Remy Ishak sebelum ini, hati Maya Karin nampaknya masih kuat untuk terpaut dengan jejaka kulit putih.

“Biarlah saya merahsiakannya dulu. Sebenarnya, saya tidak memilih mana-mana lelaki. Namun, mungkin sudah ditakdirkan untuk bertemu semula dengan lelaki berkulit putih,” ujarnya.

Maya Karin bagaimanapun mendedahkan yang kekasihnya itu merupakan seorang yang terlibat dalam dunia hiburan. Cuma dunia hiburan negara mana tidak pula di’pastikan, ramai mana jejaka Inggeris dalam industri hiburan negara kita ‘kan?

“Saya sudah kenal lama dengan dia, tetapi hubungan ini masih pada peringkat awal dan biarlah hubungan ini berkembang dengan baik dan doakanlah yang terbaik buat saya," tambah Maya Karin yang mengakui bersedia untuk berkahwin lagi.

Tonton Trailer Pertama Untuk ‘X-Men: Days of Future Past’

Posted: 29 Oct 2013 05:22 PM PDT

Kami jarang paparkan trailer filem secara individu namun untuk filem terbaru ini X-Men: Days of Future Past, kami lakukan pengecualian — kerana ianya cukup awesome.

Trailer pertama berdurasi 140 saat ini mengesahkan jalan cerita dua generasi berbeza yang bertembung untuk mengelakkan krisis besar di masa hadapan dalam dunia mutant dan filem ini diarahkan oleh pengarah asal filem X-Men, Bryan Singer.

Kita dapat lihat di penghujung trailer yang mana akan berlakunya pertembungan satu dengan satu antara watak Xavier dari masa lampau (James McAvoy) dan Xavier dari masa sekarang (Patrick Stewart) yang penuh emosi.

X-Men: Days of Future Past akan mula berada di pawagam 23 Mei 2014.

Fida Ibrahim Nafikan Kahwin Pengurus Sendiri

Posted: 29 Oct 2013 05:08 PM PDT

Siapalah artis Malaysia dalam dunia seni tanpa kontroversi sebegini bukan? Fida Ibrahim yang baru baru ini terpalit isu lari dari lokasi penggambaran kini khabarnya telah berkahwin senyap senyap di selatan Thailand.

Lebih menarik, Fida Ibrahim di’dakwa bernikah dengan pengurus peribadi beliau sendiri yang di’kenali sebagai Shah di kalangan media & pelakon ini mencipta kontroversi percintaan dengan Zalif Sidek untuk sembunyikan hubungan mereka.

“Kahwin? Kalau betul saya telah berkahwin sila kemukakan bukti. Cerita saya kahwin secara senyap sebenarnya sudah timbul sejak dulu lagi. Sebelum ini, saya pernah juga didakwa berkahwin secara senyap dengan seorang VIP”

“Sekarang, saya didakwa pula berkahwin secara senyap dengan pengurus sendiri. Sebenarnya, ada orang yang cuba mereka cerita mengenai perkahwinan saya,” jawab Fida Ibrahim.

Beliau yang akan turut menyertai program realiti Maharaja Lawak Mega 2013 juga menjawab isu inai yang sering menghiasi jari dengan mengatakan ianya sekadar hiasan dan tidak ada kena mengena dengan sebarang pernikahan seperti di’khabarkan.

Sebelum itu, boleh berlawak ‘kah Fida Ibrahim?

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...