RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah

Posted: 27 Oct 2013 05:36 PM PDT

Awal bulan ini kami ada menulis khabar angin yang mengatakan pasangan Ashraf Muslim & Wan Sakinah akan mengadakan majlis resepsi di kampung pengantin perempuan di Ipoh, Perak sekitar bulan November akan datang.

Rupa rupanya majlis resepsi perkahwinan pasangan ini telah pun berlangsung semalam & hari ini kami ada menerima beberapa keping gambar sekitar majlis tersebut yang dirakamkan oleh jurugambar professional, Colour Pictures.

Tidak banyak yang boleh kami tulis tentang resepsi perkahwinan Ashraf Muslim dan Wan Sakinah setakat ini, namun sementara maklumat sampai eloklah anda semua yang ingin menatap wajah pengantin baru ini layari seleksi gambar di’bawah. Enjoice!

#31 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #32 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #33 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #34 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #35 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #36 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #37 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #38 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA #39 Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Ashraf Muslim & Wan Sakinah - ROTIKAYA

Adam AF Nafikan Perkahwinan Goyah, Bergaduh Besar

Posted: 27 Oct 2013 05:11 PM PDT

Semalam sisipan popular Berita Harian ada menulis yang perkahwinan Adam AF & Fiza Elite kini sedang di’landa masalah gara gara satu insiden yang menimbulkan perasaan cemburu sekaligus mencetuskan pergaduhan antara mereka.

Adam AF khabarnya cemburu apabila Fiza Elite secara kebetulan bertemu dan berbual dengan bekas kekasih di sebuah stesen minyak. Perkara ini berlarutan apabila mereka pulang ke rumah apabila Adam AF mula mengungkit kisah lama dan Fiza Elite meninggi suara.

Hebat juga sumber tersebut bila situasi dalam rumah pun tahu.

Menerusi laporan Kosmo! hari ini, Adam AF tidak menafikan kejadian bertembung dengan bekas kekasih Fiza Elite di stesen minyak tetapi menafikan terjadinya sebarang pergaduhan besar seperti yang dilaporkan sehingga menyebabkan rumahtangga mereka goyah.

“Ya, memang ada pertemuan berlaku tetapi apa yang terjadi selepas itu bukan pergaduhan — sebaliknya perbincangan atau muzakarah antara suami dan isteri. Saya sekadar menasihati isteri saya,” ujar Adam AF yang turut menafikan isterinya itu meninggi suara dengannya.

“Saya tidak redha dengan apa yang ditulis oleh wartawan itu. Dalam setiap rumah tangga, Allah akan berikan ujian. Kalau benar sekalipun pergaduhan terjadi, ia tidak perlu dihebah-hebahkan”

Adam AF dan Fiza Elite bernikah pada 26 September 2013 dan perkahwinan mereka mendapat perhatian ramai kerana pengumuman yang datang tiba tiba.

#01 Adam AF Nafikan Perkahwinan Goyah, Bergaduh Besar - ROTIKAYA

Fizo Omar, Mawar Bakal Nikah Dua Minggu Lagi

Posted: 27 Oct 2013 09:05 AM PDT

Pantas kami lihat perkembangan hubungan cinta antara pelakon Fizo Omar dan model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim selain kisah mereka rancak menjadi bualan ramai peminat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Fizo Omar dijadualkan membuat pengumuman tarikh pernikahan beliau dengan Mawar hari ini (27 Oktober 2013) di The Curve, Damansara tetapi laporan Utusan Malaysia menyebut yang majlis bahagia mereka akan berlangsung dua minggu dari sekarang.

“Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar,” ujar Fizo Omar.

Fizo Omar turut memberitahu yang majlis pernikahan mereka nanti bakal menjadi majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupan beliau namun akan tetap mementingkan keserdahanaan.

Siti Saleha Akui Kini Sedang Bercinta Dengan Lelaki Eropah

Posted: 27 Oct 2013 09:02 AM PDT

Pelakon yang kini sedang hangat di pawagam seluruh Malaysia melalui filem Balada Pencinta, Siti Saleha nampaknya tidak sesekali menyorok apabila diajukan soalan berbaur peribadi lebih lebih lagi tentang status dirinya ketika ini.

Lama tidak mendengar kisah peribadi beliau, Siti Saleha jujur mengakui yang dirinya kini sedang menjalin hubungan dengan seorang jejaka berasal dari Eropah dan hubungan ini sudah terjalin sejak empat bulan yang lalu.

“Biasalah kita perlukan warna dalam kehidupan ini & benar, saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang bekerja di negara ini”

“Tetapi ia masih pada fasa perkenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru berumur 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin”

Siti Saleha turut berkata yang beliau mehu tumpukan perhatian kepada kerjaya seninya ketika ini sebelum memikirkan alam perkahwinan yang jauh lebih besar tanggungjawabnya nanti.

#21 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #17 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #18 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #20 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #19 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA #16 Siti Saleha Akui Bercinta Dengan Lelaki Eropah - ROTIKAYA

Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan

Posted: 27 Oct 2013 09:01 AM PDT

Kami suka dengar kisah selebriti tempatan yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan, tidak kiralah apa pun jenis. Ianya seperti satu usaha untuk melihat jauh ke hadapan dari sekadar berharap kepada industri yang jujurnya tidak menentu turun naik.

Terbaru, Zizan Razak telah membuka sebuah restoran burger baru di Damansara Perdana yang merupakan francais Burgerbyte yang berpangkalan di Sentul.

“Saya merupakan antara penggemar burger dan apabila melihat konsep hidangan pelbagai jenis yang disediakan, membuatkan hati saya terbuka untuk membuka restoran ini secara francais”

“Memandangkan sudah lama saya berniat untuk membuka perniagaan makanan, hasrat itu saya teruskan dengan menjadi pengusaha restoran ini bersama rakan kongsi saya, Rostam Affendy Abd Rahim,” ujar Zizan Razak yang ditemui.

Zizan Razak menambah yang beliau mungkin tidak akan berada sepanjang masa di restoran ini tetapi akan tetap mencuri masa untuk datang menguruskannya kerana ini sudah menjadi satu tanggungjawab baru untuk dirinya. Go Zizan Razak!

#30 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #29 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #28 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #27 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #26 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #25 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #24 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #23 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA #22 Zizan Razak Buka Restoran Burgerbyte & Percaya Produk Tempatan - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.439)

Posted: 27 Oct 2013 09:00 AM PDT

VIDEO HARI INI: Ini Joyce Jimenez dan beliau seorang gadis buta dari Filipina. Ini satu lagi bukti nyata yang Wrecking Ball sebuah lagu yang bagus jika anda tidak menonton video muziknya.

Walaupun hubungan mereka telah sah putus, nampaknya Miranda Kerr dan Orlando Bloom tidak sesekali bersengketa dan ini ditunjukkan baru baru ini apabila mereka di’lihat keluar bersama di New York, bersama anak mereka Flynn. – People

Ada khabar baru menyebut yang selebriti remaja Zac Efron dan Lily Collins kini kembali bercinta dan dilihat keluar bersama beberapa kali selepas percintaan mereka sekitar tahun lalu hanya bertahan selama tiga bulan. – Entertainment Wise

Satu lagi perkahwinan penuh kejutan dari selebriti Hollywood dan kali ini giliran Christina Ricci yang khabarnya sudah sah bergelar isteri kepada James Heerdegen pada Sabtu lalu dalam satu majlis tertutup di New York. – US Magazine

Dalam satu temubual terbaru bersama stesen TV KBS ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon berkata yang beliau tidak merancang untuk meninggalkan syarikat pengurusan karier beliau iaitu YG Entertainment kerana sudah menganggap syarikat itu seperti keluarga sendiri. – Soompi

Pekin Ibrahim tampil memberikan penjelasan yang isu putus tunang dengan Uqasha Senrose tidak lebih dari sekadar salah faham dan mengakui ini memang salahnya selain tetap dengan perancangan untuk berkahwin tahun hadapan. – Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...