RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.438)
- Nora Danish: Jika Sudah Jodoh Dengan Pekebun Pun Sudi
- Pek Astro On-The-Go Direka Khas Untuk Kepuasan Anda!
- Uqasha Senrose Dakwa Putus Cinta Kerana Sikap Baran Pekin Ibrahim
- Faizal Ismail Letak Jawatan & Tinggalkan Hot FM?
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.438) Posted: 24 Oct 2013 09:00 AM PDT VIDEO HARI INI: Ini menarik, PBS Digital Studio menerbitkan sebuah video animasi memaparkan temubual sekitar tahun 1993 dahulu dengan ikon dunia muzik alternatif ketika itu, Kurt Cobain. Sedikit terlambat kami kongsikan tetapi tidak mengapa, Neelofa dalam kenyataan terbaru berkata yang beliau merancang untuk meninggalkan dunia seni sebelum umur 30 tahun untuk tumpukan perhatian kepada perniagaan. – mStar Online Khabar terbaru menyebut yang pasangan bercinta Chris Evans & Minka Kelly kini telah berpisah dan ini merupakan kali kedua mereka memutuskan hubungan selepas kali pertama pada tahun 2007 yang lalu. Jodoh itu misteri ‘kan? – Just Jared Ini satu pengakuan yang agak creepy, Katy Perry dalam satu temubual bersama peminat baru baru ini mengakui yang beliau pernah menyimpan segumpal rambut milik Taylor Swift dan Miley Cyrus dalam beg tangan beliau. Eww. – US Magazine Pelakon dan penyanyi berbakat Korea, Jang Nara melancarkan video muzik untuk lagu terbaru beliau berjudul Love dan ini merupakan lagu pertama beliau dalam tempoh 18 bulan. – Soompi Ramai yang tahu penyanyi ini siap menyewa stadium untuk melamar kekasihnya dan kali ini anda boleh menonton video sepanjang proses lamaran Kanye West terhadap Kim Kardashian yang berlangsung baru baru ini. Meriah bak hang. – People |
Nora Danish: Jika Sudah Jodoh Dengan Pekebun Pun Sudi Posted: 23 Oct 2013 11:21 PM PDT Let’s go back to Nora Danish & Nadeem Nazri, shall we? Selepas kisah mereka berdua bercuti ke benua Eropah menjadi perhatian ramai, pastinya banyak mulut mulut yang tidak mampu dikawal dari bercakap dan meninggalkan komen yang bukan bukan di akaun Instagram pasangan ini. BACA: Nora Danish, Nadeem Nazri Ke Eropah Pula Untuk Bercuti Semalam, Nora Danish dan Nadeem Nazri memberikan kenyataan balas tentang isu ini kepada semua yang di’anggap tidak berpuas hati dengan kehidupan yang mereka jalani lebih lebih lagi hubungan cinta yang mereka jalinkan ketika ini. Kenyataan di atas dikeluarkan oleh Nora Danish sebelum kembali mengirimkan gambar penuh seni dan romantis mereka berdua yang masih berada di Eropah ketika ini. Kami sebenarnya lebih tertarik dengan kenyataan Nadeem Nazri ini. Ya, anda semua yang rasa cemburu dengan gaya hidup Nadeem Nazri perlu mula bekerja keras untuk memiliki cukup wang & seterusnya mampu menikmati hidup seperti beliau. Sementara itu, ini lagi beberapa keping gambar Nora Danish & Nadeem Nazri. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pek Astro On-The-Go Direka Khas Untuk Kepuasan Anda! Posted: 23 Oct 2013 09:39 PM PDT Menonton rancangan kegemaran anda kini bukan sahaja terhad kepada kaca & peti televisyen di rumah dan dengan Astro On-The-Go, anda boleh menonton program yang anda ikut di mana mana sahaja pada bila bila masa. Jika anda fikir Astro On-The-Go hanya boleh diakses oleh mereka dengan langganan TV Astro, anda silap. Astro On-The-Go tidak memilih kasih dan sesiapa sahaja kini boleh mengakses rancangan yang ditawarkan melalui aplikasi hebat ini. Terbaru, Astro On-The-Go tampil dengan pek-pek yang direka khas untuk kepuasan anda menonton dengan menawarkan berita dan acara siaran langsung, pilihan filem, komedi dan drama tempatan yang terbaik serta banyak lagi tanpa langganan TV Astro! Astro On-The-Go Pack 1 menawarkan seleksi program komedi dan drama tempatan serta antarabangsa, telenovela & dokumentari dokumentari Muslim termasuklah akses segera kepada koleksi terbesar program-program popular yang lain. Program popular lain yang dimaksudkan di sini adalah terdiri dari program terpilih dari saluran Astro RIA Plus, Astro OASIS, Astro WARNA, Astro Bella dan One HD. Ini termasuklah siri televisyen Benci vs Cinta, Mira Sofea, rancangan bual bicara Salam Muslim, 3 Ustazah, program hiburan popular MeleTOP, rancangan variasi Betul Ke Bohong dan Sembang Teh Tarik yang kedua duanya dikendali oleh pengacara hebat AC Mizal. Lebih menarik, jika anda mendaftar untuk melanggan pakej Astro On-The-Go anda berpeluang untuk memenangi hadiah mingguan berupa AKG K309 In-ear headphones hadiah utama berupa JBL Charge portable stereo speaker — untuk menemani anda ketika menikmati program kegemaran anda di Astro On-The-Go. Tawaran Astro On-The-Go dengan Pack 1 ini boleh didapati dengan harga RM30 sebulan atau langgan secara harian dengan harga RM5 per hari. Dapatkan maklumat lanjut berkaitan Astro On-The-Go dan pelbagai tawaran lain di laman rasmi mereka. |
Uqasha Senrose Dakwa Putus Cinta Kerana Sikap Baran Pekin Ibrahim Posted: 23 Oct 2013 06:52 PM PDT Uqasha Senrose hari ini tampil nafikan semua dakwaan yang dirinya mempunyai hubungan sulit dengan Sharnaaz Ahmad sehingga menyebabkan cinta dengan Pekin Ibrahim kini putus. Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Uqasha Senrose dalam nada sedih & kecewa menafikan yang dirinya menjalinkan hubungan cinta dengan Sharnaaz Ahmad dan tidak menyangka Pekin Ibrahim sanggup memburukkan dirinya sedemikian rupa. BACA: Sharnaaz Ahmad Nafikan Ada Hubungan Dengan Uqasha Senrose "Saya tidak sangka seorang pelakon yang sudah 16 tahun dalam industri tergamak memberikan kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dahulu dengan saya. Saya tiada hubungan langsung dengan Sharnaaz," ujar Uqasha Senrose. Uqasha Senrose dalam kenyataan sama seakan tidak menafikan yang hubungan mereka berdua sudah putus tetapi ianya bukan kerana orang ketiga, lebih kepada sikap panas baran & kasar Pekin Ibrahim yang tidak berfikir panjang dalam membuat keputusan. “Kami bergaduh dan kemudiannya putus bukan disebabkan orang ketiga. Ia berpunca dari sikap kasar dan panas barannya. Walaupun dia tidak pernah memukul saya tetapi dia sering memarahi dan memutus hubungan kami. Selang lima minit kemudian dia akan memujuk saya semula” Uqasha Senrose yang mengakui masih sayang dan cinta kepada Pekin Ibrahim meminta pelakon itu kemukakan bukti jika benar seperti didakwa dalam kenyataan sebelum ini. BACA: Pekin Ibrahim Dakwa Ada Bukti Uqasha Senrose Berlaku Curang ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Faizal Ismail Letak Jawatan & Tinggalkan Hot FM? Posted: 23 Oct 2013 06:16 PM PDT Pagi ini melalui akaun Twitter beliau, Faizal Ismail menulis satu kemaskini yang membuatkan para peminat tertanya tanya. Faizal Ismail menulis yang beliau secara rami meletakkan jawatan sebagai penyampai radio Hot FM berkuatkuasa serta merta. “Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan saya sebagai penyampai (radio) Hot FM dengan notis berkuatkuasa hari ini 24 oktober 2013,” tulis Faizal Ismail ringkas & kemaskini itu kini menerima hampir 500 retweets sehingga artikel ini dikeluarkan. Rata rata peminat yang memberikan maklum balas terhadap kenyataan Faizal Ismail ini sedih dengan keputusan beliau untuk meninggalkan kerusi penyampai radio di Hot FM. Kami harap ini bukan gimik murahan untuk menarik pendengar because this sh*t ain’t funny yo! UPDATE-1: Hot FM mengesahkan yang Faizal Ismail akan meninggalkan stesen radio tersebut bermula 16 November 2013 kerana ingin menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru di’mulakan tetapi akan bekerja secara sambilan di Hot FM. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.