RotiKaya |
- Pekin Ibrahim: Saya Ada Bukti Uqasha Senrose Curang
- Five Minutes Nafi Pernah Bergaduh Dengan Peminat Di Twitter
- Uqasha Senrose Mengadu Ada Masalah Dalam Hubungan Kepada Ibu
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.437)
- Sharnaaz Ahmad Nafikan Ada Hubungan Dengan Uqasha Senrose
- Rozita Che Wan, Zain Saidin Ke London Jalani Sesi Fotografi Pra Perkahwinan
Pekin Ibrahim: Saya Ada Bukti Uqasha Senrose Curang Posted: 23 Oct 2013 05:54 PM PDT Untuk elakkan semua anda keliru dengan salur masa cerita yang akan kami tulis ini, kenyataan Pekin Ibrahim tentang bukti hubungan Uqasha Senrose dengan Sharnaaz Ahmad dikeluarkan pada 22 Oktober 2013 yang lalu, sebelum segalanya diketahui ramai. Oops. Pekin Ibrahim yang ditemui ketika pengambaran sebuah telemovie baru baru ini mengakui yang hubungan cintanya dengan Uqasha Senrose sudah berakhir selepas mengetahui tunangnya itu bermain kayu tiga dengan seorang pelakon popular lain, Sharnaaz Ahmad. BACA: Sharnaaz Ahmad Nafikan Ada Hubungan Dengan Uqasha Senrose “Saya ingin berterus terang bahawa saya dah Uqasha tidak mempunyai apa-apa lagi hubungan, atau dengan erti kata lain kami sudah putus. Tetapi, seboleh-bolehnya saya tidak mahu memperbesarkan perkara ini,” ujar Pekin Ibrahim melalui Kosmo! hari ini. “Kalau ikut perancangan kami, berkemungkinan besar akan berkahwin pada bulan Oktober 2014 tetapi dengan apa yang telah berlaku sekarang ini nampaknya ia tidak akan menjadi realiti” “Pada mulanya memang ada sedikit perselisihan faham kecil yang berlaku antara kami berdua dan bagi saya ia merupakan suatu perkara yang normal dalam sesebuah hubungan itu” “Namun begitu, saya tidak menyangka pula dia tiba-tiba mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad & sudah tentu ia suatu perkara yang sukar untuk diterima” Pekin Ibrahim turut menjelaskan yang ini bukannya kali pertama Uqasha Senrose berlaku curang terhadap dirinya selain sudah menyimpan semua bukti. BACA: Uqasha Senrose Mengadu Ada Masalah Dalam Hubungan Kepada Ibu “Saya memang ada semua bukti yang menunjukkan Uqasha ada menjalinkan hubungan sulit dengan Sharnaaz. Jadi, dia tidak perlu menafikan mengenai perkara tersebut” “Lagipun, ia bukan kali pertama dia berperangai sedemikian dan ini sudah masuk kali yang ketiga. Sebelum ini saya masih mampu memaafkan dirinya tetapi untuk kali ini saya rasa lebih baik kami berpisah sahaja,” tambahnya lagi. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Five Minutes Nafi Pernah Bergaduh Dengan Peminat Di Twitter Posted: 23 Oct 2013 05:36 PM PDT Kumpulan yang baru sahaja menapak di Malaysia kini telah memberitahu kepada pihak media bahawa mereka pernah mengamuk di Twitter ketika sidang media yang diadakan di Hard Rock, Café Kuala Lumpur semalam. "Ya kami pernah mengamuk di Twitter gara-gara salah faham yang telah berlaku secara peribadi dan ini hanyalah di antara kami sahaja, tidak melibatkan peminat-peminat kami," ujar Richie yang merupakan vokalis dalam band Five Minutes. Ditanya juga adakah mereka pernah bergaduh dengan peminat di laman sosial Twitter, dan Richie terus menyangkal soalan pihak media dan menjelaskan bahawa dia dan juga rakan-rakan bandnya yang lain cukup menghormati dan menyanjungi peminat-peminat mereka. "Dengan peminat kami tidak pernah bermusuhan, kerana kami cukup menghormati dan juga menyanjungi mereka semua. Bukan apa merekalah secara dasarnya menyokong kami sejak band ini mula ditubuhkan pada tahun 1994,"katanya. Band ini turut melahirkan rasa bertuah sekiranya dapat berkobolarasi bersama-sama dengan penyanyi Malaysia seperti Dato' Siti Nurhaliza, Yuna, dan juga Amy Search kerana mereka berpendapat bahawa penyanyi-penyanyi tersebut sangat berbakat dan luar biasa. "Sekiranya diberi peluang kami ingin berkobolarasi bersama-sama dengan Siti Nurhaliza, Yuna dan juga Amy Search kerana mereka sememangnya mempunyai mutu kawalan vokal yang baik dan mempunyai bakat yang sangat luar biasa," katanya mengakhiri perbualan. Kepada peminat-peminat kumpulan band Five Minutes ini bolehlah mendapatkan mini album Five Minutes yang akan mula dipasarkan menjelang pertengahan November 2013. Antara lagu-lagu yang akan dimuatkan ialah Galau yang sedang hit di corong-corong radio tempatan, Selalu Menunggumu, Aku dan kamu, Tambatan hati, Itukah Dirimu serta Fivers. ![]() ![]() ![]() |
Uqasha Senrose Mengadu Ada Masalah Dalam Hubungan Kepada Ibu Posted: 23 Oct 2013 05:19 PM PDT Berbeza dengan kenyataan yang diberikan Uqasha Senrose kepada sebuah portal hiburan semalam, ibu kepada pelakon ini mengatakan yang anaknya itu pernah mengadu mempunyai masalah dalam hubungan bersama Pekin Ibrahim. BACA: Uqasha Senrose Nafi Hubungan Ada Masalah (ext.) “Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku,” ujar Rosmizai Mohd Nor yang dihubungi oleh mStar Online semalam. Namun ibu Uqasha Senrose menolak dakwaan yang mengatakan pasangan itu sudah pun putus tunang seperti yang menjadi bualan ramai semalam. “Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasmi mereka belum putus. Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka dapat buat keputusan yang terbaik” Pasangan Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim bertunang pada 9 Julai yang lalu. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.437) Posted: 23 Oct 2013 09:48 AM PDT VIDEO HARI INI: Kisah hidup kami #LOL Pelakon popular Leornado DiCaprio bakal menerbitkna sebuah filem berdasarkan novel yang sebenarnya masih belum berada di pasaran berjudul Blood On Snow dan beliau juga akan turut berlakon dalam filem tersebut. – The Star Walaupun sudah beribu kali mendengar lagu Imagine dendangan mendiang suaminya John Lennon, Yoko Ono mengakui masih mengalirkan airmata setiap kali mendengar lagu keamanan yang terbit pada tahun 1971 itu. – The Sun Daily Perkahwinan pasangan ini memang mengejutkan semua pihak namun Kelly Clarkson tidak pula keberatan untuk kongsikan sebuah video sekitar majlis penyatuan dua hati dengan Brandon Blackstock baru baru ini. Sangat cantik! – People Uqasha Senrose menafikan yang hubungan beliau & Pekin Ibrahim mempunyai masalah seperti yang menjadi perbualan ramai peminat semalam. Hmm. – GUA Jake Gyllenhaal tampil di karpet merah 17th Annual Hollywood Film Awards baru baru ini dengan imej lebih kurus dari biasa dan berkata beliau hilang sekitar 9kg berat badan juga ianya bukan kerana tuntutan kerja atau watak filem. – Huff. Post |
Sharnaaz Ahmad Nafikan Ada Hubungan Dengan Uqasha Senrose Posted: 23 Oct 2013 12:22 AM PDT Dan, secara tiba tiba nama Sharnaaz Ahmad dikaitkan sekali lagi dengan kontroversi dan kali ini dengan kisah yang menjadi perhatian ramai hari ini. Pelakon ini dikatakan menjalin hubungan cinta lokasi dengan Uqasha Senrose sehingga menyebabkan aktress itu putus tunang. BACA: Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Putus Tunang Angkara Orang Ketiga Melalui Utusan Malaysia hari ini, Sharnaaz Ahmad menafikan dakwaan bahawa beliau menjadi punca keretakan hubungan antara pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose selain tidak tahu menahu tentang perkara ini sehingga diberitahu. “Saya tidak tahu perkara ini. Saya hanya berhubung dengan Uqasha ketika di set pengambaran sahaja. Hendak kata mesej sampai ke rumah, rasanya tidak ada,” ujarnya. Mengakui penat melayan kontroversi yang sering melanda dirinya, Sharnaaz Ahmad berkata beliau perlu berjumpa dengan Pekin Ibrahim terlebih dahulu untuk memastikan apa sebenarnya yang berlaku sebelum memberikan sebarang komen lanjut. “Saya rasa, buat masa sekarang, lebih baik saya jumpa Pekin dahulu untuk mengetahui perkara sebenar. Kalau saya beri komen yang melampau tanpa mengetahui perkara sebenar pun tidak elok rasanya,” tambahnya lagi yang menganggap Uqasha Senrose hanya rakan. |
Rozita Che Wan, Zain Saidin Ke London Jalani Sesi Fotografi Pra Perkahwinan Posted: 23 Oct 2013 12:02 AM PDT Sebenarnya ketika ini, hanya Rozita Che Wan seorang sahaja berada di kota London untuk sesi fotografi pra perkahwinan mereka manakala Zain Saidin masih berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk menghabiskan pengambaran Fear Factor 2. Awal bulan yang lalu, kami ada menulis laporan menyebut yang Rozita Che Wan berhasrat untuk terbang ke London untuk memborong barang hantaran perkahwinan mereka dan rupa rupanya pasangan ini turut menjalankan sesi fotografi di sana. BACA: Rozita Che Wan Rancang Ke London Untuk Borong Barang Hantaran Kahwin Dalam beberapa keping gambar belakang tabir sesi fotografi yang dikongsikan oleh Rozita Che Wan menerusi Instagram beliau, pelakon popular ini nampak cantik bergaya di hadapan kamera dengan latar belakang beberapa lokasi menarik di London. Pastinya kesemua gambar yang di’rakamkan (dan harapnya akan melibatkan Zain Saidin juga) akan dipaparkan di majlis perkahwinan mereka kelak. Yang pasti, tarikhnya masih menjadi tanda tanya ramai. Jangan tahu tahu sudah bernikah, sudahlah. Heh. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.