RotiKaya |
- Pekin & Uqasha Putus Tunang Kerana Orang Ketiga?
- Zalif Sidek Akui Sedang Kenal Hati Budi Syafrina
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.436)
- Shah Iskandar Anggap Diana Nasir Hanya Kawan
Pekin & Uqasha Putus Tunang Kerana Orang Ketiga? Posted: 22 Oct 2013 05:43 PM PDT Terkejut juga kami apabila dengar kisah yang disampaikan sumber terdekat pasangan ini yang mengatakan Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose kini sudah tiada apa apa hubungan dan tekad memutuskan pertunangan mereka kerana kemunculan orang ketiga. Segalanya berpunca kerana hadirnya orang ketiga dalam hubungan mereka dan menariknya, semua ini khabarnya berpunca dari Uqasha Senrose sendiri yang telah menjalinkan cinta lokasi dengan seorang pelakon lelaki lain yang menjayakan sebuah drama dengannya. Butiran bagaimana hubungan sulit Uqasha Senrose dan pelakon lelaki itu berlangsung sehingga sampai ke pengetahuan Pekin Ibrahim dan juga ibu bapa mereka tidak perlu kami ceritakan di’sini — macam tidak percaya pun ada. Khabarnya lagi, ini bukan kali pertama Uqasha Senrose terlibat dengan hubungan sulit dengan lelaki lain tetapi sebelum ini Pekin Ibrahim banyak mengambil pendekatan memaafkan kesilapan kekasihnya itu demi menjaga hubungan yang telah dibina bersama. Namun kali ini, kesabaran Pekin Ibrahim memang diuji dan beliau khabarnya tidak mahu lagi memaafkan Uqasha Senrose atas ketelanjuran mengkhianati cinta mereka. Bunyi macam skrip drama ‘kan? Tetapi itu khabarnya yang berlaku ketika ini. Mungkin memang tiada jodoh antara mereka berdua walaupun Pekin Ibrahim sebelum ini tampak bersungguh sungguh untuk mengahwini Uqasha Senrose. Hmm. |
Zalif Sidek Akui Sedang Kenal Hati Budi Syafrina Posted: 22 Oct 2013 09:06 AM PDT Awal minggu ini, tersebar beberapa keping gambar di sebuah forum hiburan menunjukkan yang Zalif Sidek mesra bergambar dengan seorang gadis yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kemesraan mereka seolah olah gambarkan yang mereka sedang bercinta. Kami meghubungi Zalif Sidek petang semalam untuk mendapatkan kepastian tentang cinta hati barunya ini dan pelakon yang sering mendapat jolokan comel ini mengakui yang beliau kini sedang berkawan rapat dengan gadis dalam gambar tersebut. “Dia merupakan rakan lama saya ketika zaman persekolahan dahulu dan kami kembali bertemu baru baru ini — kebetulan pula dia masih single, maka kami mula rapat sejak dua minggu yang lalu,” ujar Zalif Sidek yang turut memberitahu nama temannya itu adalah Syafrina. Jejaka berusia 28 tahun ini juga berkata yang beliau tidak akan berselindung atau hipokrit jika ditanyakan soalan tentang hubungan dengan mana mana wanita & kini berasa selesa berkawan rapat dengan Syafrina. Kalau ada jodoh, jangan lupa beritahu. Heh. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.436) Posted: 22 Oct 2013 09:00 AM PDT VIDEO HARI INI: Siapa kata lelaki tidak boleh menari ala BeyoncĂ©? Ramai peminat sudah mengetahui yang Tom Hiddleston mengdakan siri jelajah Asia dan baru baru ini berada di Korea Selatan untuk mengambil bahagian dalam SNL Korea, tonton slot komedi pelakon popular itu di’sini. – EW Kanye West dilaporkan menyewa seluruh AT&T Park di San Francisco untuk melamar Kim Kardashian di hadapan seluruh keluarga & rakan rakan dengan cincin 15 karat, iringan orkestra dan persembahan bunga api. Ya, mereka akan berkahwin. – Just Jared Dalam temubual terbaru, Katy Perry berkata yang beliau memang mengimpikan untuk berkahwin dengan kekasihnya John Mayer tetapi tetap bersyukur dengan keadaan ketika ini kerana percaya semua yang berlaku ada sebab sendiri. – W Magazine Vokalis utama kumpulan Sistar, Hyorin dilaporkan sudah membuat persiapan untuk muncul secara solo sejak tahun lepas dan kini berada di peringkat akhir rakaman album yang dijadual dilancarkan sebelum hujung tahun ini. – Soompi Stacy AF mengakui yang beliau tidak berjumpa dengan Akim Ahmad sejak awal tahun ini kerana sibuk dengan kerjaya masing masing & menegaskan sekali yang mereka hanya kawan biasa dan berita mahu berkahwin hanya rekaan peminat. – Utusan Malaysia |
Shah Iskandar Anggap Diana Nasir Hanya Kawan Posted: 21 Oct 2013 09:00 PM PDT Menurut laporan baru baru ini menerusi Instagram peribadi beliau, Diana Nasir ada mengirimkan sekeping gambar bersama Shah Iskandar yang di’iringi kata kata seakan menunjukkan yang mereka berdua kini sedang hangat di’lamun cinta. “Dear babyshah, no matter where you are, east north west or south, I hope you know that you’ll always be in my heart,” itu antara kata kata yang ditulis oleh kakak kepada Anzalna Nasir ini kepada mereka yang tidak kenal siapa Diana Nasir. Melalui Media Hiburan, Shah Iskandar meluahkan rasa terkejut dengan kemaskini Diana Nasir di Instagram itu sedangkan ketika gambar itu di’ambil mereka dikelilingi rakan rakan yang lain. “Memang saya terperanjat bila baca apa yang ditulisnya. Dan saya tidak jangka yang dia akan mengemaskini status tersebut bersama gambar kami berdua. Sedangkan ketika itu ada kawan-kawan lain di sekeliling kami,” ujar Shah Iskandar yang kini berada di Cape Town, Afrika Selatan. “Kalau tanya akan hubungan kami, apa yang saya boleh katakan adalah saya menganggapnya sebagai kawan biasa. Bulum ada hati dan perasaan. Tapi, tidak tahu lah pula dia” Shah Iskandar turut berkata yang beliau akan bertanya sendiri kepada Diana Nasir tentang status mereka berdua apabila pulang ke Malaysia kelak. ![]() ![]() |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.