RotiKaya

RotiKaya


Isteri Nafi Adi Putra Guna VVIP Untuk Gugurkan Kes

Posted: 21 Oct 2013 06:08 PM PDT

Satu laporan akhbar hujung minggu lalu ada menyebut yang Adi Putra khabarnya telah berjumpa dengan seorang indivdu berpengaruh dengan tujuan untuk meminta bantuan berhubung kes skandal dengan isteri orang yang kini masih dalam siasatan polis.

Melalui Sinar Harian hari ini, isteri kepada Adi Putra menberikan kenyataan menafikan yang suaminya itu ada meminta bantuan individu berpengaruh untuk gugurkan kes ini dan meminta sesiapa yang tidak percaya untuk lakukan siasatan.

“Ingin saya tegaskan di sini, saya atau Adi tidak pernah menggunakan sesiapa untuk membantu menggugurkan kes ini. Sesiapa yang tidak percaya boleh siasat sendiri atau tanya sendiri pihak berkenaan,” jelas Aida Yusof yang dihubungi.

“Sebolehnya saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini kerana seperti yang Adi dan saya pernah katakan sebelum ini, kes ini masih dalam siasatan polis dan saya tidak mahu mengganggu siasatan,” tambahnya lagi.

Selain meminta semua pihak untuk bersabar, Aida Yusof turut berkata Adi Putra akan adakan sidang akhbar secepat mungkin untuk memaklumkan keputusan siasatan polis apabila telah selesai nanti.

Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan?

Posted: 21 Oct 2013 05:34 PM PDT

Lama kita tidak dengar cerita pasangan suami isteri Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan yang mendirikan rumahtangga pada Februari lalu dan khabarnya pasangan ini akan menimang cahayamata tidak lama lagi.

Laporan Harian Metro melalui ruangan gossip mereka menyebut yang Liyana Jasmay kini sudah hamil dua bulan dan dijangka melahirkan anak sulung mereka pada Mei 2014 nanti.

Liyana Jasmay difahamkan masih aktif berlakon ketika ini dan akan habiskan baki pengambaran yang ada sebelum mengambil rehat panjang selain terbang ke Sabah untuk menetap bersama suaminya yang bekerja di sana.

Tahniah buat Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan sekeluarga yang akan menyambut kelahiran orang baru nanti, jika benar seperti yang disampaikan.

#21 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #24 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #23 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #26 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #25 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #20 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #27 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #22 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA #28 Bakal Timang Anak, Liyana Jasmay Kini Hamil Dua Bulan? - ROTIKAYA

Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives

Posted: 21 Oct 2013 09:19 AM PDT

Ini lebih kepada mari fokus kepada gambar seksi Neelofa ketika bercuti ke Maldives baru baru ini, heh. Jangan salahkan peminat kerana memberi tumpuan berat sebelah, Fara Fauzana sendiri berkongsi hanya sekeping gambar sepanjang percutian hingga hari ini.

AirAsia X baru baru telah melancarkan destinasi penerbangan baru iaitu kepulauan Maldives dan telah menjemput pengacara Nona iaitu Fara Fauzana dan Neelofa untuk menikmati percutian buat pertama kalinya di destinasi terkenal itu.

Menerusi mStar Online, Fara Fauzana berkata yang beliau terpesona dengan kecantikan pulau di Maldives dan peluang untuk berada di sana satu pengalaman yang luar biasa selain dapat melupakan segala tekanan dan jadual kerja sebagai selebriti.

Neelofa yang sebelum ini kita ketahui pernah bercuti ke banyak pulau pulau indah berkata yang pulau di Maldives memberi pandangan yang berbeza dan tidak sukar untuk menyesuaikan diri kerana majoriti penduduknya adalah Muslim.

Okay cukup ayat PR, ini merupakan beberapa keping foto yang dikongsikan Neelofa & juga Fara Fauzana menerusi Instagram mereka ketika berada salah satu pulau di Maldives. Enjoice!

#09 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #08 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #19 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #16 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #10 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #06 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #02 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #03 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #01 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #14 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #04 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #12 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #11 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #17 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #18 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #07 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #15 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA #05 Gambar Neelofa, Fara Fauzana Bercuti Ke Kepulauan Maldives - ROTIKAYA

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.435)

Posted: 21 Oct 2013 09:05 AM PDT

VIDEO HARI INI: Lisa Surihani terpilih sebagai penghias muka hadapan majalah EH! Oktober 2013 dan ini video disebalik tabir fotografi yang di’adakan dan boleh lihat selebriti ini bergaya ala Rihanna dengan persalinan dan aksesori penuh gaya.

Masuk minggu ketiga, filem angkasa lepas Gravity masih menduduki tangga teratas senarai filem terlaris dan sehingga hari ini telah berjaya mengutip US$170 juta di Amerika Syarikat & Kanada sahaja. Seluruh dunia? Pastinya lebih. – BBC News

Pasangan pelakon Chun Jung Myung dan Kim Min Jung bergandingan untuk filem Queen of the Night tahun lalu dan kini ada khabar angin mengatakan mereka berdua sudah bercinta lebih 10 bulan namun agensi mereka menafikannya. – Soompi

Mahkamah Los Angeles telah menggugurkan dakwaan rogol ke atas CeeLo Green kerana tidak mempunyai cukup bukti selain sangsi dengan jalan cerita wanita yang mengadu dan penyanyi itu dengan tuduhan memiliki pil ecstasy. – TMZ

Pelakon Sharifah Sakinah sekali lagi menafikan perangai pelik yang di’tunjukkan beliau menerusi laman sosial beberapa kali sebelum ini adalah kerana ingin meraih perhatian dan menyatakan itu memang dirinya secara semulajadi. – Utusan Malaysia

Pelakon popular menerusi siti TV How I Met Your Mother, Jason Segel di’lihat tampil lebih kurus baru baru ini dan beliau mengatakan ianya kerana tuntutan watak dalam filem Sex Tape yang di’lakonkan di samping Cameron Diaz. – Too Fab

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...