RotiKaya |
- Sharnaaz Ahmad: Jangan Cuba Fitnah Saya
- Fizz Fairuz: Saya Yang Suruh Almy Nadia Tutup Mulut
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.427)
| Sharnaaz Ahmad: Jangan Cuba Fitnah Saya Posted: 02 Oct 2013 05:33 PM PDT Baru baru ini, satu status Shila Amzah melalui Twitter mendapat perhatian ramai lebih lebih lagi beliau sendiri mengesahkan pernah melalui situasi digambarkan melalui filem Bencinta dan masih dalam trauma sehingga ke hari ini. BACA: Shila Amzah Mengaku Pernah Menjadi Mangsa Keganasan Lelaki? Dan adakah perlu untuk menyalahkan orang ramai dan peminat yang membuat andaian situasi yang di’alami itu ada kena mengena dengan bekas teman lelakinya, Sharnaaz Ahmad? Sharnaaz Ahmad sendiri melalui satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini merasakan dirinya difitnah & menyuarakan kekesalan tentang kenyataan Shila Amzah itu. “Kalau tak puas hati, datang jumpa saya. Tak guna cakap belakang-belakang. Orang yang cakap belakang-belakang ini menggambarkan kebodohan mereka sendiri” “Saya dah lama memaafkan mereka. Tapi saya tak tau bagaimana pula di sebelah sana. Saya juga malas nak ambil tahu lagi mengenai mereka lagi. Lagipun buat masa ini, saya hanya fikirkan kerja,” ujar Sharnaaz Ahmad lagi. |
| Fizz Fairuz: Saya Yang Suruh Almy Nadia Tutup Mulut Posted: 02 Oct 2013 04:46 PM PDT Nampaknya kenyataan terbaru Fizz Fairuz tentang hasratnya untuk mengahwini Almy Nadia mendapat perhatian ramai dan tidak kurang mereka yang skeptikal tentang perkara ini lebih lebih lagi dengan apa yang berlaku sebelum ini. Almy Nadia dalam satu kenyataan balas sebelum ini pun ada berkata yang beliau enggan untuk memberikan sebarang kenyataan kerana ini menjaga hati ramai pihak. Keengganan Almy Nadia untuk berikan sebarang komen ramai ambil sebagai isyarat yang aktres ini sebenarnya tidak mengetahui hasrat Fizz Fairuz untuk memperisterikan dirinya. Fizz Fairuz yang ditemui media ketika sidang akhbar Liga Lawak Superstar semalam menyatakan yang beliau sendiri meminta Almy Nadia untuk menutup mulut tentang apa apa perkara berkaitan isu perkahwinan ini. “Saya sendiri yang beritahu Almy jangan buka mulut selagi saya belum berjumpa keluarganya untuk berbincang mengenai hasrat saya untuk berkahwin dengannya” “Saya tidak mahu orang nampak salah dia jika perkahwinan ini tidak jadi. Biar orang nampak ia salah saya sahaja. Saya boleh kawal lagi tetapi dia tidak boleh. Nanti dia menangis lagi” Menjawab persoalan ramai tentang sejauh mana beliau serius untuk mengahwini Almy Nadia, Fizz Fairuz berkata “Demi Allah, saya bersumpah akan berkahwin dengannya” |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.427) Posted: 02 Oct 2013 09:17 AM PDT VIDEO HARI INI: Stephen Colbert menculik pereka cerita di sebalik siri TV popular Breaking Bad, Vince Gilligan memaksa beliau untuk menulis lebih banyak episod untuk siri tersebut. #LOL Mengetahui untuk dirinya mengandung bukan sesuatu yang mudah di usia 47 tahun, Janet Jackson kini bercadang untuk mengambil anak angkat dari Jordan atau Syria bersama suaminya yang juga billionaire dari Qatar, Wissam Al Mana. – Daily Mail Tyra Banks telah mengambil keputusan memfailkan saman bernilai lebih US$10 juta terhadap beberapa syarikat pengeluar rambut palsu kerana di’dakwa menggunakan nama beliau untuk menjual pelbagai produk mereka. – IB Times Justin Bieber ke tembok besar China semalam & kerana laluan terlalu jauh, beliau telah meminta pegawai yang mengiring untuk mendukungnya sepanjang perjalanan. – TMZ Nampaknya pelakon ini kembali ke medan hubungan suka suka, George Clooney dikhabarkan telah menghabiskan masa semalaman bersama seorang model berasal Croatia, Monika Jakisic & mereka pernah menjalin hubungan sekitar 2004 lalu. – US Magazine Walaupun ada yang masih berharap ada sinar dalam hubungan Michael Douglas & Catherine Zeta-Jones yang kini sedang berpisah, sumber terdekat dengan pasangan ini memaklumkan yang mereka mungkin tidak akan kembali untuk bersama seperti dulu. – People |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.