RotiKaya |
Diana Amir Umum Bakal Nikah Minggu Hadapan Posted: 18 Oct 2013 06:11 AM PDT Petang tadi telah berlangsung sidang media khas untuk membolehkan Diana Amir umumkan tarikh majlis pernikahan beliau yang sebelum ini menjadi tanda tanya ramai peminat yang peduli. Diana Amir dan tunang, Mohd Habib Bullah A. Rahman akan melangsungkan majlis pernikahan pada 25 Oktober 2013 bersamaan dengan hari Jumaat hadapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya. Majlis pernikahan yang akan di’jalankan secara sederhana itu akan menjemput 250 tetamu dari kalangan keluarga dan teman rapat. Diana Amir juga memaklumkan yang majlis pernikahan ini mendapat tajaan sepenuhnya dari Yakult (M) Sdn Bhd. Namun, pasangan yang bertunang pada 23 Ogos 2012 yang lalu ini belum menetapkan tarikh untuk majlis persandingan namun Diana Amir sendiri berharap ianya dapat dijalankan pada tahun ini juga. Tahniah didahulukan buat pasangan ini dan keluarga. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Respek, Relaks, Respon (3R) Gandingkan Muka Baharu Posted: 17 Oct 2013 09:23 PM PDT Program 3R (Respek, Relaks, Respon) kini menampilkan tiga muka baharu iaitu Dayah, Amirah, Yvonne sebagai pengacara yang telah dipilih menerusi program realiti Projek 3R. 3R yang direhatkan hampir 4 tahun itu akhirnya kembali dengan kupasan isu-isu semasa melibatkan remaja wanita dan antaranya ialah 'Perempuan Bukan Jadi Bodoh' yang merupakan isu kegemaran bagi ketiga-tiga hos baharu itu. Turut sama hadir pada majlis pelancaran adalah Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri yang berkata "TV3 sentiasa berusaha untuk menyajikan program TV yang terbaik untuk para penonton. Program 3R sentiasa memberikan suntikan baru kepada kaum wanita khususnya remaja dalam berkongsi pelbagai isu yang relevan dan menarik minat mereka", ujarnya yang ditemui di Sri Pentas, semalam. Sebelum ini, program 3R menjadi kegemaran remaja di dalam mendapatkan jawapan bagi perkara-perkara yang melibatkan masalah wanita khasnya berkenaan isu 'lelaki'. Turut sama hadir adalah penerbit Datin Paduka Marina Mahathir dan Lina Tan. Tidak dapat lari dari dibandingkan dengan bekas pengacara 3R sebelum ini Amirah atau nama sebenar (Siti Nor Amirah Mohammad Azmi), 22, graduan Ijazah Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) memberitahu personaliti berbeza yang ada pada mereka antara kelebihan untuk menjadikan program itu lebih mengujakan. "Sebagai muka baru, perbandingan itu sudah pasti namun apa yang kami ada adalah personaliti yang berbeza dimana ianya dapat memberikan kelainan pada musim baru rancangan 3R ini." Tambah pengacara yang manis bertudung Dayah Bakar (Nur Hidayah Abu Bakar), 24, Graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang sebelum ini mempunyai pengalaman di dalam bidang pengacaraan turut memberitahu bahawa isu yang dikupas sangat sesuai dan dia yang meminati program itu sejak remaja lagi begitu teruja dan berharap dapat meneruskan legasi sebagai pengacara 3R untuk musim yang seterusnya. Pada mereka yang tidak sabar menantikan 3R generasi baru episod pertama boleh ramai- ramai menyaksikan program tersebut yang memaparkan aktiviti menarik bermula 20 Oktober ini yang akan disiarkan setiap hari Ahad pada jam 7.30 malam. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.