RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.433)

Posted: 17 Oct 2013 09:30 AM PDT

VIDEO HARI INI: Ini merupakan trailer kedua filem Kolumpo ini di’lancarkan di internet dan kami nampak ianya sebuah filem yang berpotensi untuk di’nikmati oleh semua terutama mereka yang pernah melalui perit jerih hidup di Kuala Lumpur.

Hanya selepas enam minggu berpacaran sebagai kekasih, pasangan Nina Dobrev & Derek Hough telah mengambil keputusan untuk berpisah dan sumber terdekat mengatakan jarak jauh antara mereka menjadi punca. – Just Jared

Ahli kumpulan U-KISS, Shin Dong Ho mengambil keputusan untuk berhenti semua aktiviti seni dan meninggalkan kumpulan itu kerana masalah kesihatan yang menghalang dirinya untuk terus aktif sebagai penyanyi dalam industri hiburan. – Soompi

Ramai sebenarnya tertanya tanya tentang penampilan Wawa Zainal yang sering bertudung kini namun pelakon itu menjelaskan yang dirinya belum berhijrah sepenuh dan akan membuka tudung jika watak lakonan memerlukan. – Sinar Harian

Pelakon Matthew McConaughey mengakui yang beliau menghubungi Tom Hanks untuk meminta tips bagaimana untuk menurunkan berat badan selepas menerima watak filem yang memerlukan beliau untuk kurus segera. – People

Isteri rapper terkenal Timbaland, Monique Mosley telah memfailkan penceraian selepas berkahwin selama lima tahun dan menuntut wang yang banyak dari rapper dengan nilai harta sekitar US$80 juta itu. Ka-ching!TMZ

Future Music Festival Asia 2014 — Barisan Persembahan, Lokasi Baru Diumumkan

Posted: 16 Oct 2013 10:26 PM PDT

Dengan barisan nama besar seperti Wu-Tang Clan, deadmau5, Macklemore & Ryan Lewis, Baauer, Rudimental, Eric Prydz dan lokasi baru untuk di’gegarkan, festival muzik terbesar di Asia Tenggara, Future Music Festival Asia (FMFA) kembali untuk memuaskan nafsu muzik anda.

Festival muzik yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 13 Mac 2014 ini akan mengambil tempat di The Mines Wonderland, Mines Resort City dan turut menampilkan A State of Trance 650: New Horizons yang telah di’umumkan terlebih awal sebelum ini.

FMFA tahun 2013 telah menarik lebih 55,000 orang pengunjung dan untuk tahun 2014 penganjur Livescape Asia dan Future Music Australia mensasarkan pengunjung yang hadir mencecah lebih 75,000. Dengan barisan persembahan kali ini, kami tidak hairan jika ianya lebih dari itu.

Tiket tiket mula dijual hari ini melalui redtix.airasia.com manakala tiket VIP akan mula dijual pada 30 Oktober melalui www.galactix.asia.

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...