RotiKaya |
- Diana Amir Nikah 25 Oktober?
- Zed Zaidi: Kontrak Larang Artis Kahwin Cabul Hak Asasi Manusia
- Tasha Shilla Nafikan Dakwaan Bedah Hidung, Payudara
| Posted: 16 Oct 2013 05:50 PM PDT Semalam menerusi forum Cari, seorang peminat hiburan membawa perkhabaran yang Diana Amir bakal bernikah pada 25 Oktober 2013 namun tidak mahu menghebahkan perkara ini atas sebab sebab peribadi yang tidak dapat dipastikan. Hari ini, Diana Amir mengesahkan yang beliau akan berkahwin dengan tunangnya iaitu seorang petugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Merbok, Kedah iaitu Mohd Habibbullah A Rahman. Namun pelakon ini tidak pula memberikan tarikh sebenar bilakah majlis pernikahan beliau akan berlangsung dan hanya mengatakan ianya akan berlangsung pada Oktober ini. “Pihak pengurusan saya akan mengadakan satu sidang media untuk majlis perkahwinan tersebut pada Jumaat ini dan semua keterangan tentang majlis akan diberitahu ketika sidang media itu nanti,” jelas Diana Amir yang dihubungi mStar Online. Diana Amir dan Mohd Habibbullah mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu dan khabarnya pasangan ini akan berpindah ke Syria selepas berkahwin kelak. |
| Zed Zaidi: Kontrak Larang Artis Kahwin Cabul Hak Asasi Manusia Posted: 16 Oct 2013 05:23 PM PDT Isu perkahwinan Wawa Zainal & Aeril Zafrel kini dalam perhatian Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) dan berkata pasangan itu mangsa kepada kontrak syarikat produksi yang melanggar hak individu untuk bercinta. Bercakap melalui Berita Harian hari ini, Zed Zaidi yang juga merupakan Presiden SENIMAN berkata syarat melarang artis bercinta dan berkahwin sepanjang tempoh kontrak dimeterai perlu dipandang serius kerana ia membabitkan hak individu. "Jika dalam sesuatu kontrak artis bersama produksi mensyaratkan mereka tidak boleh bercinta, saya menganggap ia melanggar hukum Tuhan sekali gus mencabuli hak asasi manusia. "Saya tidak nafikan, disebabkan kontrak seperti itulah membuatkan isu pasangan pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal timbul. Soal kontrak itu jugalah membuatkan mereka takut untuk bercinta hingga merahsiakan perkara yang baik bagi mengelak kemungkaran," jelasnya. Sebagai tindakan terhadap isu ini, Zed Zaidi berkata yang pihaknya akan mengkaji semula terma kontrak Wawa Zainal sebelum memberi kepastian adakah ianya menyalahi Akta Kontrak Malaysia 1950 — jika ya, kontrak tersebut sekaligus tidak sah. “Kami akan mengemukakan kepada syarikat produksi terbabit & meminta mereka memansuhkan beberapa terma jika melanggar hak asasi manusia serta undang-undang negara," tambahnya. |
| Tasha Shilla Nafikan Dakwaan Bedah Hidung, Payudara Posted: 16 Oct 2013 04:56 PM PDT Baru baru ini timbul satu dakwaan mengatakan yang Tasha Shilla telah membuat pembedahan plastik di bahagian hidung dan payudara selepas ada peminat perasaan perbezaan ketara antara gambar lama dan terbaru selebriti itu. Bercakap kepada mStar Online, Tasha Shilla menafikan dia melakukan pembedahan bagi mencantikkan hidung dan payudara selain cukup bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Tuhan kepadanya selama ini. “Saya tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik keatas tubuh saya, sebaliknya bersyukur dengan apa yang dikurniakan. Bagi yang rapat dan pernah pegang muka saya tahu ia tidak berubah, jika nampak lain mungkin disebabkan teknik solekan semata mata” Tasha Shilla juga menepis dakwaan yang mengatakan beliau telah pergi ke Bali, Indonesia untuk melakukan pembedahan plastik dengan mengatakan memang ada pergi ke sana namun hanya untuk bercuti dengan rakan rakan. “Kalau benar saya ingin buat pembedahan plastik bukanlah di situ tempatnya,” jelas Tasha Shilla. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.