RotiKaya |
- Aeril Zafril & Wawa Zainal Akui Sudah Berkahwin
- Pengurus Banyak Masalah — Izara Aishah Uruskan Sendiri Jadual Kerjaya
- Fauzi Nawawi Malu, Lisdawati Tetap Pertahan Suami
| Aeril Zafril & Wawa Zainal Akui Sudah Berkahwin Posted: 11 Oct 2013 01:42 AM PDT Sekarang ini sedang berlangsung sidang media khas di Neo Damansara berkaitan isu Aeril Zafrel & Wawa Zainal yang di’katakan sudah bernikah oleh sebuah akhbar hujung minggu lalu. Pengakuan awal dari Aeril Zafrel dan Wawa Zainal petang ini mengejutkan semua pihak kerana mereka mengakui sudah bernikah kali pertama pada 25 Februari 2012 dan kali kedua pada 5 Februari 2013. “Ya, saya dan Wawa sudah bernikah. Kami bernikah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Jadi, status anak saya yang dihebohkan selama ini sudah terjawab,” jawab Aeril Zafrel. Jelas Aeril Zafrel, pernikahan kali pertama dibuat tanpa didaftarkan dengan pejabat agama tetapi terpaksa melangsungkan akad nikah kali kedua sebagai menghormati permintaan keluarga perempuan sebelum ia didaftarkan secara rasmi. Berikut merupakan dua keping gambar yang di’ambil ketika majlis pernikahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. Harap dengan pengakuan pasangan ini semua sudah berpuas hati. |
| Pengurus Banyak Masalah — Izara Aishah Uruskan Sendiri Jadual Kerjaya Posted: 10 Oct 2013 07:02 PM PDT Kalau anda pernah dengar yang Izara Aishah sebelum ini ada sikap sombong dan mempunyai masalah dengan pihak media, anda boleh berterima kasih kepada pengurus beliau sebelum ini yang sebenarnya bermasalah. Namun semua itu sudah berakhir kini apabila Izara Aishah mengambil keputusan untuk mula menguruskan sendiri jadual kerjaya beliau dan tidak lagi menggunakan khidmat pengurus. “Sekarang ini saya uruskan sendiri kerjaya saya. Sebelum ini memang saya ada pengurus tapi banyak berlaku salah faham dan timbul kerumitan. Sebelum ni pengurus saya terdiri dari kawan kawan dan sepupu saya dan mereka tak berapa pandai uruskan kerjaya saya” “Disebabkan tu berlaku salah faham & timbul macam macam cerita yang akhirnya memburukkan nama saya,” jelas Izara Aishah yang sudah bertukar pengurus empat kali. “Jadi sekarang ni saya nak bersihkan nama saya. Allhamdulillah setakat ni saya boleh uruskan sendiri jadual kerjaya saya,” tambahnya lagi. Dalam perkembangan lain, Izara bakal muncul menerusi telemovie khas Aidiladha berjudul Cinta Mat Semperit, bergandingan dengan Ariel Zafrel. Drama tersebut bakal disiarkan pada 15 Oktober jam 10.00 malam, di TV3. |
| Fauzi Nawawi Malu, Lisdawati Tetap Pertahan Suami Posted: 10 Oct 2013 06:28 PM PDT Semalam, nama Fauzi Nawawi sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas ada laporan akhbar mengatakan beliau mempunyai hubungan istimewa dengan seorang bintang realiti televisyen, Noni AF5 namun ianya dinafikan oleh kedua dua pihak. BACA: Noni AF5 Nafi Ada Hubungan Dengan Fauzi Nawawi Hari ini melalui mStar Online, Fauzi Nawawi mengakui merasa malu apabila dikaitkan dengan Noni AF5 selain terkejut dengan khabar angin mengatakan beliau berlaku curang terhadap isterinya, Lisdawati. “Sudah-sudahlah nak kaitkan saya dengan wanita lain. Pada usia mencecah 40 tahun, saya rasa malu pula apabila digosipkan mempunyai skandal,” ujar Fauzi Nawawi. Fauzi Nawawi juga memberikan peringatan kepada pembawa berita ini untuk selidik betul betul sebelum menulis dan tidak teragak agak mengambil tindakan. “Saya nak ingatkan, kalau nak buat cerita seperti ini selidik betul-betul. Jangan sampai saya ambil tindakan pula nanti. Mungkin isteri saya sudah faham dengan isu seperti ini dan dia tidak hairan pun dengan perkara tersebut” Dalam kenyataan berasingan, Lisdawati menerusi Sinar Harian berkata yang beliau tidak mudah melatah selain masih meletakan kepercayaan tinggi terhadap suaminya itu. “Semua orang dah kenal Fauzi sebagai pelakon dan pengarah, malah saya tahu Fauzi seorang yang peramah. Selagi tahu membawa diri ketika bergaul, tiada masalah yang akan berlaku” "Lagipun, isu terkait ini bergantung kepada dua-dua pihak. Jika hanya sebelah pihak, perkara seperti ini tidak akan timbul,” tambah Lisdawati lagi. |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.